Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua sahabat yang diingati jua disayangi. Moga kita bersama sentiasa beroleh rahmat, inayah serta redhaNya yang sebenar-benarnya diharapkan. Dengan izinNya memberikan hamba yang hina lagi dina ini sedikit ruang masa untuk memberikan semangat, dorongan juga menginginkan injeksi dari sahabat para ilmuan sekalian dalam melayari liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan ranjaunya. Hamparan salam dan selawat dihadiahkan ke atas Junjungan Besar S.A.W setelah mengharungi jalan dakwah yang dahsyat dengan laluan yang sukar demi menyampaikan sebuah risalah yang diamanahkan KEKASIHnya kerana takut akan kemurkaanNya. Dengan bantuan sahabat-sahabatnya yang memberikan komitmen yang paling tinggi dalam membantu Pemimpin Para Anbia' dan Pemimpin umat itu menjalankan tanggungjawab yang telah terpundak di bahu Baginda S.A.W.
Terkesima diri ini tatkala memerhatikan dan membandingkan persiapan diri ini berbanding dengan para pejuang agama Allah S.W.T dan dai'e terdahulu. Apakah aku mampu untuk memikulnya? Berjayakah aku mempertahankan Islam yang semakin sirna dipandang hina dan ditindas bukan sahaja dari pihak kuffar bahkan dari kalangan orang Islam itu sendiri yang menjadi duri dalam memperjuangkan Islam yang suci ini? Bantulah aku wahai sahabat-sahabat sekalian. Sesungguhnya terkadang diri ini tidak terlepas dari pelbagai kesalahan jua kesilapan membuatkan diri ini lemah dan menangisi diri yang ingin berjuang di jalan Allah S.W.T tetapi lemah dan tidak bermaya. Siapalah diri ini? Seorang insan yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan memerlukan pedoman jua penunjuk jalan agar sentiasa membawa amanah yang bakal terpundak itu dengan berhati-hati berlandaskan Sunnatullah dan Sunnatunnabi. PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) sebuah institusi kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir adalah pusat kepada mereka dalam merujuk segala perihal yang berkaitan dengan perjalanan harian mereka sepanjang keberadaan pengajian mereka di Ardul Kinanah ini. Sekian lama dilihat, berdasarkan kajian dan interaksi bersama sahabat-sahabat yang ditemui menyatakan pandangan mereka berkaitan dengan institusi ini yang seolah-olah telah hilang fungsinya dan bakal lenyap suatu hari kelak menurutnya. Terkilan hati ini apabila mendengarkan kenyataan tersebut. Tersentuh dengan ungkapan 'bakal lenyap' yang diutarakan itu. Apakah aku mampu untuk mempertahankan intitusi yang banyak memberikan kebajikan kepada ahli-ahlinya dalam segenap keperluan mereka di Perlembahan Nil ini? Siapakah lagi yang akan mempertahankan institusi ini agar tidak akan berlaku seperti yang dianggarkan itu? Wahai sahabat-sahabat yang diingati sekalian, Bangkitlah dari lenamu! Hayatilah bersama sejarah institusi ini sepanjang mempertahankan hak pelajar-pelajar Malaysia di Mesir ini, dengan pengorbanan yang dilaksanakan oleh pejuang-pejuang terdahulu sehinggalah kita mendapat pelbagai keistimewaan dan ketenangan dalam menuntut ilmu di Bumi Anbia' ini. Bukan sahaja mempertahankan hak ahli-ahlinya, bahkan turut sama mempertahankan hak Islam yang dituntut. Siapakah lagi yang akan bangun dan maju menjadi benteng dan menaikkan kembali Syiar Islam yang banyak disemai dan bercambah melalui institusi ini? Kitalah, sahabat-sahabat azhari/ah sekalian. Sesungguhnya saya secara peribadi dan sahabat-sahabat dalam institusi ini secara langsung tidak akan mampu melaksanakan dan mempertahankan institusi ini tanpa sokongan, dorongan, injeksi dan bantuan dari kalian semua dalam pelbagai situasi. Tanpa kalian terumbang-ambinglah kami.
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
Begitu besar tanggungjawab dai'e pada ketika itu demi memastikan Islam itu tersebar dengan jayanya tanpa dihalang oleh sebarang anasir-anasir yang sememangnya tidak putus-putus menganggu gugat kestabilan dan berjayanya Islam sehingga ke 2/3 dunia. Kalau dilihat pada sejarah penyebaran Islam pada ketika itu begitu menyayat hati dan tidak sanggup rasanya diri ini untuk memikul sebuah tanggungjawab yang begitu berat untuk diri ini menggalasnya seiring dengan keilmuan yang tinggi, keimanan yang teguh, amalan yang ikhlas, dihiasi dengan ketinggian akhlak kesufian yang menjadi asas kepada keberhasilan sebuah dakwah. Sungguh tabah mereka menjalani hidup yang penuh dengan jalan kenabian itu kerana mereka mengimpikan janji TuhanNya untuk bersama-sama dengan para Anbia' yang mereka sangat cintai, juga para syuhada' yang terpelihara dalam rahmatNya juga para solihin yang tinggi kecintaan mereka terhadap Allah S.W.T.
Terkesima diri ini tatkala memerhatikan dan membandingkan persiapan diri ini berbanding dengan para pejuang agama Allah S.W.T dan dai'e terdahulu. Apakah aku mampu untuk memikulnya? Berjayakah aku mempertahankan Islam yang semakin sirna dipandang hina dan ditindas bukan sahaja dari pihak kuffar bahkan dari kalangan orang Islam itu sendiri yang menjadi duri dalam memperjuangkan Islam yang suci ini? Bantulah aku wahai sahabat-sahabat sekalian. Sesungguhnya terkadang diri ini tidak terlepas dari pelbagai kesalahan jua kesilapan membuatkan diri ini lemah dan menangisi diri yang ingin berjuang di jalan Allah S.W.T tetapi lemah dan tidak bermaya. Siapalah diri ini? Seorang insan yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan memerlukan pedoman jua penunjuk jalan agar sentiasa membawa amanah yang bakal terpundak itu dengan berhati-hati berlandaskan Sunnatullah dan Sunnatunnabi. PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) sebuah institusi kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir adalah pusat kepada mereka dalam merujuk segala perihal yang berkaitan dengan perjalanan harian mereka sepanjang keberadaan pengajian mereka di Ardul Kinanah ini. Sekian lama dilihat, berdasarkan kajian dan interaksi bersama sahabat-sahabat yang ditemui menyatakan pandangan mereka berkaitan dengan institusi ini yang seolah-olah telah hilang fungsinya dan bakal lenyap suatu hari kelak menurutnya. Terkilan hati ini apabila mendengarkan kenyataan tersebut. Tersentuh dengan ungkapan 'bakal lenyap' yang diutarakan itu. Apakah aku mampu untuk mempertahankan intitusi yang banyak memberikan kebajikan kepada ahli-ahlinya dalam segenap keperluan mereka di Perlembahan Nil ini? Siapakah lagi yang akan mempertahankan institusi ini agar tidak akan berlaku seperti yang dianggarkan itu? Wahai sahabat-sahabat yang diingati sekalian, Bangkitlah dari lenamu! Hayatilah bersama sejarah institusi ini sepanjang mempertahankan hak pelajar-pelajar Malaysia di Mesir ini, dengan pengorbanan yang dilaksanakan oleh pejuang-pejuang terdahulu sehinggalah kita mendapat pelbagai keistimewaan dan ketenangan dalam menuntut ilmu di Bumi Anbia' ini. Bukan sahaja mempertahankan hak ahli-ahlinya, bahkan turut sama mempertahankan hak Islam yang dituntut. Siapakah lagi yang akan bangun dan maju menjadi benteng dan menaikkan kembali Syiar Islam yang banyak disemai dan bercambah melalui institusi ini? Kitalah, sahabat-sahabat azhari/ah sekalian. Sesungguhnya saya secara peribadi dan sahabat-sahabat dalam institusi ini secara langsung tidak akan mampu melaksanakan dan mempertahankan institusi ini tanpa sokongan, dorongan, injeksi dan bantuan dari kalian semua dalam pelbagai situasi. Tanpa kalian terumbang-ambinglah kami.
Sebelum diri ini melangkah masuk ke alam kepimpinan yang selama ini digeruni dengan cabaran dan tribulasi yang bermain di sekitarnya, harapan jua impian diri ini semoga kalian semua tanpa mengira dimana sahaja kalian berada dapat memberikan sepenuh komitmen jua injeksi yang terbaik dalam menobatkan intitusi ini agar terus berada dihati kita semua dalam memperjuangkan kebajikan kita selaku pelajar dan memberikan segala informasi dalam pelbagai bentuk dan suasana. Impian diri ini jua semoga intitusi ini akan terus bertahta di mata kalian dan tidak akan terkubur demi Islam yang kita cintai.Bersamalah kita hayati bersama perjuangan yang telah berlalu dan meniti hari-hari kemudian bersama keazaman untuk memelihara institusi ini dari drampas dan jatuh ke tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Salam ta'zim buat kalian semua, sahabat-sahabat yang ku cintai, moga ukhuwah yang berbunga ini terus berkembang dan menyebarkan harumannya ke serata alam untuk mengukuhkan Islam di mata dunia.
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
No comments:
Post a Comment