بسم الله الرحمن الرحيم
Kurang 24 jam lagi saya akan memulakan perjuangan di medan imtihan. Mungkin kami mahasiswa tahun akhir bagi Fakulti Usuluddin di semua jabatan di Kaherah yang akan memulakan langkah menyambut 'seruan jihad' untuk melangsaikan pengajian di menara gading sebelum menyambung ke peringkat yang seterusnya.
Esok saya bersama sahabat seperjuangan akan menjalani terapi syafawi bagi mengenal pasti tahap hafalan kami. Ada yang akan syafawi Quran bersama beberapa madah utama jabatan masing-masing. Manakala yang seangkatan dengan saya mengulang tahun akhir agak berbeza. Mereka yang tiada madah syafawi, maka hanya Quran sahaja yang akan diterapi.
Tahun ini agak berbeza dari tahun sebelumnya. Tahun ini pihak universiti telah menurunkan muqarar daripada 8 juz kepada 4 juz bermula dari awal juz. Penurunan ini hanya dilakukan terhadap selain mahasiswa Mesir. Nampak semakin mudah. Kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat ILAHI di atas kemudahan ini.
Namun disebalik penurunan tersebut adakah mahasiswa/wi Al-Azhar khususnya Malaysia akan lebih bersungguh-sungguh untuk menghafalnya? Apakah alasan susah untuk menghafal kerana bukan sukar diingat dan bermacam alasan menjadi punca gagalnya madah utama ini? Atau kemalasan yang menjadi faktor utama kepada kegagalan tersebut?
Tepuk dada tanya iman kita bersama. Saya sendiri turut bermonolog apakah saya semakin bersemangat dan bersungguh untuk menghafal atau sebaliknya. Hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUINYA. Semoga saya dan kalian semua akan lebih bersungguh untuk menghafal kitab utama umat ISLAM yang ditinggalkan.
Bahkan bukan sekadar menghafal ditambah dengan penghayatan, perlaksanaan segala perintah dan larangan yang terkandung di dalamnya. Kita yang mendalami Al-Quran yang memahami segala isi kandungannya yang akan melakukan transformasi menegakkan arahan Al-Quran di atas muka bumi ini.
Cukuplah dulu setakat ni. Esok saya berhadapan dengan terapi Al-Quran untuk ke sekian kalinya. Moga Doktor/Sheikh/Pengawas peperiksaan yang akan ditugaskan diterangkan hatinya untuk mengajukan soalan yang terbaik sesuai dengan kemampuan kami. ALLAHUMMA AMIN... ;)
Kata Muthaqqaf : Oklah semua. Nak sambung ulang dan habiskan hafal ni. Kenapalah kepala ni makin susah nak mengingat. YA ALLAH, bersihkanlah hati hambaMU ini dari segala perkara-perkara mazmumah yang menghalang kesucian kalamMU terus terpelihara dan tersemat dalam kalbuku...
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

1 comment:
Moga dipermudah =)
Post a Comment