بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat buat anda semua pembaca setia yang dirahmati Allah. Selaut kesyukuran dipanjatkan semata-mata kepada-Nya serta selawat dan salam yang tidak terhingga dipersembahkan kepada Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w atas segala pengorbanan yang telah dilangsaikan demi ingin melihat kesenangan umat yang dicintainya. Juga sebanyak-banyak kesyukuran atas kondisi IMAN dan ISLAM yang kekal terpelihara di hati sanubari kita. Alhamdulillah.
Keadaan dunia sejagat semakin mencengkam minda insani dengan pautan kecanggihan teknologi yang di luar batasan minda insani dihiasi padanya pelbagai pro juga kontra. Tapi apa yang ingin saya ketengahkan pada kali ini adalah suatu aktiviti yang tidak lekang bagi pengguna-pengguna 'pautan genggam' yang tidak asing lagi kepentingannya di era modenisasi ini iaitu telefon mudah alih. Tanpanya segala perkara, aktiviti mahupun program sukar untuk dijalankan dengan licin teratur.
Namun di sana terdapat satu amalan yang kita acapkali amalkan dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian tidak mengira had umur, kerjaya mahupun pemikiran. Tidak boleh tidak amalan ini mempunyai tujuannya yang tersendiri sebagai simbolik kepada sesuatu perkara. Amalan yang saya maksudkan itu adalah budaya 'miss call' atau terjemahannya 'panggilan rindu'. Banyak khilafiah yang timbul akibat dari budaya ini yang tidak lari dari sunnatullah sama ada pro atau kontra. Sebarang kemungkinan sudah pastinya timbul membabitkan konflik antara kedua-dua akibat itu. Mari kita teliti berdasarkan bancian dan kajian yang saya sendiri jalankan sepanjang bersama dengan 'pautan genggam' ini.
Pro atau manfaat budaya 'miss call' adalah seperti berikut :
Akhir kalam dari penulis semoga budaya yang mungkin selama ini kita lakukan tapi tanpa tujuan dapat difahami dengan sebaik-baiknya dan diniatkan segala amalan ini adalah semata-mata mengharapkan keredhaan dan rahmat Allah dalam apa jua tindakan. Sebarang komentar bolehlah dilontarkan untuk kebaikan bersama. Yang paling penting jangan sesuatu teknologi itu disalah guna dan digunakan untuk tujuan kejahatan. Sesungguhnya seseorang itu tidak akan bertanggungjawab atas dosa dan kejahatan orang lain melainkan dirinya sendiri. Semoga ia bermanfaat sebagai panduan kita bersama dalam melayari pelayaran kehidupan yang masih panjang dan penuh ranjaunya. Renung-renungkan dan selamat beramal.
- Sebagai tanda ingatan dan rindu seseorang kepada sahabat, teman, keluarga dan yang seumpama dengannya.
- Mengingatkan seseorang tentang amanah tugasan dan tanggungjawab dari aspek kepimpinan dan organisasi.
- Menunjukkan keprihatinan ukhuwah sesama dalam melaksanakan ibadah terutamanya seperti masuknya waktu solat fardhu, qiamullail, sahur dan yang seumpama dengannya.
- Meredakan kesunyian dan tekanan perasaan bagi mereka yang berhadapan dengan tekanan tugasan dan yang seumpama dengannya.
- Mengukuhkan jalinan ukhuwah yang sedia terpatri dari hari ke hari.
- Mengingatkan seseorang dari terus terleka atas tujuan-tujuan yang disebutkan tadi.
- Juga sebarang bentuk kebaikan yang difikirkan perlu dan lazim kalian lakukan atas nama kebaikan.
- Menganggu mereka yang menginginkan ketenteraman impak dari tekanan perasaan dan tidak memahami konsep 'miss call' itu sendiri.
- Menghadapi tekanan dari sebelah pihak yang tidak menyukai budaya ini yang memungkinkan retaknya sesebuah perhubungan.
- Mewujudkan suasana yang negatif bagi mereka yang menghadapi perkara yang disebutkan tadi.
- Juga sebarang bentuk keburukan yang difikirkan perlu dan lazim kalian lakukan atas nama keburukan.
Akhir kalam dari penulis semoga budaya yang mungkin selama ini kita lakukan tapi tanpa tujuan dapat difahami dengan sebaik-baiknya dan diniatkan segala amalan ini adalah semata-mata mengharapkan keredhaan dan rahmat Allah dalam apa jua tindakan. Sebarang komentar bolehlah dilontarkan untuk kebaikan bersama. Yang paling penting jangan sesuatu teknologi itu disalah guna dan digunakan untuk tujuan kejahatan. Sesungguhnya seseorang itu tidak akan bertanggungjawab atas dosa dan kejahatan orang lain melainkan dirinya sendiri. Semoga ia bermanfaat sebagai panduan kita bersama dalam melayari pelayaran kehidupan yang masih panjang dan penuh ranjaunya. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
1 comment:
MISS CALL ni kadang2 tension gak, especially time ngah sedap2 tido di hantui dengan bunyi2 tembakan miscall ni. Tapi yang sweet tu, bila kene miscal 3 kali berturut yang disamaertikan "I MISS U" hakhak. Tapi yang best, time takde kedit, miscal org tu..apalagi call me back la
Post a Comment