Video Klip Pilihan

Monday, July 16, 2007

.:: Antara Agenda Menarik Di Bulan Rejab ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai saudara-saudaraku yang budiman, pada hari Isnin tanggal 16 Julai 2007 ( hari ini ) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita semak ada apa disebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH s.w.t," maka:

  • Barang siapa yang berpuasa satu hari di dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH s.w.t.
  • Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428 / Isra Mi'raj ( Sabtu, 11 Ogos 2007 ) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
  • Barang siapa yang berpuasa dua hari dibulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH s.w.t.
  • Barang siapa yang berpuasa tiga hari iaitu pada tanggal maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.
  • Barang siapa berpuasa lima hari di dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah s.w.t.
  • Barang siapa berpuasa tujuh hari di dalam bulan ini, maka akan ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu Syurga.
  • Barang siapa berpuasa lima belas hari didalam bulan ini, maka ALLAH s.w.t akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.

Sabda Rasulullah saw lagi : Pada malam Isra' dan Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita : Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w ke sebuah kubur, lalu Rasulullah s.a.w berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH s.w.t.

Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"

Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa di dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH s.w.t, lalu ALLAH s.w.t meringankan keatas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."

Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH s.w.t, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Sabda beliau lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulanku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: