Video Klip Pilihan

Monday, June 02, 2008

|| Akhlak Remaja Semakin Kritikal! ||

بسم الله الرحمن الرحيم


Sukar untuk dipercaya tapi itulah kenyataannya. Penulis beranggapan seandainya ingin mengharapkan berita arus perdana seumpama Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk memutarkan isu glokal Tanah Air kita menyangka segalanya baik-baik belaka. Yang banyak diperbahaskan hanyalah masalah politik dan kemajuan negara. Mujurlah terdapat akhbar Harian Metro yang dilihat banyak memutarkan permasalahan keruntuhan akhlak masyarakat semasa yang memberikan gambaran jelas mengenai realiti masyarakat Malaysia yang sebenar.


Malas rasanya ingin mengulas panjang mengenai isu ini yang sudah berulang kali diutarakan oleh para pendokong Islam malahan turut diutarakan di Dewan Rakyat untuk mengatasi isu keruntuhan akhlak remaja yang kian membimbangkan banyak pihak. Namun penyelesaiannya dipandang enteng malahan menyalahkan sistem pendidikan dan ibu bapa yang gagal memainkan peranan.


Semoga pendedahan yang dinyatakan melalui akhbar
Harian Metro yang disiarkan hari ini. Buat para penuntut ilmu Allah yang sedang menghadapi imtihan sedarilah bahawa tugas kita semakin berat untuk memimpin masyarakat yang kian hilang jati diri Islam dalam dirinya.



KUALA LUMPUR: “Saya cuma beri dia RM5 untuk satu ‘game’ (melakukan hubungan seks). Kami lakukannya di dalam bilik, sama ada di rumah saya atau rumahnya. Ibu bapa tak tahu kerana ingat kami belajar.”


Demikian pengakuan remaja berusia 14 tahun yang mahu dikenali sebagai Andy ketika menceritakan pengalamannya mengamalkan seks bebas dengan beberapa rakan sekolah.

Andy membuat pengakuan itu ketika sesi kaunseling program Kem Smart Remaja khusus untuk membimbing pelajar bermasalah berusia 13 hingga 15 tahun dari sekolah menengah di Selangor di sebuah kawasan perkhemahan di pinggir ibu kota, baru-baru ini.

Andy berkata, dia mula melakukan hubungan seks dengan rakan sekolahnya ketika berusia 13 tahun, manakala pasangannya setahun lebih tua daripadanya tetapi memang dikenali sebagai ‘bohsia’.

“Dia sanggup terima bayaran serendah RM5 untuk sekali ‘main’. Bukan semua pelajar tahu kegiatan ini melainkan kenalan rapat gadis itu,” katanya.

Andy mengakui mengamalkan hubungan seks bebas sejak mengenali seniornya hujung tahun lalu dan melakukannya di rumahnya atau senior berkenaan, meskipun ahli keluarga ada di rumah masing-masing.

Dalam tempoh tiga bulan dari November tahun lalu hingga Januari tahun ini, Andy berkata, tiga kali dia melakukan hubungan seks dengan gadis bohsia itu, dan lebih memeranjatkan, mereka bukan sekadar berdua tetapi turut disertai seorang lagi lelaki yang juga rakan Andy.

“Saya lebih suka melakukan (hubungan seks) beramai-ramai,” kata remaja berasal dari daerah Kuala Langat itu tanpa segan silu.

Andy berkata, gadis pasangan seksnya hanya perlu dihubungi melalui telefon bimbit atau khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk membuat temujanji. Ada masanya mereka terus berjumpa selepas tamat waktu persekolahan.

“Apabila emak bertanya ke mana saya pergi, alasan saya ialah belajar bersama kawan di rumah mereka. Tidak pun, saya beritahu hendak ke perpustakaan sekolah tetapi sebenarnya saya pergi memuaskan nafsu,” katanya.

Menurut Andy, dia mula terjebak dengan gejala tidak bermoral itu sejak berusia 12 tahun melalui seorang rakan yang menetap di kawasan perumahan berhampiran.

“Kami kerap menonton VCD (cakera padat video) lucah. Lama-kelamaan keinginan untuk melakukan seks semakin kuat, terutama selepas rakan perkenalkan saya dengan gadis itu,” katanya.

Mengenai pelajaran, Andy mengakui dia pelajar lemah. Walaupun di tingkatan dua, dia masih tidak mahir membaca dan menulis.

Malah, katanya, dia tidak minat bersekolah lagi dan ingin hidup ‘bebas’. Namun, takut dan desakan ibu bapa menyebabkannya terpaksa meneruskan persekolahan.

“Belajar pun tak guna. Saya pelajar yang dianggap ‘bodoh’ di sekolah. Daripada sia-siakan masa di sekolah, lebih baik saya berhenti. Saya sudah bosan belajar, tetapi takut ayah marah jika tahu saya hendak berhenti,” katanya.

Ditanya mengenai keluarga, Andy berkata, dia dibesarkan dalam keluarga sederhana dan kerap berpindah-randah kerana bapanya sering bertukar kerja.

Di rumah, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa bersama abang dan ibu, manakala bapanya hanya pulang ke rumah dua kali seminggu kerana bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat di Klang.

“Ayah saya tegas. Bila dia dapati saya tidak belajar, saya dipukul. Sebab itu saya tak suka apabila ayah ada di rumah, jika ada yang tak kena, pasti saya jadi mangsa,” katanya.

Selain itu, Andy mengakui mempunyai rekod disiplin yang tidak baik di sekolah. Dia kerap dikenakan tindakan disiplin dan pernah digantung sekolah kerana terbabit dengan kesalahan merokok, pergaduhan dan gangsterisme. Lantaran itu, dia dihantar ke kem berkenaan untuk ‘memulihkan’ dirinya.

Seorang lagi peserta perempuan Kem Smart Remaja itu memberitahu, dia mengalami masalah ketagih seks selepas melalui episod ngeri dirogol abang angkat ketika usianya 12 tahun.

Remaja berusia 14 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Anita itu berkata, sejak kejadian itu dia menjadi ketagih seks dan untuk memuaskan nafsu, dia sering melakukannya dengan rakan serta senior di sekolah.

“Semuanya bermula selepas saya bergaduh dengan emak. Ayah dan emak sudah bercerai, jadi emak sibuk bekerja dan saya hanya tinggal dengan adik di rumah.

“Untuk menghilangkan kebosanan, saya keluar bersama rakan dan emak marah. Saya ke pantai seorang diri dan bertemu abang angkat. Selepas minum bersama, kepala saya pening dan tidak sedarkan diri.

“Selepas terjaga beberapa jam kemudian, saya dapati abang angkat menindih saya sambil teman wanitanya merakam aksi kami. Selepas itu, teman wanitanya menghantar saya pulang,” katanya yang berusia 12 tahun ketika itu.

Anita berkata, selepas kejadian itu, dia lebih suka menyendiri, tetapi pada masa sama pengalaman pertama kali melakukan hubungan seks menjadikan dirinya ingin mengulangi perbuatan terkutuk itu.

“Tahun lalu, tiga kali saya melakukan hubungan seks bersama dua pelajar senior di sekolah. Saya tidak takut dan tidak kisah, yang penting rasa seronok dan puas,” katanya.

Kali terakhir dia melakukan hubungan seks ialah bulan lalu bersama rakan ketika belajar berkumpulan.

“Ketika itu kami bersama beberapa rakan lain belajar di rumah seorang rakan. Tiba-tiba seorang daripada rakan lelaki menarik saya ke bilik dan memperkosa saya. Rakan lain hanya memerhatikan,” katanya.

Anita berkata, dia kini insaf dan serik untuk membuat maksiat lagi dan berasa sangat berdosa di atas kesilapan lalu.

Sementara itu, pelajar tingkatan dua, Helmi, 14, dihantar menyertai Kem Smart Remaja selepas terbabit dengan kes curi basikal dan lari rumah selama tiga minggu.

Pelajar berasal dari Ampang itu berkata, dia memulakan kegiatan mencuri basikal sejak menjejakkan kaki ke sekolah menengah tahun lalu. Dia mengakui mencuri lebih 50 basikal bersama tiga rakan sekolah.

“Selepas curi, kami ambil bahagian tertentu daripada basikal berkenaan seperti pedal (pengayuh) untuk kegunaan basikal sendiri atau menjualnya.

“Jika ada basikal yang masih elok, kami ubah suai seperti mengecat warna lain dan jual kepada rakan pada harga murah, paling murah RM50,” katanya sambil mengakui melakukan kegiatan itu sebagai hobi.

Selain itu, katanya, dia pernah lari dari rumah selama tiga minggu kerana mengikut rakan.

Kata Muthaqqaf:Segala kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita sebenarnya kembali kepada pokok asal masalah yang menyeru supaya kembali kepada pendekatan yang dibawa oleh Islam sebagaimana ulasan dan kupasan penulis dalam entri yang lepas. Sama-sama renungkan untuk meningkatkan persiapan diri yang matang bagi menghadapi tribulasi di luar kotak pemikiran yang sukar dijangkakan. Jika perkara ini tidak disedari, ianya tidak akan sampai ke mana walau sebanyak mana pun peruntukan yang diberikan untuk memperbaiki akhlak para remaja yang kian jauh dari landasan agama Islam yang suci.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

2 comments:

DzuLagiL said...

salam,
bagus juga blog nie.
banyak memperlihatkan permasalahan sosial khususnya keruntuhan akhlak dalam kalangan belia kini. Suatu anjakan pradigma perlu dilaksanakan agar permasalahan ini diatasi. namun peranan masyarakat yang hanya memejamkan mata, memekakkan telinga serta membisukan mulut seakan-akan menggalakkan permasalahan ini walhal sokongan dan usaha semua pihak seharusnya digemblengkan. mudahan-mudahan keruntuhan akhlak nie tidak menular hingga suatu tahap yang mungkin tidak dapat dibendung lagi.

Muthaqqaf Azhari said...

insyaallah...
ianya memerlukan gemblengan smua pihak...
paling utama pihak atasan perlu cakna soal perkara ini....