بسم الله الرحمن الرحيم

Sehingga ke saat ini setiap mata yang membaca laporan terkini berhubung sidang DUN tersebut mampu mendatangkan satu kenyataan yang jelas. Kenyataan yang bernas untuk diberikan kepada ADUN-ADUN yang jelas membelakangi kuasa Speaker yang selama ini bermati-matian memperjuangkan demokrasi. Mempertahankan kekebalan Speaker yang dikuasi oleh mereka. Apabila tiba Speaker bukan dari kalangan mereka, maka sedaya upaya pencabulan terhadap demokrasi dikhianati.

Sebarang persetujuan terhadap pemecatan dan perlantikan semuanya atas kehendak mereka tanpa menghiraukan kuasa speaker yang masih duduk di kerusi Speaker. Bahkan ADUN-ADUN selain mereka dikalangan Pakatan Rakyat tidak langsung dilibatkan sama dalam usul yang mereka kemukakan. Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Di manakah perjuangan demokrasi yang dilaung-laungkan oleh mereka selama ini?

Kini sementara menantikan jawapan mahkamah persekutuan berhubung Menteri Besar yang sah, wujud pula masalah pertindanan perlantikan Speaker DUN dalam keadaan Speaker yang sedia ada masih berkemampuan melaksanakan tugas sebagai seorang Speaker. Sudahlah masalah Menteri Besar yang sah masih belum diselesaikan kerana kerumitan yang berlaku di kalangan peguam, kini timbul pula masalah perlantikan Speaker yang baru membelakangi keputusan Speaker sedia ada yang menolak usul pemecatan ke atas dirinya.
Sehingga ke saat ini semenjak Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin masih menunggu di Kamar DiRaja untuk merasmikan sidang DUN tersebut. Kekecohan dan kekalutan yang berlaku masih tidak dapat diselesaikan dengan kewujudan dua orang Speaker di dalam sidang DUN tersebut. Speaker yang baru terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Speaker tanpa mendapat persetujuan keseluruhan ADUN yang hadir. Bertambah rumit kemelut yang berlaku di Perak seandainya ianya tidak diselesaikan kepada rakyat.

Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun. Sembah patik harap di ampun.
Sidang DUN baru bermula pada hari ini dan akan berlanjutan selama 7 hari. Tidak dapat dibayangkan apakah masalah yang akan timbul seterusnya selepas sidang DUN ini memiliki 2 orang Menteri Besar dan 2 orang Speaker DUN sekiranya sidang DUN ini dirasmikan oleh Pemangku Sultan. Dunia sedang melihat huru hara yang timbul daripada kedua-dua belah pihak yang memiliki hujah tersendiri. Sama-sama panjatkan doa semoga kestabilan politik dan keamanan negara kembali terpelihara untuk menjaga kepentingan rakyat.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
No comments:
Post a Comment