بسم الله الرحمن الرحيم
Perjalanan semalam memugar semangatku untuk kembali menghayati kisah kegemilangan silam sebuah empayar yang menjadi impian semua bangsa dan agama untuk duduk bernaung di bawahnya. Gagasan pegangan dan akidah yang merangkumi keseluruhan kehidupan tidak dapat disangkal oleh mana-mana pembawakan fahaman yang nyata tidak menepati fitrah insani.
Penjelasan yang dikemukakan oleh beliau begitu terkesan di dalam hati ini. Selama ini penulis sudah sedia maklum mengenai kenyataan tersebut akan tetapi penjelasan yang dilontarkan lebih menjelaskan dan menguatkan hujah ketuanan Islam tersebut. Islam sudah sedia kukuh. Islam sudah sedia kuat untuk menerajui sebuah umat agar berada di landasan yang digariskan sesuai dengan tuntutan addin.
Menarik dan merungkai setiap persoalan setiap lontaran hawa nafsu yang menganggap perjuangan bangsa merupakan titik permulaan untuk mencapai kegemilangan Islam. Lantas dibidas dengan penuh hikmah dengan hujah yang kukuh bagi membuktikan perjuangan sebenar yang perlu disemat di dalam hati setiap golongan azhari yang mendalami selok belok hal berkaitan Quran dan Sunnah dalam memimpin dunia.
Sejarah lampau umat Islam yang terkubur pada akhir pemerintahan Turki Uthmaniyah. Terkesan dek risikan campur tangan musuh-musuh Islam yang berusaha memecah belahkan kesatuan umat yang teguh berdiri. Oleh kerana lemahnya kesatuan dan bercambahnya permusuhan dan peperangan sesama umat menyebabkan cadangan supaya mengutamakan semangat ke'bangsa'an yang tinggi khilafah Islamiah yang sekian lama ditubuhkan tersungkur hasil kesepakatan kaum kuffar.
Itulah sebuah realiti perjuangan terpesong yang dijaja di negara kita. Tidak salah untuk mempertahankan kepentingan bangsa akan tetapi dalam keadaan masyarakat majmuk yang dinaungi sewajarnya mendapat perhatian yang seadilnya tanpa mengetepikan hak mereka. Contoh kesaksamaan yang boleh kita contohi melalui pentadbiran Rasulullah SAW, Insan Teragung yang merupakan orang berpengaruh yang berada di kedudukan pertama melalui kajian para pengkaji barat!
Itulah hikmahnya mengapa Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah untuk semua umat, kaum dan bangsa. Bahkan Islam sendiri tidak zalim dan kejam terhadap kaum dan bangsa yang menganut agama selainnya dengan memberikan hak yang saksama dengan penuh keadilan tanpa diskriminasi sebagaimana yang dilakukan pada zaman Rasulullah SAW. Sejarah keagungan Islam sewajarnya menjadi kayu pengukur kepada para pejuang yang berjuang atas landasan ke'bangsa'an agar kembali kepada sinar cahaya yang satu iaitu Islam. Sebagai addin untuk semua tanpa membezakan kepelbagaian kelompok manusia.
Lontaran pemikiran yang penulis perolehi melalui ucapan perasmian Yang Berhormat Dato' Haji Husam bin Musa yang merasmikan Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan Di Timur Tengah Kali Kedua 2008 (SPEKTRUM II '08) wakil kepada Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang tidak dapat hadir. Kedatangan mereka bukanlah atas landasan politik. Ianya merupakan kelaziman dengan kedatangan wakil kerajaan negeri masing-masing samada asat jemputan sesuatu program anjuran persatuan anak negeri secara langsung ataupun tidak.
Sewajarnya seluruh lapisan mahasiswa yang berfikiran matang mampu menilai sesebuah program yang diadakan. Secara realitinya politik adalah sebahagian dari Islam dan tidak dapat dipisahkan. Menurut pemerhatian penulis sepanjang berada di perlembahan Nil ini selama hampir 4 tahun, mana-mana wakil kerajaan persekutuan ataupun negeri tidak akan lari dari menyebut apa jua pandangan dan ideologi mereka. Yang pastinya, selaku mahasiswa yang matang seharusnya mampu menimbang setiap pandangan yang diberikan dengan neraca ilmu Islam yang syumul yang telah dipelajari.
Kata Muthaqqaf : Beruntunglah sesiapa yang mampu menjadikan dirinya positif dengan setiap perkongsian peribadi yang diterima kelangsungan dari olahan ilmu yang diselami dengan penuh penghayatan. Lebih tepat lagi adalah menurut lunas-lunas Islam yang merangkumi segenap sudut kehidupan manusia secara syumul. Itulah kejayaan yang sebenar kepada seseorang penuntut ilmu seandainya dipandang menurut kacamata Islam bertemankan Quran di kanannya dan Sunnah di kirinya. Semoga kita semua tergolong dikalangan mereka yang mendapat petunjuk dan rahmat Allah dalam setiap keputusan dalam sesuatu tindakan.

Melalui pemerintahan baginda di Kota Madinah Munawwarah ketika itu jelas kita perhatikan perjuangan ketuanan Islam yang diutamakan mengetepikan semangat memperjuangkan sentimen ke'bangsa'an. Tidak sebagaimana para Nabi dan Rasul terdahulu mereka diutuskan oleh Allah untuk berdakwah kepada kaum dan bangsa mereka sahaja. Seandainya sentimen ke'bangsa'an dan perkauman ini digagaskan, pastinya di sana kita akan lihat perpecahan akan berlaku kerana masing-masing merasakan kaum dan bangsa mereka lebih baik dari bangsa yang lain yang akhirnya akan meletuskan peperangan, pertelingkahan dan perpecahan umat.
Itulah hikmahnya mengapa Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah untuk semua umat, kaum dan bangsa. Bahkan Islam sendiri tidak zalim dan kejam terhadap kaum dan bangsa yang menganut agama selainnya dengan memberikan hak yang saksama dengan penuh keadilan tanpa diskriminasi sebagaimana yang dilakukan pada zaman Rasulullah SAW. Sejarah keagungan Islam sewajarnya menjadi kayu pengukur kepada para pejuang yang berjuang atas landasan ke'bangsa'an agar kembali kepada sinar cahaya yang satu iaitu Islam. Sebagai addin untuk semua tanpa membezakan kepelbagaian kelompok manusia.
Lontaran pemikiran yang penulis perolehi melalui ucapan perasmian Yang Berhormat Dato' Haji Husam bin Musa yang merasmikan Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan Di Timur Tengah Kali Kedua 2008 (SPEKTRUM II '08) wakil kepada Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang tidak dapat hadir. Kedatangan mereka bukanlah atas landasan politik. Ianya merupakan kelaziman dengan kedatangan wakil kerajaan negeri masing-masing samada asat jemputan sesuatu program anjuran persatuan anak negeri secara langsung ataupun tidak.
Sewajarnya seluruh lapisan mahasiswa yang berfikiran matang mampu menilai sesebuah program yang diadakan. Secara realitinya politik adalah sebahagian dari Islam dan tidak dapat dipisahkan. Menurut pemerhatian penulis sepanjang berada di perlembahan Nil ini selama hampir 4 tahun, mana-mana wakil kerajaan persekutuan ataupun negeri tidak akan lari dari menyebut apa jua pandangan dan ideologi mereka. Yang pastinya, selaku mahasiswa yang matang seharusnya mampu menimbang setiap pandangan yang diberikan dengan neraca ilmu Islam yang syumul yang telah dipelajari.
Kata Muthaqqaf : Beruntunglah sesiapa yang mampu menjadikan dirinya positif dengan setiap perkongsian peribadi yang diterima kelangsungan dari olahan ilmu yang diselami dengan penuh penghayatan. Lebih tepat lagi adalah menurut lunas-lunas Islam yang merangkumi segenap sudut kehidupan manusia secara syumul. Itulah kejayaan yang sebenar kepada seseorang penuntut ilmu seandainya dipandang menurut kacamata Islam bertemankan Quran di kanannya dan Sunnah di kirinya. Semoga kita semua tergolong dikalangan mereka yang mendapat petunjuk dan rahmat Allah dalam setiap keputusan dalam sesuatu tindakan.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
No comments:
Post a Comment