Video Klip Pilihan

Thursday, July 17, 2008

|| Bersama Mempertahan Kepentingan Rakyat ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Seronok dan teruja menyaksikan Debat diantara Datuk Seri Anwar Ibrahim wakil dari Pakatan Rakyat juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Shabeery Cheek yang merupakan Menteri Penerangan Malaysia mewakili kerajaan pemerintah dalam membahaskan tajuk yang cukup menarik iaitu 'Hari Ini Memerintah Negara, Esok Turun Harga Minyak'.

Malas untuk mengulas panjang berkaitan dengan permasalahan negara yang sedang hebat bergolak diantara kerajaan pemerintah dan Pakatan Rakyat yang dilihat berusaha memperjuangkan permasalahan rakyat yang semakin terhimpit dengan kesempitan hidup. Kesempitan hidup yang terhasil akibat daripada kenaikan harga hasil petroleum secara mendadak seterusnya mengakibatkan kenaikan inflasi. Itu merupakan suatu kebenaran teori yang praktikal dan idealistik bukan sebaliknya.

Penulis tidak berhasrat untuk menulis dengan lebih terperinci berkaitan dengan masalah yang melanda dunia secara global untuk menguji kebijaksanaan sesebuah kerajaan dalam mentadbir negara dan menyelesaikan sesebuah masalah yang timbul. Sekaligus memberikan satu penelitian kepada rakyat dalam menilai sejauh manakah kerajaan yang dipilih itu benar-benar mengambil berat keutamaan permasalahan rakyat berbanding selainnya.

Hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak seharusnya mampu dinilai oleh seluruh penonton yang semakin bijak dalam mengenal pasti dominannya hujah-hujah yang dikemukakan untuk memberikan sebuah kepercayaan kepada rakyat terhadap janji daripada wakil Pakatan Rakyat dan kerajaan pemerintah dalam mengulas isu ini dengan lebih matang, profesional dan beretika berdasarkan kondisi semasa.

Sebuah lontaran persoalan dan cakna kredibiliti selaku mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan negara :

  • Mampukah kita menilai akan setiap hujah yang disampaikan oleh kedua-dua belah pihak yang benar-benar matang?
  • Dan manakah diantara kedua-dua pendebat itu benar-benar memberikan satu komitmen yang terbaik dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat keseluruhannya tidak hanya golongan atasan yang berpendapatan tinggi sahaja?
  • Bagaimana pula seandainya kita duduk di dalam masyarakat apabila pulang ke Malaysia kelak tatkala berhadapan dengan perubahan gaya hidup dan kenaikan inflasi akibat dari kenaikan harga minyak tersebut?
  • Apakah sumbangan kita dalam memberikan idea dan momentum penggerak yang mampu membantu pimpinan negara yang benar-benar meringankan beban hidup rakyat bukan menambahkan masalah pengangguran, masalah sosial, korups, rasuah, nepotisme, kronisme dan sebagainya yang menepati lunas-lunas Islam?
Segalanya terpundak di bahu sekalian peneliti dan penyambung warisan kepimpinan negara agar seiring melangkah diantara duniawi dan ukhrawi seterusnya menatijahkan sebuah keharmonian hidup yang membangun bersama Islam. Apa yang pasti, penulis berharap kepada sidang ilmuan sekalian supaya dapat menimbang setiap olahan berita yang diulas oleh jentera media elektronik dan cetak tanpa mengambil bulat-bulat kecuali selepas kalian menyaksikan dan mendengar sendiri siaran debat tersebut.


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: