بسم الله الرحمن الرحيم
Kesyukuran yang infiniti dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas keizinannNya meredakan spekulasi dan pergeseran yang timbul baru-baru ini. Semestinya kita selaku manusia lebih-lebih lagi yang memegang tampuk kepimpinan sentiasa memerlukan ruang yang khusus untuk membincangkan isu yang berlaku seterusnya menyelesaikannya dengan sebaik-baiknya.
Jika diperhatikan disebalik setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri dalam menggerakkan sebuah jentera perpaduan yang ampuh didalam sebuah bahtera yang dinaiki oleh pelbagai jenis, ragam dan kerenah manusia. Walaupun seluruh anak kapal dan penumpang yang menaiki batera tersebut berasal dari serumpun negara. Namun selaku nakhoda yang mengetuai pelayaran tersebut perlu untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul dengan penuh hikmah.
Hakikatnya segala yang mugkin selama ini mencengkam jiwa dan merantai atma diantara nakhoda berserta anak kapalnya dan pihak pengurusan perjalanan sekumpulan penumpang telahpun mendapat kata putus. Cumanya diperingkat penumpang yang masih belum mendapat penjelasan lanjut berterusan melontarkan spekulasi yang dilihat seolah-olah cuba untuk merenggangkan hubungan baik kedua-dua belah pihak. Menjadi kewajipan seluruh jentera di kedua-dua belah pihak menjernihkan kembali suasana agar tidak merencat perjalanan menuju ke destinasi yang telahpun dicapai sebelum ini.
Apa yang pastinya, hubungan antara kedua-dua belah pihak ini bukanlah sebagaimana khabar-khabar angin yang dimainkan oleh media elektronik yang sentiasa dikemaskini untuk memanaskan suasana. Sebaik-baik manusia adalah mereka apabila mendengar sesebuah perkhabaran yang tiada sistem yang dipercayai melakukan tindakan menyiasat terlebih dahulu sebelum menguar-uarkannya sebagai goreng pisang yang panas. Goreng pisang yang panas lagi sedap di makan dari khabar angin yang tiada usul periksa dan terus dijual.
Kesimpulannya, perbincangan perlu diadakan sekiranya berlaku sebarang pergeseran yang dilihat mampu menganggu gugat kesejahteraan perjalanaan sebuah bahtera. Sayugia dimaklumkan bahawa perbincangan telah dilakukan dan mendapat kata putus yang disepakati melapangkan dada ahli mesyuarat yang hadir. Seterusnya menatijahkan sebuah keharmonian akibat ketegangan yang tercipta sekian lama tanpa sempat ianya mengendur. Moga ukhuwah yang sekian lama terjalin tidak akan sesekali akur pada sebuah perkhabaran yang tercipta yang akibatnya boleh memusnahkan sebuah kesatuan dan perpaduan yang diharapkan.
Kata Muthaqqaf : Kata maaf telah dipohon dan diterima. Keputusan telah disepakati. Perdamaian telah menjadi titik permulaan untuk menggagaskan kembali kesepaduan untuk memperkuatkan agenda kesatuan Islam menongkah tribulasi yang kian meruncing yang hanya memerlukan kesatuan fikrah dan amal untuk kembali tertegak. Salam maaf juga dari penulis sekiranya sepanjang karier penulisan terdapat artikel yang menyentuh mana-mana pertubuhan dan individu secara khusus (rasanya tiada yang memalukan kalau sebut pun). Maaf sekali lagi.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
No comments:
Post a Comment