Video Klip Pilihan

Wednesday, February 14, 2007

.:: Kuliah Kembali Lagi !!! ::.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat sidang ilmuan yang dirahmati Allah S.W.T. Selangit kesyukuran dipanjatkan setinggi-tingginya ke hadrat Maha Pencipta atas segala rahmat, inayah jua nikmat yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya tanpa henti tidak terhitung banyaknya. Selautan selawat dan salam sejahtera dihadiahkan kepada Junjungan Besar S.A.W atas penat lelah tanpa jemu dan bosan dalam menyebarkan Islam hingga hampir keseluruhan dunia demi melaksanakan amanat dari KEKASIH yang amat disayanginya. Dengan kerja keras yang dilakukan oleh Baginda S.A.W itulah kita dapat menyedut udara keimanan dan merasai sentuhan ketakwaan yang begitu ketara kebenaran Islam itu sendiri yang datang dari Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Hampir dua minggu rasanya kita telah berehat setelah selesai berjuang di medan peperiksaan. Namun bagi diriku dan sahabat-sahabat seperjuanganku yang lain perjuangan kami baru sahaja selesai semalam dengan Syafawi Khitobah dan Tafsir Maudhui untuk bidang Dakwah dan Thaqafah Islamiah, Hadith Tahlili untuk bidang Hadith dan Ulumnya manakala Tafsir Tahlili untuk bidang Tafsir dan Ulumnya yang mana kesemuanya di bawah Fakulti Usuluddin ada fakulti ditahun yang ke-3 dan 4 yang baru selesai Syafawi. ' Ala kulli hal, perjuangan tetap perlu diteruskan memandangkan sudah ada sebahagian fakulti yang membuka pengajian masing-masing. Oleh yang demikian, sewajarnya kita bersedia lebih awal walaupun.

Persediaan yang dimaksudkan adalah melalui hafalan Alquran yang mana ada dikalangan azhari yang menghadapi kesukaran dalam menghafal kitab suci ini. Yang mana bukan sahaja setakat perlu menghafal, bahkan ia juga memerlukan kepada penjagaan dari segenap sudut supaya kita bersama dapat menjauhkan dari segala maksiat mata, telinga, tangan, kaki, mulut dan yang sewaktu dengannya. Ini kerana nur Allah S.W.T itu tidak akan turun dan kekal pada sesiapa yang tidak menjaga adab-adabnya dan yang melakukan maksiat.

Sebagaimana yang berlaku ke atas imam kita, Imam Syafiee R.A ketika mana beliau mengadu kepada gurunya, Imam Waki' mengenai kesukarannya untuk menghafal. Maka gurunya menasihati beliau melaui bait syair ini :

شكوت إلى وقيع سوء حفظ #

وأخبرنى إلى ترك المعاصى

وأخـبرنى بأن العـلم نور #

ونور الله لا يهدى لعاصى

Nah, inilah yang dinasihati oleh Imam Waqi' R.A kepada Imam Syafiee R.A dalam menjaga dan memelihara hafalan agar sentiasa bertahta didada kita semua. Dalam masa yang sama janganlah kita lupa untuk mendoakan dan mengingatkan sahabat-sahabat kita yang lain agar turut sama mendepani masa dengan melakukan persiapan yang sebaik mungkin dan meninggalkan perkara-perkara yang boleh mencacatkan perjalanan kita dalam menuntut ilmu Allah S.W.T.

Bukanlah diri yang hina lagi dina ini insane yang terbaik dikalangan kalian semua. Namun atas dasar Iman dan Islam ku menyeru kepada diri ini khususnya seterusnya kepada kalian semua, wahai sahabat-sahabat yang kusayangi supaya kita mempersiapkan diri kita untuk berdepan dengan pengajian yang seterusnya dalam bidang kita dan bersungguh-sungguh dalam mempelajarinya kerana itulah yang dituntut oleh Nabi S.A.W dan sangat disukai oleh Allah S.W.T terhadap hamba-hambanya yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

Walau apapun yang terjadi dan bakal terjadi, sahabatmu ini senantiasa mengharap bantuan serta sokongan dari kalian semua dalam menongkah tribulasi mendatang yang semakin berat disamping memohon inayah dan rahmatNya. Tanpa kalian yang sentiasa bersama dalam senang dan susah diri ini tidak akan mampu meneruskan perjalanan yang masih panjang ini. Andai di sana ada sesuatu yang hendak ditegur, maka teruskanlah niat kalian untuk kebaikan kepada diri ini agar tidak terus hanyut dan lalai dibawa arus kealpaan. Bantulah diriku ini dalam menimba segala ilmu yang ku mampu.

Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

( ... إن الله فى عون العبد ما كان العبد فى عون أخيه .... الخ )

أو كما قال النبى صلى الله عليه وسلم

Sesungguhnya Allah S.W.T akan sentiasa membantu hambaNya selagi mana hambaNya itu sentiasa membantu saudaranya.


MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

1 comment:

Anonymous said...

bang salah eja kot tu! waki` nama tok guru imam asy syafie tu dengan huruf kaf bukannye qof :p