Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil untuk tatapan sahabat sidang ilmuan sekalian sebelum berlangsungnya Muktamar Sanawi PMRAM (MSP) kali ke-74 dan Muktamar HEWI PMRAM (MHP) kali ke-20. Semoga ia sedikit sebanyak memberikan kita semangat untuk terus bersama dalam PMRAM dalam memperjuangkan kebajikan kita bersama sambil mengecap kemanisan ilmu di gudang lembah Nil ini.
Ust. Saifuddin (berbaju biru) dan ad-hocnya sedang sibuk memasang banner sempena Muktamar HEWI PMRAM kali ke-20 yang diadakan pada 25 Februari 2007 di Dewan Abdullah Kamil, Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Haiyu Sadis.
Ini pula kerja-kerja memasang banner yang dijalankan oleh ad-hoc persiapan juga pada jam 12.00 malam tadi bersempena dengan Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-74 yang akan berlangsung di Nadi Riadhi Madinat Nasr, Haiyu Sadis.
Walaupun tampak keletihan pada raut wajah mereka sejak paginya untuk Muktamar HEWI manakala malamnya untuk Muktamar Sanawi pula. Akan tetapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk menjayakan program yang cukup berpestij ini. Sama-sama kita menjayakannya.
Antara ad-hoc induk yang turut sama menyumbangkan tenaga, masa dan kepentingan dirinya demi menjayakan Muktamar Sanawi PMRAM pada kali ini.
Dari kiri penulis, Ust. Khusaini (Ketua Bendahari), Ust. Syafiq Zulakifli (Pengarah MSP/MHP 2007). Dan mereka bertiga juga adalah antara bakal kepimpinan Badan Pengurus bagi sesi 2007/2008.
Antara calon-calon Badan Pengurus PMRAM bagi sesi 2007/2008 adalah:
Presiden
Ust. Hairul Nizam Mat Husin
Badan Pengurus

- Ust. Mohd Nazim Mohd Noor
- Ust. Syafiq Zulakifli
- Ust. Firdaus Madzlan
- Ust. Md Khairul Anuar Mohd Ariff
- Ust. Khusaini Md Yusoff
- Ust. Mohd Rasul Amat
- Ust. Khairul Anuar Ismail
- Ust. Abdul Muizz Muhammad
- Ust. Mohd Juzaili Juhan
* Semua calon menang tanpa bertanding.
Badan Pengurus Yang Dikekalkan
Semoga dengan titipan permulaan perjuangan ini memberikan kami kecekalan yang teguh dan meniup semangat dan membakarnya untuk mempertahankan institusi kebajikan ini agar tegak berdiri di persada Al-Azhar.
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
Badan Pengurus Yang Dikekalkan
- Ust. Hud Salehuddin
- Ust. Rafzan Razak
- Ust. Abd Hadi Awang
- Ust. Mohd Nazrul Abd Nasir
- Ust. Mohd Fadzlah Abd Rashid
Semoga dengan titipan permulaan perjuangan ini memberikan kami kecekalan yang teguh dan meniup semangat dan membakarnya untuk mempertahankan institusi kebajikan ini agar tegak berdiri di persada Al-Azhar.
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
No comments:
Post a Comment