Video Klip Pilihan

Tuesday, July 24, 2007

.:: Perbanyakkanlah Selawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W ::.

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh dan salam hormat.

Entry pada kali ini tidaklah penulis berhajat untuk memanjangkan isinya memandangkan kepadatan waktu yang merencat keaktifan yang telah ditanam. Walauapapun itu tidak selayaknya menjadi penyebab kepada futurnya dan hilangnya aura dakwah melalui penulisan blog ini. Akan ku teruskan selagi hayat dikandung tanah, selagi aliran darah masih berfungsi. Moga senantiasa berada di dalam lingkungan rahmat dan redha-Nya. Selawat dan salam diutuskan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, para sahabat dan para pengikutnya dari satu generasi ke generasi seterusnya sehingga kini.

Atas kesedaran dari nurani fuad yang sentiasa mengharapkan kebaikan bukan setakat mengalir untuk diri sendiri sahaja bahkan menginginkan kejayaan itu turut sama dirasai dan dinikmati oleh saudara-sadara seakidah ISLAMIAH yang lain. Melihat kepada kepentingan dan kelebihan yang ada pada fadhilat selawat itu sendiri, maka tergeraklah jari jemari ini untuk menyeru umat Nabi Muhammad S.A.W untuk mengamalkannya seumpama wirid harian dengan penuh ikhlas dan penghayatan. Menjadi hakikat terkadang bisikan laknatullah itu menghalang lantas terdetik culas lisan untuk melafazkannya. Sebaik-baiknya perkara ini disedari seraya berusaha menjinakkan lidah untuk menyebutnya paling minimum sehari sebanyak 100 kali.

Terdapat pelbagai kelebihan yang akan diperolehi sekiranya amalan ini diadaptasikan sebagai amalan harian menjinakkan hati dari kerasnya maksiat terhadap Allah, dengan izin Allah. Sebagai halwa telinga, pelembut jiwa dan penyinar kalbu, saya sertakan beberapa selawat yang sangat sesuai untuk diamalkan yang saya petik dari sebuah album bertajuk "Selawat 10 Hajat" nyanyian kumpulan nasyid Now See Heart. Seandainya setiap kalimah dari selawat ini difahami terjemahannya akan menatijahkan dari hati yang keras menjadi lembut dan sungai air mata yg kering bergenang kesedihan lantaran ungkapan setiap bait selawat itu. Semoga sedikit sebanyak memberikan input untuk kita bersama juga sebagai 'saham' yang membolehkan kita memperolehi syafaat Baginda S.A.W di akhirat kelak.

Album : Selawat 10 Hajat
Nyanyian : Now See Heart
Tajuk Lagu :
(Klik pada tajuk lagu tersebut untuk mendengar)

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

12 comments:

Jackster® said...

salam alayk.. akh ade x lirik untuk salawat2 ni, kalo xde taw x mane nk cari.. kalo ade tlg pass kat emel ana kat jacksterisme[at]yahoo[dot]com syukran =)

sakinah said...

sy nak lirik2 ni jugak..

Anonymous said...

Assalam w.b.t

saya juga berharap dapat memperoleh lirik2 selawat2 ini..

kalau ada,leh hantar kat ep_frenz@yahoo.com
syukran..

Mohd Rasul Bin Amat said...

nk lirik yer?
dlm bhsa arab ke bhsa melayunya?
insyaallah akan saya usahakan...

Anonymous said...

assalamualaikm kalau boleh saya nak selawatnya dalam bahasa arab dan bahasa melayunya sekali boleh ?minta sesiapa boleh usahakan sebab saya tak dapat dengar selawatnya dengan jelas,email saya soutulkabir92_black[at]yahoo[dot]com[dot]my
barakallah wa syukran kathiran sesiapa yang dapat membantu.....

Mohd Rasul Bin Amat said...

insyaallah saya akan usahakan... trima kasih atas komitmen anda...
wassalam... :)

Anonymous said...

asslamualaikum...sy nk liriknya dlm bhasa arab n terjemahan dlm melayu...emailkan kat ratu_syuhadah12@yahoo.com.sg trima kasih..

Anonymous said...

melodi selawat ni sume nyer sedap2...terusik hati yg mendengar nya. time kasih & kalau ade mase boleh juge email lirik ke email saya i_syarina@yahhoo.com

Mohd Rasul Bin Amat said...

Insyaallah terima kasih atas segala komen anda...
akan saya usahakan wlu stkt ni asaya masih xmmpu utk tunaikan permintaan kalian...
moga ALLAH permudahkan kerja2 kebajikan ini...
amin...

wafibizzare said...

salam..bang kalo bleh email kan pd ana senikata2 selawat2 tu..bahasa arab & bahasa melayu...kalo dapat terjrmahanny..maksud selawat tu syukur Alhamdulillah..syukran :)

pena berlari said...

salam..klu bleh sy pn nk jgk lirik2 selawat2 tu..klu ad kirinkan k emel sy thirdvoice07@yahoo.com

Anonymous said...

Assalamualaikum.. kalau nak jugak lirik boleh tak?? emel kat nabilizzaatie@yahoo.com