Video Klip Pilihan

Thursday, July 12, 2007

.:: Harapan Yang Setia ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Jauh termenung, ku tatap skrin monitor. Entah apa yang bermain di fikiran ini pun tidak aku ketahui. Drama bersiri korea yang amat ku minati langsung hilang dari ufuk minda. Kesengsaraan episod cinta dua insan tidak sedikit pun berjaya menembusi ruang atmaku. Aaarghhhhh... Tekanan terus mencengkam di benak jiwaku memikirkan
natijah yang belum pasti.

"Wei man, apa yang ko khayalkan ni? Ko tengok citer tu ke tak? Dari ko dok khayal tu lebih baik ko bagi aku main game. Aku tengok ko tembus je skrin monitor tu?" sapa Zaffril, sahabat serumahku sambil menghayunkan tangannya di pandanganku.

"Astaghfirullah al azim. Ko ni zaff kalau ye pun bagilah salam ke. Torkojut aku tau!" jawabku tersentak sambil menyembunyikan apa yang terpampang di benak fikiran.

"Ces, ko ni abis-abis ingat kat si Liza tu kan? Hehehehe" Zaffril mencelah lagi.

"Ko ni memandai je. Aku malas nk layan blues mcm ko dgn si Tina tu. Entah apa-apa. Cuba ko kawal sikit. Asyik bergayut tiap hari. Aku tau la ko tu dah tunang. Kalau susah sangat ko kawin jerla," jawabku kembali.

"Hei beb, rileks la. Tak kan marah kot. Aku saja jerla. Ko ni kenapa? Cuba citer pada aku apa masalah ko? Aku kan teman sebantal, sesuap dan sepermainan ko" Zaffril bertanya ingin tahu.

"Entahla Zaff. Sorila aku lepas marah aku kat ko. Aku tak taulah. Sebenarnya aku tengah runsing dengan natijah imtihan yang tak keluar-keluar lagi ni. Ko tu memang dah confirm najah. Aku ni entahlah. Nak tengok control tak dapat lak. Huuh.." jawabku sambil menghela nafas panjang.

"Man, Man. Mana dia Man yang aku kenal sebelum ni. Yang selalu bagi nasihat masa aku putus asa, masa aku dirundung kesusahan dengan keyakinan dan ketabahan yang tinggi. Ko ni kan pandai cakap jerla. Hihi..," sindir Zaff kepadaku.

"Ko ni nak nasihat aku ke nak kondem? Kang ada yang tido luar malam ni?" aku mencebik dengan nada geram.

"Ok ok. Sori Man. Ko ni tak boleh bawa bergurau lah pulak. Ko kena ingat, apa-apa ketentuan tu datangnya dari Allah. Yerla, seandainya ko lulus, Insyaallah, itu adalah dari usaha yang ko buat. tapi seandainya engkau diuji dengan kegagalan, itu pun ko kena terima dengan hati yang terbuka sebagai satu ujian buat ko untuk mendalami dalam bidang yang ko ceburi dengan sebaik-baiknya. Yerla aku menaqalkan apa yang pernah abang-abang senior kita pesan. Hidup seorang ulama dan pejuang itu tak semestinya senang lenang. Di sana mesti ada ujian yang mewarnai jalan yang penuh dengan liku-liku dan masih panjang. Ceh, macam kaunselor lah lak aku ni. Hihihi," nasihat Zaff diiringi tawa kecilnya. Apa tidaknya dia bukan orang yang mudah untuk berceramah. Tapi asyan aku ni sahabat karib dia, memang kami saling mengambil berat antara satu sama lain.

"Eh hauslah tekak aku ni bagi kaunseling kat ko. Ko tak haus ke? Ko nak air tak?
air Sinalco special kegemaran ko. Jangan takutla. Aku tak beli yang muqataah punyer," soal Zaff menyindir.

"Baik ko Zaff. Ada kang makan mouse komputer ni! Ces, kalau bab menchendih, bagilah kat ko. Emm bawakan jer segelas utk aku. Gelas beso tau," jelasku disambut ejekan dari Zaff.

Aku mengelamun lagi sepanjang ketiadaan Zaff sambil memerhatikan plot sedih yang menimpa pasangan kekasih drama bersiri korea, My Girl. 'Memang tak patut betul la atuk laki tu. Ada ke patut dia minta pompuan tu jauhkan diri dari laki yang dia cintai. Tapi nak wat camner dah nama citer pengarah dah suruh buat lagu tu' desis atmaku.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Zaff tadi. Aku sering kali nasihat orang lain tapi diri sendiri tak 'makan nasihat'. Bukan tak 'makan nasihat'. Yelah dah nama manusia, kita memang akan sentiasa ditimpa masalah hatta kaunselor sekalipun yang mana menunjukkan manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain. Apatah lagi aku yang lemah iman, jua kekuatan terkadang futur dek lambakan kerja persatuan yang ditaklifkan. Apapun aku sedari semua itu memerlukan kesabaran juga kekuatan jasmani dan rohani untuk menghadapi tribulasi yang kian mencabar.

Pokoknya, apa jua dugaan selepas ini yang bakal ku tempa harus diharungi dengan penuh redha dan hati yang terbuka kerana itu semua adalah sunnah bagi seorang muslim yang benar-benar percaya dengan sepenuhnya pada segala ketentuannya. Itulah ciri mukmin sejati yang tidak pernah berputus asa dan menyalahkan takdir.

"Woi, berangan lagi la tu. Nah, amik air kesukaan ko ni," sekali lagi Zaff menyentak diamku.

"Ko ni dah berapa kali aku bagitau. Bagi salam sebelum masuk. Ada kang kaki naik muka!" terangku sambil mengunjurkan kakiku ke arahnya lalu tanganku mencapai gelas air kesukaanku itu.

"Hahaha. Ko ni pun, sudah-sudah la tu. Bawa bertafakur. kalau ko nak teruskan dengan dunia fantasi ko tu, tafaddal, bagi aku main game Carbon. Aku malas nak layan sangat angan ko tu. Ko pun lebih masyi dari aku. Nak kata layan citer blues, entah apa yang ko faham tak taulah," bebel Zaff lagi.

"Yerla. Pegila main game ko tu sana. Membebel jer macam bertih. Apapun syukran nasihatkan aku. Macam tulah sahabat aku yang amik berat akan sahabatnya," bebelku pula sambil menepuk-nepuk bahunya.

"Dah dah. Ko jangan nak muja. Gi sana buat keje ko tu. Berangan jer. Aku nak main game pun tak tenang," bebel Zaff lagi.

"Yela yela aku gi la ni," jawabku sambil berlalu.

Apa yang pasti natijah yang bakal keluar sudah pastinya memberikan satu tamparan hebat bagi diri kita semua khusunya yang mengaji di Perlembahan Nil samada kita berpeluang untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang seterusnya ataupun berada di peringkat yang sama untuk mendalaminya dengan lebih telus.

Nisbah bagi diriku, pengalaman najah selama dua tahun walaupun dengan manqul tidak bermakna pada tahun ini aku najah lagi atau mungkin sebaliknya. Asas dalam menghadapi segala kemungkinan mendatang adalah kesabaran, keredhaan, thabat dan rasional dalam apa jua tindakan. Itulah kunci kepada ketenangan yang abadi, harapan yang setia mengharapkan petunjuk dan inayah dariMu ya Rabb.

Baki dalam menghitung detik itu adalah melalui doa, solat hajat dan perbanyakkan amal kebajikan disamping menghindari segala kemaksiatan dan dosa terhadapNya kerana dengan amalan itu sedikit sebanyak moga dapat membantu ke arah kejayaan yang diimpikan oleh semua. Selamat beramal dan renung-renungkan. Semoga kejayaan itu adalah milik kita bersama.


Kosa kata :

Najah - berjaya
Natijah - Keputusan peperiksaan
Imtihan - peperiksaan
Asyan - sebab, kerana
Masyi - faham
Tafaddal - silakan
Manqul - Lulus menyambung pengajian seterusnya bersama 1-2 subjek pengajian sebelumnya
Control - keputusan peperiksaan sebelum disahkan
Thabat - tetap pendirian
Inayah - Bantuan
Futur - putus asa
Taklif - amanah, tanggungjawab



Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

1 comment:

MZP said...

Pertama tahniah sebab berjaya menulis sebuah cerpen.

Kedua, baca komen dengan memuat turun dokumen seperti alamat di bawah.

http://mohd.zaki.m.noor.googlepages.com/komencerpenrasul.doc

Ia akan berada di situ beberapa ketika sebelum di-delete semula. Sial ambil ia segera.