Video Klip Pilihan

Thursday, February 08, 2007

.:: Usia meningkat = Hayat berkurang ::.

Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT Tuhan sekalian alam yang telah memberikan pelbagai nikmat dan kurniaan yang tidak terhingga hitungannya. Sejambak selawat serta selembar salam kuhadiahkan ke atas Junjungan Besar S.A.W atas segala usaha dan lelahnya Baginda hingga ke hari ini kita masih berada dalam keadaan kenikmatan penuh dengan ke'Iman'an dan ke'Islam'an yang sangat manis seandainya sehingga ke tahap itulah kita jangkau. Sedar ataupun tidak hidup kita sememangnya berlalu dan akan terus berlalu ke hadapan tanpa sempat untuk kita menoleh ke belakang dan mengulangi semula apa yang telah terjadi itu.Namun itulah sebenarnya yang menjadi lumrah dalam perjalanan seorang hamba yang telah tersurat atas kehendakNya.

Sepanjang kehidupan yang telah berlalu itu juga tanpa ku sedari, pejam celik bangun duduk keluar masuk segalanya telah meningkatkan dan mempertambahi usiaku dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan seterusnya tahun ke tahun rupanya aku dah semakin tua. Dah semakin hampir ke akhir usia. Sememangnya dalam tempoh 22 tahun ini banyak perkara yangtelah ku pelajari yang semakin mematangkan aku untuk menjadi mu'min yang sejati kepada Rabbul Izzati, anak yang berbakti kepada ibu bapa serta keluarganya, teman yang lebih prihatin dan memahami terhadap sahabat-sahabatnya yang lain serta insan yang berguna dalam memimpin masyarakat ke arah yang lebih diredhai dan diberkati.

Tanpa disedari sebenarnya semakin bertambahnya usia kita sebenarnya semakin besarlah cabaran dalam hidup, dan semakin sulitlah tribulasi yang akan dihadapi. Sesuailah dengan firman Allah SWT di dalam Mukjizat teragung Utusan Ilahi SAW :

الذى خلق الموت والحياة لنبلوكم أيكم احسن عمل الملك : 2

Mafhumnya : Allah yang menjadikan hidup dan mati itu untuk menguji kamu siapakah antara kamu yang paling baik amalannya.


Maka seharusnya aku menjadikan pertambahan usia ini menjadikan aku semakin baik dalam amalanku dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan seterusnya tahun ke tahun sehinggalah aku dan kita semua kembali kepada rahmatNya. Insyaallah semoga kita bersama dapat memanfaatkan usia dan hayat sementara yang dikurniakanNya kepada kita. Dalam masa yang sama hendaklah kita sedar bahawa pertambahan usia ini sebenarnya mengurangkan jangka hayat kita yang sementara di muka bumi Allah SWT yang sementara ini. Moga dengan kesedaran ini dapat kita bersama saling ingat-mengingati antara satu sama lain selaku penerus dan pewaris dakwah para Anbia'.

.:: Semakin hampir untukku mencapai pertambahan umurku yang ke-22 maka semakin bertambahlah usiaku dan semakin berkuranglah jangka hayatku sebenarnya... Semoga aku semakin matang menghadapi kehidupan ini yang semakin berliku-liku... ::.

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: