بسم الله الرحمن الرحيم
Hampir 4 bulan kemelut di Perak masih tidak menemui penghujungnya apabila masing-masing mempunyai hujah perundangan masing-masing. Apabila di bawa ke muka pengadilan pun masih menemui jalan buntu apabila pihak yang kalah masih berusaha untuk mendapatkan mandat yang diberikan bagi mengurus tadbir kerajaan negeri yang sudah sekian lama terbantut.
Sehingga ke hari ini kemelut di Perak masih tidak berkesudahan. Setelah di bawa ke Mahkamah Tinggi dan pengisytiharan Menteri Besar yang sah mengikut kes yang pernah berlaku di Sarawak. Tak sampai 24 jam pihak lawan mengemukakan rayuannya di Mahkamah Rayuan sehingga berjaya mengetepikan perlantikan Mahkamah Tinggi dalam masa yang amat singkat. Hebat bukan! Mahkamah dalam masa yang pantas mampu membuat keputusan mengenai kes ini berbanding kes-kes yang bertahun-tahun masih belum diselesaikan!
Sejurus selepas Menteri Besar Rakyat akur dengan arahan Mahkamah Rayuan lantas beliau juga mengemukakan rayuan untuk membantah dan menafikan rayuan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Kudeta sehingga ianya berjaya diadili. Sepertimana kepantasan Mahkamah Rayuan memberikan keputusannya untuk rayuan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Kudeta maka sepantas itu jugalah keputusan dikeluarkan memihak bukan kepada Menteri Besar Rakyat.
Dengan rasa penuh kesyukuran si Menteri Besar Kudeta ini merafa'kan rasa syukurnya kerana mahkamah menyebelahinya dan mengisytihar beliau sebagai Menteri Besar yang sah walaupun bukan dilantik oleh rakyat kerana dilantik oleh sultan yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Bukan masalah pembaziran wang rakyat yang sepatutnya difikirkan. Seharusnya kebajikan rakyat yang tidak terjaga semenjak kemelut ini 4 bulan lalu difikir panjangkan untuk mengembalikan keamanan negeri Perak sebagaimana negeri-negeri lain.
Kami yang berada di perantauan turut merasakan sesuatu yang amat tidak puas hati dengan apa yang telah berlaku itu. Perdana Menteri selaku pemutus malah dikatakan sebagai pemula segala kemelut dengan membeli 3 wakil rakyat yang bermasalah sehingga menyebabkan berlaku kemelut ini tidak cuba menyelesaikan kemelut ini dari berpanjangan.
Jalan yang terbaik andai diamati dengan pandangan yang diberikan dari pelbagai pertubuhan NGO dan segenap parti politik sewajarnya dipertimbangkan dengan sebaiknya. Usah berterusan untuk menggalas kepimpinan dalam masa yang sama ramai rakyat yang tidak meredhai perlantikannya. Kelak ianya akan menyukarkan perlaksanaan pentadbiran.
Ianya secara tidak langsung memberikan pemahaman yang cukup jelas kepada saya terutamanya tentang segenap peristiwa yang berlaku agar dapat memberikan gambaran kepada asal kemelut ini. Seterusnya membantu bagi menegakkan sebuah kebenaran dari terus dinodai dan dicemari dengan sewenang-wenangnya.
Kembali kemelut di Perak. Kelihatannya ianya masih akan terus berlanjutan sekiranya tiada satu usaha untuk membubarkan DUN dan memberikan seluas-luas pilihan kepada rakyat untuk menentukan Menteri Besar dan kerajaan yang mereka restui. Rakyatlah mahkamah dan hakim yang selayaknya dirujuk meskipun ianya dibawa ke muka pengadilan antarabangsa sekalipun tidak akan mampu menyelesaikan kemelut ini kerana setiap individu mempunya pendirian dan tafsiran masing-masing terhadap sesuatu fasal.
Sebagai contoh apabila Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi dengan alasan hakim Mahkamah Tinggi tersilap berkenaan dengan kes Ketua Menteri Sarawak yang pernah berlaku yang mengesahkan bahawa seseorang Menteri Besar tidak akan dipecat jawatannya melainkan melalui sistem undi tidak percaya di sidang DUN. Akan tetapi Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa boleh berlaku undi tidak percaya tanpa diusulkan sidang DUN.
Saya bukanlah orang yang berkecimpung secara langsung dalam dunia perundangan ini. Akan tetapi melalui tafsiran dan maklumat yang diulas panjang oleh beberapa tokoh politik kesan dan akibatnya adalah sedemikian rupa. Dalam masa yang sama, pertimbangan penerimaan maklumat yang seimbang dari pelbagai sudut juga perlu diteliti bagi memberikan penilaian yang sematangnya mengenai sesuatu isu yang dimainkan.
Nah, itulah hikmah yang sepatutnya diambil oleh setiap individu Muslim rakyat Malaysia dalam mencanai sesuatu isu agar tidak ketinggalan lantas membuat hukuman secara rambang tanpa menyelidiki punca utama. ISLAM mengajar umatnya agar mengenalpasti sesuatu masalah sebelum membuat sebarang hukuman agar keadilan tertegak.
Usah menghukum politik adalah sesuatu yang kotor, jijik dan membosankan sehingga tidak mahu masuk campur langsung kerana politik adalah bersih dan suci pada hakikatnya. Bahkan ianya merupakan sebahagian daripada ISLAM. Akan tetapi pandangan mata manusia yang menghukum politik itu kotor sewajarnya dituding ke arah para aktivis yang berkecimpung di dalamnya yang mencemari institusi politik dengan segala macam rasuah, penipuan, kebobrokan dan pecah amanah sehingga melahirkan anak-anak yang membenci politik.
Itulah hikmah yang sewajarnya dipandang positif oleh setiap mata masyarakat dalam setiap lapangan tugas untuk menguji dan mengajar erti kesabaran dalam memperjuangkan kebenaran yang penuh berliku sebelum menemui pengakhiran yang manis. Semoga ALLAH akan menunjukkan kepada seluruh mata yang memandang akan kebenaran yang pasti akan tertegak walaupun terpaksa mengorbankan jiwa dan raga untuk ISLAM kerana ALLAH yang amat dicintai dan disayangi selamanya.
Kata Muthaqqaf : Penilaian daripada manusia itu bermacam. Kecenderungan juga bervariasi. Segalanya perlu diputuskan dengan kecerdasan akal yang bijak dengan suluhan RABBANI tanpa menurut bisik syaitan dan nafsu yang menyesatkan manusia. Nilailah dengan sebaiknya. Semoga ISLAM akan kembali bersinar menerangi hidup insani.
Seorang Menteri Besar yang jelas mendapat mandat daripada rakyat dengan saluran yang betul sehingga mengangkat sumpah. Manakala seorang lagi Menteri Besar yang tidak mengikut saluran yang betul akan tetapi mendakwa ianya mengikut sistem undian majoriti DUN yang tidak mempercayai Menteri Besar sedia ada hingga menggulingkannya.
Sehingga ke hari ini kemelut di Perak masih tidak berkesudahan. Setelah di bawa ke Mahkamah Tinggi dan pengisytiharan Menteri Besar yang sah mengikut kes yang pernah berlaku di Sarawak. Tak sampai 24 jam pihak lawan mengemukakan rayuannya di Mahkamah Rayuan sehingga berjaya mengetepikan perlantikan Mahkamah Tinggi dalam masa yang amat singkat. Hebat bukan! Mahkamah dalam masa yang pantas mampu membuat keputusan mengenai kes ini berbanding kes-kes yang bertahun-tahun masih belum diselesaikan!
Sejurus selepas Menteri Besar Rakyat akur dengan arahan Mahkamah Rayuan lantas beliau juga mengemukakan rayuan untuk membantah dan menafikan rayuan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Kudeta sehingga ianya berjaya diadili. Sepertimana kepantasan Mahkamah Rayuan memberikan keputusannya untuk rayuan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Kudeta maka sepantas itu jugalah keputusan dikeluarkan memihak bukan kepada Menteri Besar Rakyat.
Dengan rasa penuh kesyukuran si Menteri Besar Kudeta ini merafa'kan rasa syukurnya kerana mahkamah menyebelahinya dan mengisytihar beliau sebagai Menteri Besar yang sah walaupun bukan dilantik oleh rakyat kerana dilantik oleh sultan yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Bahkan institusi istana ini dilihat dipermainkan oleh segolongan parti politik untuk mendapatkan mandat yang sewajarnya diberikan oleh rakyat. Perkara ini jelas sebagaimana yang dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan bahawasanya semua Menteri Besar yang ada di seluruh negeri adalah perlantikan dari dakyat itu sendiri. Dan seandainya berlaku masalah ianya perlu dikembalikan kepada rakyat dengan membubarkan DUN.
Bukan masalah pembaziran wang rakyat yang sepatutnya difikirkan. Seharusnya kebajikan rakyat yang tidak terjaga semenjak kemelut ini 4 bulan lalu difikir panjangkan untuk mengembalikan keamanan negeri Perak sebagaimana negeri-negeri lain.
Kami yang berada di perantauan turut merasakan sesuatu yang amat tidak puas hati dengan apa yang telah berlaku itu. Perdana Menteri selaku pemutus malah dikatakan sebagai pemula segala kemelut dengan membeli 3 wakil rakyat yang bermasalah sehingga menyebabkan berlaku kemelut ini tidak cuba menyelesaikan kemelut ini dari berpanjangan.
Jalan yang terbaik andai diamati dengan pandangan yang diberikan dari pelbagai pertubuhan NGO dan segenap parti politik sewajarnya dipertimbangkan dengan sebaiknya. Usah berterusan untuk menggalas kepimpinan dalam masa yang sama ramai rakyat yang tidak meredhai perlantikannya. Kelak ianya akan menyukarkan perlaksanaan pentadbiran.
Namun, disebalik kemelut yang berlaku ini begitu banyak impaknya kepada rakyat jelata sebagai pengetahuan tambahan. Dari sudut positif, pengetahuan berkenaan kehakiman, DUN, Undang-undang Tubuh Kerajaan sesebuah negeri dan yang seumpama dengannya mampu memupuk golongan cendekiawan, intelektual dan mahasiswa yang berdaya saing untuk membantu menguruskan negara berlandaskan pemahaman perundangan yang baik.
Ianya secara tidak langsung memberikan pemahaman yang cukup jelas kepada saya terutamanya tentang segenap peristiwa yang berlaku agar dapat memberikan gambaran kepada asal kemelut ini. Seterusnya membantu bagi menegakkan sebuah kebenaran dari terus dinodai dan dicemari dengan sewenang-wenangnya.
Kembali kemelut di Perak. Kelihatannya ianya masih akan terus berlanjutan sekiranya tiada satu usaha untuk membubarkan DUN dan memberikan seluas-luas pilihan kepada rakyat untuk menentukan Menteri Besar dan kerajaan yang mereka restui. Rakyatlah mahkamah dan hakim yang selayaknya dirujuk meskipun ianya dibawa ke muka pengadilan antarabangsa sekalipun tidak akan mampu menyelesaikan kemelut ini kerana setiap individu mempunya pendirian dan tafsiran masing-masing terhadap sesuatu fasal.
Sebagai contoh apabila Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi dengan alasan hakim Mahkamah Tinggi tersilap berkenaan dengan kes Ketua Menteri Sarawak yang pernah berlaku yang mengesahkan bahawa seseorang Menteri Besar tidak akan dipecat jawatannya melainkan melalui sistem undi tidak percaya di sidang DUN. Akan tetapi Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa boleh berlaku undi tidak percaya tanpa diusulkan sidang DUN.
Andai ini yang difahami, maka sebagaimana yang diulas oleh pemerhati dan ahli politik yang berkecimpung dalam perundangan bahawa selepas ini usul undi tidak percaya terhadap mana-mana Menteri Besar, Ketua Menteri bahkan Perdana Menteri itu sendiri boleh dilakukan tanpa perlu dibawa di dalam sidang DUN dan Parlimen! Maka ketika itu akan semakin bercelaru seandainya tafsiran fasal tersebut dimengerti sebegitu.
Saya bukanlah orang yang berkecimpung secara langsung dalam dunia perundangan ini. Akan tetapi melalui tafsiran dan maklumat yang diulas panjang oleh beberapa tokoh politik kesan dan akibatnya adalah sedemikian rupa. Dalam masa yang sama, pertimbangan penerimaan maklumat yang seimbang dari pelbagai sudut juga perlu diteliti bagi memberikan penilaian yang sematangnya mengenai sesuatu isu yang dimainkan.
Nah, itulah hikmah yang sepatutnya diambil oleh setiap individu Muslim rakyat Malaysia dalam mencanai sesuatu isu agar tidak ketinggalan lantas membuat hukuman secara rambang tanpa menyelidiki punca utama. ISLAM mengajar umatnya agar mengenalpasti sesuatu masalah sebelum membuat sebarang hukuman agar keadilan tertegak.
Usah menghukum politik adalah sesuatu yang kotor, jijik dan membosankan sehingga tidak mahu masuk campur langsung kerana politik adalah bersih dan suci pada hakikatnya. Bahkan ianya merupakan sebahagian daripada ISLAM. Akan tetapi pandangan mata manusia yang menghukum politik itu kotor sewajarnya dituding ke arah para aktivis yang berkecimpung di dalamnya yang mencemari institusi politik dengan segala macam rasuah, penipuan, kebobrokan dan pecah amanah sehingga melahirkan anak-anak yang membenci politik.
Politik adalah penting untuk menegakkan ISLAM agar kembali menjadi sumber pentadbiran negara secara saksama. Tanpa politik, ISLAM tidak akan mampu ditegakkan di dalam diri masyarakat kerana tiada penghayatan di peringkat pusat seterusnya diterapkan di peringkat bawahan. ISLAM untuk semua bangsa, agama dan negara. Bahkan ISLAM terbukti berlaku adil kepada seluruh lapisan masyarakat pada zaman pentadbiran RASULULLAH SAW sebagai contoh.
Itulah hikmah yang sewajarnya dipandang positif oleh setiap mata masyarakat dalam setiap lapangan tugas untuk menguji dan mengajar erti kesabaran dalam memperjuangkan kebenaran yang penuh berliku sebelum menemui pengakhiran yang manis. Semoga ALLAH akan menunjukkan kepada seluruh mata yang memandang akan kebenaran yang pasti akan tertegak walaupun terpaksa mengorbankan jiwa dan raga untuk ISLAM kerana ALLAH yang amat dicintai dan disayangi selamanya.
Kata Muthaqqaf : Penilaian daripada manusia itu bermacam. Kecenderungan juga bervariasi. Segalanya perlu diputuskan dengan kecerdasan akal yang bijak dengan suluhan RABBANI tanpa menurut bisik syaitan dan nafsu yang menyesatkan manusia. Nilailah dengan sebaiknya. Semoga ISLAM akan kembali bersinar menerangi hidup insani.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
2 comments:
Assalamualaikum..
Saya di sini sebagai pemerhati(tak hingin nak menyebelahi sapa2) dan ingin meluahan rasa saya sbgai anak jati perak..
Saya rasa pihak tuan tidak faham dengan undang2 tubuh negeri dan sistem perlantikan..
pertama pihak tuan cakap menteri besar dipilih oleh rakyat.. saya rasa itu silap..
menteri besar dipilh di kalangan beberapa org oleh parti yg menang dan menjadi kerajaan di negeri tersebut
kemudian dipersembahkan pada sultan utuk dipilih an diperkenan..
rakyat tidak ada urusan dalam pemilhan ini.. rakyat pilih (undi) parti yg nak memerintah..
Kedua pihak tuan kata politik adalah bersih & jujur dan bersalingkait rapat dgn islam.. TOLONG jangan menggunakan islam utuk mengelokan politik yg sedia tercemar.. (nanti agama lain lihat islam pn sekotor politik yg di penuhi dgn org2 yg kotor)semua ahli politik gila kuasa, pangkat n kekayaan.. kalau tidak mereka tidak perlu berusah payah untuk mendapat kemenangan..
kita tidak pula nampak pemimpin2 politik yg berebut2 dan bergaduh serta bt demonstrasi gaduh2 utuk mendapatkan kerja amal.. nampak sgt kepentingan peribadi didlam politik utk berkuasa..
jadi kalau betul lah politik itu sebersih yg tuan inginkan mengapa masih bersekongkol dgn ketua PR sedangkan kita semua tahu dia suka mengamalkan rasuah utk mendapatkan ahli parlimen supaya melompat parti dan mengapi2 pihak2 tertentu untuk mencetuskan ketegangan rakyat yg dulunya aman damai..
ketiga.. tentang kemelut di perak ini.. sepatutnya ianya dijadikan satu masalah memberi cabaran pada PR untuk menyelesaikannya sendiri secara beribawa.. bukanya melepaskan tangan dan menyruh rakyat memikul beban tersebut..
Disini rakyat dapat melihat betapa goyahnya kucar kacir managment/pentadbiran kerajaan PR di perak.. Sikit2 nak bubar dun n pilihan raya..bt kecoh n huru hara.. tak bolehkah handle secara berhemah dan teratur.. tahukah betapa ianya menyusahkan n menakutkan rakyat perak.. lagi utk bt pilihanraya lagi.. cakap senang.. ianya memerlukan kos yg tinggi terutama kalau bt secara peringkat negeri (membayar kos keselamatan, pengurusan dan kakitangan bertugas dan macam2 lagi duit rakyat dibazirkan sedangkan leh guna bantu org susah kt perak) (malahan kos individu pn meningkat dimana perlu pulang ke kg sedangkan ramai yg berhijrah ke luar dr perak untuk mencari rezeki dan membazir cuti tahunan yg boleh guna utk kepentingan lindividu), membuang masa rakyat membuat pekara yg sama seperti yg telah dibuat pada pilihan raya yg lalu.. Patut pada masa nie rakyat nak berjimat cermat dan mencari duit dimasa kegawatan ekonomi, bukan nya nak tgk sandiwara yg menyampah diantara kedua2 parti politik tak habis nak gila kuasa.. dan menyusahkan rakyat..
kayu.. masing2 tak reti nak beralah.. menerima dgn hati yg terbuka.. nampak sgt kegilaan masing2 utk berkuasa.. kalau benar ikhlas nak membela nasib rakyat, semestinya satu pihak akan terima keputusan dgn seadanya demi kepentingan rakyat.. nie cakap je kepentingan rakyat tapi lebih suka menyusahkan rakyat.. rakyat yg sengsara.. saya rasa lepas nie rakyat akan menilai apa yg terjadi sebagai panduan di masa hadapan..
Waalaikumussalam wbt...
terima kasih atas respon pemerhati yg xmenyebelahi sesiapa tpi nmpk mcm menyebelahi pihak kerajaan yg merempas kerajaan sedia ada sebelum ni...
mmg saya akui saya xberapa jelas dengan undang2 tubuh negeri perak dsb...
tpi yg jelasnya segalanya kena kembali kepada rakyat sbgmn yg disuarakan oleh kebanyakan ahli politik terkemuka xkira dr sebelah PR atau BN itu sndiri klu ingin melihat kemelut ini berakhir...
dlm ISLAM politik itu mmg bersih...
sbgmn yg saya ckp ahli politik itu sndiri yg perlu memastikan politik yg ISLAM gariskan seumpama kebanyakan gerakan politik ISLAM di seluruh dunia termasuk PAS dengan garis panduan yg cantik dan tersusun bagi mengelakkan ahlinya terjebak dgn aktiviti yg boleh merosakkan ISLAM dan politik itu sendiri...
patah balik soal MB... hakikatnya mmgla parti yg mng yg tntukan utk jadi MB... tpi xknla MB yg dilantik tu bukan dari kalangan mereka yg dipilih oleh rakyat? maknanya rakyatla yg tntukan MB dari parti mn yg mereka nak sebelum dibawa perkenan ke atas Sultan dan prosedur2 yang selanjutnya...
saya ni bukan bangang sangat tentang hal ni... pemerhati politik, ahli perundangan dan mereka yg cerdik pandai dalam arena politik dh ckp mcm tu xkn kita yg bukannya ahli dlm bidang politik nk menafikannya lak...
awak amik aliran politik ke ms bljr kt univ?? siapa kt dlm negara tu yg lbih bijak daripada kita yg hanya memerhati berbanding mereka yg saya sebutkan tadi bagi menyelesaikan kemelut di negeri saudara kalau tidak kembali kepada rakyat semula?
dh klu mahkamah pun berat sebelah, sultan pun xleh nk bg keputusan sbb perlu diputuskan di dlm DUN so apa lg penyelesaiannya??
nilailah dr kedua2 belah pihak dan mmg kedua2 belah pihak masing2 ada salah dan silapnya tpi tgk balik parti mana yg bobrok dan korups lebih besar dan merbahaya buat negara untuk terus memerintah negeri dan negara?
fikir2kanlah wahai saudara seagamaku dan kembalilah kepada kebenaran tanpa menegakkan benda yang batil...
jgn nk putar cerita ok...
punca segala masalah daripada parti BEE END yang membeli ADUN PKR yg bermasalah politik wang yang masih belum selesai dan akhirnya mereka isytihar bebas dan menyokong BEE END...
apa cerita bro!!!
lu pikirla sendiri...
Post a Comment