Video Klip Pilihan

Monday, July 16, 2007

.:: Mati Itu Pasti Tapi Bilakah Ia Akan Datang? ::.

بسم الله الرحمن الرحيم





Assalamualaikum W.B.T dan salam hormat buat kalian semua sahabat yang ku sayangi kerana Allah. Sekadar mencuri sedikit masa yang ada untuk menyampaikan sebaris dua kalam nasihat dan pesanan sebagai ingatan kita bersama. Tika corong telinga ini mendengar bait-bait lagu ini tersentak hati ini memikirkan bagaimanakah agaknya kiranya keadaan diri ini apabila dipertemukan dengan kematian yang pastinya menyakitkan.

Dikala mendengarkan melodi lagu yang menusuk ke liang atma ku turut teringat salah satu kalam Allah yang termaktub di dalam Kitab Suci umat Islam, Al-Quran di satu petikan dari surah Luqman ( betulkan saya sekiranya salah surah ) pada penutup surah tersebut yang berbunyi :

وما تدرى نفس بأى أرض تموت إن الله عليم خبير

(Lukman : 34 )

Mafhumnya : Dan tiada seorang dari kamu yang mengetahui di bumi mana dia akan mati, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Luas Pengetahuan-Nya


Sekadar sebagai satu peringatan buat kita bersama untuk mengoreksi diri ditahap manakah amalan dan ibadah yang telah kita laksanakan untuk mempersembahkannya di hadapan Maha Adil adakah mencukupi dan melayakkan kita untuk terselamat dari azab siksa-Nya yang amat pedih. Marilah kita bersama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita sedaya mungkin dan semoga pengakhiran hidup kita kelak dalam keadaan bertaubat dan mengharapkan sinar rahmat-Nya ( husnul khatimah ) bukan dalam keadaan kemaksiatan terkapai-kapai di dalam kegelapan iblis ( su'ul khatimah ) nauzubillahi min zalik. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: