Video Klip Pilihan

Sunday, July 15, 2007

.:: Mencari Yang Halal Fardhu Bagi Umat Islam ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Maklumat ini sama ada sahih/tidak tidaklah diketahui tapi, sekurang-kurangnya
kita bermaklumat dan lebih berjaga-jaga. Nama si penghantar tidak dapat di siarkan. Realiti ini adalah bertepatan dengan situasi di Malaysia secara khusus dan dunia umunya sudah saya dedahkan sekilas di posting yang sebelum ini. Semoga bersama mendapat manfaat dari maklumat ini.

FAKTA

Baru-baru ini satu seminar/taklimat telah diadakan antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak khusus mendedahkan produk haram yang berada dipasaran dan meminta orang-orang Melayu/Islam berhenti menggunakannya. Berikut secara ringkas produk tersebut dan serba sedikit huraiannya.


COLGATE

Colgate keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~haram~ bercampur lemak babi. Colgate 125ml yg berada di pasaran sekarang sah diimport dari Thailand.

AJI NO MOTO

Aji No Moto keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram ~ bercampur lemak babi. Aji No Moto juga disahkan oleh doktor mengandungi MSG (Mono Sodium Glutamate) berlebihan yang boleh mereputkan daging dan menggugurkan rambut dengan cepat.Bagaimanapun produk Aji No Moto keluaran Jln Kuchai Lama (Malaysia) disahkan bebas dari lemak babi.

COKLAT

Semua coklat yang diimport dari luar negara mengandungi lemak babi atau pun sekurang-kurangnya mengandungi lemak binatang yang amat diragui. Sekiranya pada luar bungkusan pek coklat ada menunjukkan kod produk, KOD 164 disahkan mengandungi lemak babi.

FISHCAKE, FISHBALL, MEE & KUE TIAW BASAH

Keluaran bukan Islam disahkan mengandungi ramuan campuran lemak babi supaya produk tahan lama.

BERUS-BERUS SONGKOK, KASUT, CAKE

Babi ternak di Malaysia tidak berbulu. Tetapi babi tunggal dikatakan berbulu. Di negeri China terdapat babi ternak yang khusus menghasilkan bulu seperti ternakan biri-biri. Berus untuk songkok, kasut dan cake disahkan adalah bulu-bulu babi dari negeri China.

ROTI HIGH 5 ( HIGH FIVE )

Roti High 5 HARAM dimakan kerana mengandugi/dicampur/diproses dari ragi babi. Suatu ketika dulu pernah tersebar luas berita/surat layang mengenai lemak babi dalam roti Gardenia. Ketika itu jualan Gardenia jatuh merosot dengan ketara sekali. Sebenarnya berita ini disebarkan oleh orang-orang dalaman High 5 sendiri yang iri hati dengan pencapaian/kejayaan Gardenia. Punca iri hati ini disebabkan empat tokoh utama pengurusan Gardenia adalah orang Melayu yang amat peka dengan sensitiviti umat Islam mengenai pemakanan halal/haram. Saham-saham besar Gardenia yang dikatakan bercampur dengan perniagaan babi tidak membabitkan negara Malaysia. Produk keluaran Gardenia diproses berlandaskan prinsip Islam ISO 2020 yang digariskan Institut Penyelidikan Piawaian Islam (RISIS).Ini disahkan oleh Setiausaha PPIM Dr. Maamor Osman. Gardenia disahkan bebas dari campuran lemak babi.

REMPAH KARI ALLAGAPAS, BABAS, SAKHTY & CAP MATA

Keempat-empat jenama kari di atas tidak mengandungi lemak babi TETAPI 40% hasil jualannya digunakan untuk membuat/menambah/memperelok kuil-kuil H**** di Malaysia dan juga sebagai pembiayaan untuk membunuh masyarakat Islam Gujerat India. Itu lah sebabnya kita melihat jenama kari ini berlumba-lumba menaja rancangan-rancangan hiburan TV (terutamanya lagu dan filem Hindi) supaya bersesuaian dengan selera orang Melayu yang sejak dari dulu lagi lagu dan filem Hindi ini ibarat isi dgn kuku dan sudah sebati dengan jiwa mereka.

Satu perkara lagi yg perlu diberi perhatian ialah nombor 786. Orang-orang veteran India Muslim (berusia 80 tahun keatas) yang ditanya mengenai nombor ini menyatakan dengan berbagai pendapat. Tetapi apa pun jawapannya nombor ini adalah kod untuk Bismillah yang cara amalannya mereka saja yang tahu. Malangnya kod ini (786) diselewengkan oleh puak-puak Hindu apabila mereka juga melabelkan papan iklan kedai dengan nombor tersebut untuk mengaburi umat Islam. Tidak hairanlah dewasa ini kalendar orang-orang India Muslim yang menggunakan gambar Kaabah dan ayat suci Al-Quran dicetak/ditaja oleh Palanniappa, Sakhty dan Babas. Juga perlu dingatkan pada umat Islam supaya amat peka dengan beberapa restoran baru nasi kandar yang bergiat aktif sama ada dimana-mana bandar terutama di Taiping dan Ipoh. Pastikan perniagaannya oleh orang Islam dan ayamnya halal. Di Taiping ada restoran nasi kandar, roti nan dan toseh dr pekerja H**** dan ayam dibekalkan oleh C***

COCA COLA

Coca Cola adalah jenama minuman yang mempunyai agendanya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi agenda menghina Umat Islam. Tahukah saudara tulisan Coca Cola itu jika dibelah dua dari bahagian belakangnya maka tulisannya boleh dibaca dan akan membawa maksud ‘Laaâ€(tm) Allah Laaâ€(tm)Muhammad

(Tiada Allah Tiada Muhammad)
Kajian menunjukkan Negeri Perak adalah negeri kedua di Malaysia yang berjaya memboikot Coca Cola dan dikatakan jualannya di Perak merosot sehingga 60%. Syabas warga Perak.

SARDIN TIN MERAH

Kuah Sardin ini dibuat dari campuran siput babi ~ haram dimakan.


KENTUCKY FRIED CHICKEN (KFC)

Perkara yang meragukan dalam kes KFC ini ialah cara sembelihan ayam itu sendiri. Seorang petugas menyembelih di KFC mengakui bahawa bacaan semasa sembelih hanya dibaca pada permulaan/pertama sahaja manakala yang lain-lainnya tidak sempat kerana ribuan ekor lagi menunggu/berpusing untuk disembelih. Kita tidak dapat berbuat apa-apa dengan masalah KFC ini kerana ia mendapat kelulusan penuh pihak Pejabat Agama. Tetapi perkara yang mendatangkan was-was eloklah kita tinggalkan. Keadaan ini samalah juga dengan ayam yang kita beli dan lihat sendiri sembelihannya dimana-mana pasar ayam. Sekiranya kita beli 10 ekor ayam dan selepas disembelih ayam-ayam tadi dihumban ke dalam sebuah bekas/raga. Persoalannya bagaimanakah cara 10 ekor ayam itu mati? SAH ayam itu mati akibat tertindih lemas sesama mereka dan bukan menggelupur sendirian. Mati lemas ini disahkan tidak halal kerana mati katak.

TEH HAILAM

Orang Melayu sejak dulu lagi amat famous dengan teh Hailam. Ada yang
pagi-pagi lagi mesti pekena teh Hailam Sedap katanya. Minum pula dalam cawan berbunga.TETAPI tahukah kita apakah cara tradisional teh ini dibuat. Seorang Muallaf yang mendedahkan perkara ini memberitahu bahawa pada setiap pagi tokey kedai ketika sedang menggosok gigi dan dalam masa yang sama akan membenamkan berus gigi kedalam bekas membancuh teh atau apa-apa jua bekas untuk teh tersebut itulah resepinya. Bunyinya memang lucu tetapi itulah hakikatnya.

TESCO IPOH

Sesiapa yang berkunjung ke Ipoh dan ingin menjamu selera diingatkan supaya
berhati-hati apabila singgah makan di mana-mana warung dalam Tesco. Hampir kesemua gerai-gerai makanan dipunyai oleh bukan Islam ( C*** ) dan mengupah pekerja Melayu untuk RUN perniagaan tersebut. Masalah utama ialah ayam digerai ini disupply oleh C***. Hanya sebuah gerai (Western Food ) saja yang disahkan betul-betul halal dan dijalankan sendiri oleh seorang pemuda Melayu.

RENUNGAN

Dipasaran sejak akhir-akhir ini kita dikaburi dengan jenama-jenama yang
seolah-olah bercirikan Islam.

Contoh :

Bahan makanan kering yang dibungkus dengan gambar masjid diluarnya dan bunyi syarikat pembuat seperti bahasa Arab yang kadangkala kita tidak ambil kisah langsung. Di pasar raya umpamanya jenama-jenama seperti Safi, Shurah, Zaitun dan Aminah Hassan dikenalpasti barang-barang keluaran bukan Melayu/Islam. Bisnes ini sebenarnya telah bertukar tangan. Selain itu alasan paling mudah adalah mana mungkin produk Melayu boleh masuk pasar raya. Bagaimana pula dengan kicap Thamin. Kicap Thamin HALAL tetapi difahamkan ia terpaksa mengupah salesman C*** dengan bayaran RM7,000.00 untuk membolehkan produk tersebut memasuki pasar raya.

PERIHAL KICAP ELIZA

Betul ke?????? Orang perak tolong periksa !!! Kicap Eliza. Tolong war-warkan pada kawan-kawan yang lain sebab bukan anak-anak saja yang sukakan kicap, kita mak/bapak pun suka......masak kicap. Berhati-hatilah kalau cerita ni benar, perlulah kita sebarkan pada semua orang... Kicap Eliza. Dibotol kicap tertulis alamat kilangnya ialah di Batu 3,Jln Jelapang, Ipoh. Setahu saya di Batu 3, Jalan Jelapang cuma ada Kilang Kicap kepunyaan kaum cina, pekerjanya juga kaum cina. Lokasinya ialah di persimpangan Jalan Jelapang dengan Highway ke Lumut (di traffic light).

Kepada yang biasa dengan bandar Jelapang, kilang tersebut berada di sebelah sungai sebelum memasuki ke Taman Meru 1A. Terdapat kilang kicap tanpa pagar ...dan bangunan kayu lama di situ. Dan dikawasan itulah letaknya batu 3, Jalan Jelapang dengan berposkod 30020 seperti tertera di botol. Saya yang hampir sebelum ini 10 tahun tinggal di sana pun tak perasan itulah kilang kicap Eliza ... kecuali bila tengok address kilang pada botol tersebut semalam (Ahad). Gunalah kicap dan sos cap "HABHAL KIPAS UDANG". Yang ini taukeynya memang orang Islam ... seorang jutawan yang dermawan tinggal di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Produknya pun khabarnya dah sampai ke Timur Tengah sana ... satu lagi cap "TAMIN" .... [Yusoff Yaacob] tapi yg warna hijau tau, bukan cover yg warna merah yg merah, sudah dijual kepada tokey cina (sudah tentu bukan islam)....

Subject: REPLY ....... AWAS! penggemar kicap! Untuk maklumat kamu semua, setelah diselidiki dan dipantau....kicap yang tertera dibawah tu.....sememanglah benar, dipunyai oleh seorang tokey cina kilang kicap tersebut mengunakan nama orang melayu agar mereka mendapat keuntungan yang banyak. Sebab rata-rata yang mengunakan kicap adalah orang melayu , jadi itu adalah strategi mereka. oleh yang demikian hindarkan saja untuk membeli jenama tersebut...semoga apa yang dimakan hendaklah halal dan sememangnya bersih. Orang Ipoh tolong siasat betul ke ni? Soal makanan kena ambil berat sebab jadi darah daging yang menentukan sikap dan kemana kita di Akhirat nanti. Wallahualam.


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: