Video Klip Pilihan

Wednesday, June 25, 2008

|| Etika Dan Disiplin : PMRAM Tetap Bertegas ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Satu kenyataan yang perlu diterima oleh ahli di semua peringkat bahawasanya setiap keputusan dan arahan dari Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir perlu untuk dipatuhi selagi mana arahan tersebut tidak menyalahi Syariat Islam yang menjadi ketetapan. Semua pihak juga perlu berlapang dada dengan setiap keputusan yang diputuskan oleh PMRAM kerana memikirkan kepada kemaslahatan yang lebih besar sekiranya diteruskan sesuatu program yang tidak mematuhi qarar (ketetapan) PMRAM.


Semua pihak disemua peringkat bahkan ahli di bumi Mesir sedia maklum bahawa PMRAM merupakan sebuah persekutuan Melayu yang menaungi majoriti anak-anak Melayu Asia Tenggara. Lebih dikhususkan lagi anak-anak Malaysia yang duduk menadah ilmu di perlembahan Nil ini merangkumi pelajar jurusan agama termasuk pelajar Qiraat Shoubra dan perubatan walaupun tidak secara langsung. Anak-anak Malaysia yang dipantau dan dinaungi bukan sahaja berpusat di Kaherah semata-mata, bahkan meliputi 8 cawangan Universiti Al-Azhar yang lain.

Maka dengan itu, kesemua 8 cawangan tersebut merupakan anak kandung yang terus bernaung di bawah PMRAM tanpa menaungi pihak-pihak lain termasuk pihak kedutaan. Oleh yang demikian, setiap perlaksaan program dan aktiviti dari pihak-pihak selain PMRAM perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak PMRAM melalui Presiden tanpa kompromi. Dalam masa yang sama makluman juga perlu disampaikan kepada Naib Presiden II merangkap Ketua Lajnah Muhafazah PMRAM bagi memastikan program tersebut benar-benar mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh PMRAM.

Justeru itu jugalah, penulis selaku Ketua Lajnah Muhafazah yang memantau dan melihat gerak kerja di seluruh cawangan supaya sentiasa berada di bawah pengawasan PMRAM berbanding Badan Kebajikan Anak Negeri yang banyak terikat dengan Kerajaan Negeri masing-masing juga pihak kedutaan yang turut menanungi mereka. Ala kulli hal, mereka masih berada di bawah PMRAM kerana keberadaan mereka di bumi Mesir dalam melaksanakan segala program dan aktiviti yang memerlukan kebenaran dari PMRAM selaku NGO memudahkan urusan para pelajar. Faktor terbesar ini tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak.

Oleh yang demikian, segala keputusan yang diputuskan oleh PMRAM terhadap beberapa program yang tidak dijalankan adalah disebabkan wujudnya perlanggaran etrhadap ketetapan yang telah ditetapkan oleh PMRAM sendiri untuk menggunakan 'premis' PMRAM. Seumpama seseorang datang menziarahi rumah sahabatnya, tidak boleh tidak dtai mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di dalam rumah tersebut. Bahkan Islam itu sendiri izzah dan diakui kerana terdapat di dalamnya Syariat Islam yang telah diputuskan oleh Allah Tuhan Pencipta sekalian Alam.

Selagi mana peraturan, etika dan disiplin yang ditetapkan oleh PMRAM tidak melanggar batasan syariat, maka selagi itulah seluruh ahli yang bernaung di bawahnya mengikuti ketetapan tersebut. Perkara ini bagi memastikan tiada pihak yang cuba ingin mengambil peluang dengan mendesak kelonggaran demi kelonggaran dibuka. Sekiranya ini terjadi tidak mustahil PMRAM akan datang akan mandom dan dipandang rendah oleh ahlinya kerana tidak berjaya bertegas dalam melaksanakan segala etika yang telah ditetapkan.

Semoga sedikit bingkisn ini mampu memberikan gambaran kepada ahli tentang keputusan yang dilakukan oleh PMRAM terhadap bberapa program yang dilihat tidak mempu mematuhi segala ketetapan yang ditetapkan PMRAM walaupun telah diberikan beberapa kelonggaran kepada mereka. Akibatnya PMRAM melihat untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar memaksa PMRAM membatalkan program-program tertentu. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri untuk kepentingan PMRAM supaya tidak dipandang lekeh oleh musuh-musuhnya yang ingin memusnahkan PMRAM.

Coretan Badan Pengurus,
Naib Presiden PMRAM 2008,
Ketua Lajnah Muhafazah.


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

21 comments:

mdzuhi said...

TO RASUL AMAT... Etika.. Etika juga..tp yang menyusahkan ahli kenapa? tak dak ka cara lain yang lebih mesra ahli... semua benda nak kena cop... awat hang tak pi cop kat dahi ahli sama..senang sikit nak kenai ahli PMRAM..

Etika tu memang tak menyalahi syariat tp menyusahkan ahli.. Syariat Allah pun tak menyusahkan hambanya... ada rukhsah juga...ada berlaku nasakh mansukh jugak..sebelum betul2 menjadi Syariat yang syumul..

ini kan etika ... ubah la apa yang menyusahkan ahli tu...tak salah pun..banyak lagi cara yang boleh digunapakai selain cop tu..dah la satu ja... ahli ramai...fikirkan lah wahai BP...buah awal..

from mdzuhi kedah

mdzuhi said...

tambahan... perlu diingat..jangan rasa bangga yang PMRAM berkuasa di Mesir ini melebihi Kedutaan.. hakikatnya kita kena terima bahawa Kedutaan lebih berkuasa di sini.. suruh orang patuh etika PMRAM tp kepimpinan PMRAM sendiri yang menunjukkan contoh yang tak baik dengan melawan undang-undang Kedutaan, tak mematuhi arahan kedutaan.. kita orang malaysia bukan nya orang mesir..sedar la sama...

Perlu diingat PMRAM pernah digantung pendaftaran kerana tidak bersikap terbuka kepada ahli sehingga ahli bangkit menentang secara kenegerian...jgn biar pisang berbuah dua kali...dengan sikap pimpinan yang macam ni...

mmg dewan di cawangan tu milik PMRAM tetapi jgn anggap cawangan tu milik PMRAM... BKAN juga tolong membayar sewa rumah PMRAM di Alex tu.. klu tanpa bantuan BKAN dan ahli boleh ka PMRAM bayar semua tu...org boleh buat program di mana2 ..xperlu minta kelulusan PMRAM..kedutaan boleh benarkan...hotel dan dewan banyak..boleh sewa..klu kedekut sangat dewan tu..orang minta guna tu sebab hormat..tp dibalas dengan sikap bongkak dan sombong...

selagi PMRAM dipimpin oleh pemimpin yang mcm ni selagi tu la PMRAM xdapat bersatu... ego dengan kuasa yang ada...hina orang sesuka hati..xmencerminkan kepimpinan Islam... menggunakan kuasa untuk menindas ahli... buat etika menyusahkan ahli... aku jadi ahli PMRAM lebih lama dari hang...pimpinan PMRAM dulu xbuat mcm ni pun kat ahli..tak mesra langsung...

bak kata nabil (raja lawak 2) lu pikir la sendiri...

Muthaqqaf Azhari said...

salam....
terima kasih to mohd zuhi 'org lama' dari saya dlm PMRAM...

sememangnya segala apa yang digariskan oleh PMRAM adalah untuk kemaslahatan semua bukan untuk menyusahkan sesiapa...

akan tetapi mengapa perkara yang cukup mudah tidak boleh untuk diselesaikan sebelum program itu dimulakan??
perkara ini telah diperbincangkan oleh YDP MKKK bersama Presiden dan penasihat PMRAM bagi menyelesaikan masalah yg sememangnya akan menyusahkan pihak penganjur seandainya tidak mengikut apa yg kita gariskan...

SEKADAR SURUH COP BUKAN SUSAH SANGAT...

yang kami dimaklumkan buku yang akan didiskusikan hanya 1 maka buku tersebut sahajalah yang akan dicop...

akan tetapi apabila tiba hari yang dijanjikan tiba-tiba promosi ditambah lagi 2 buku menjadikan 3 buku dengan harga promosi...

jadi siapa yang menyulitkan keadaan??
asalnya buku 400 buah menjadikan 2000 buah jadi yg susah nya penganjur sebab nk cop(katanya...)

satu jawapan yang saya ingin saya berikan respon mengapa buku tersebut tidak di cop 2-3 hari lebih awal bagi memudahkan urusan pihak penganjur??

etika sudah cukup jelas bahawa saban tahun semenjak dahulu lagi ahli yg memahami tentang etika ini terpaksa akur dengan arahan dari kementerian kemasyarakatan Mesir supaya segala urusan mestilah dibuat di pejabat operasi PMRAM dan hanya dibenarkan 1 COP...

bukan pihak PMRAM memandai nk buat qarar sendiri!!!

lagi satu, satu hakikat yg memang diketahui bahawa HANYA PMRAM SAHAJA salah sebuah NGO ASING DI MESIR yang berdaftar di bawah KEMENTERIAN KEMASYARAKATAN MESIR... tiada satu pun dari mana2 persatuan negara selain Malaysia yang ditabalkan menjadi NGO oleh Republik Arab Mesir...

Maka kita tidak boleh tidak terikat dengan setiap etika dan perundangan yang digariskan oleh Kementerian Kemasyarakatan Mesir yang mana kita lihat tidak sewenang2nya membenarkan buku2 yg tidak mempunyai cop mana-mana persekutuan yg berada di bawahnya...
andai kita mengingkarinya maka sekaligus PMRAM melanggar undang2 PMRAM walaupun yang melakukan kesalahan tersebut terdiri dari ahli BKAN dan DPM yang berada di bawahnya!!!

Pihak kedutaan jelas mempunyai prioriti yg mutlak terhadap keseluruhan anak2 Malaysia di Mesir akan tetapi kuasa mereka tidak meliputi keseluruhan Mesir sebagaimana PMRAM yang diberikan kuasa untuk melakukan sebarang program di seluruh Mesir...

Yup, memang premis yang berada di cawangan2 dibayar oleh sumbangan ahli2 PMRAM di cawangan tersebut...
itu tidak dapat kami nafikan...
andai kalian sanggup untuk tidak menyumbangkan bayaran untuk menyara markaz DPM itu terpulang kepada anda....
takkanlah kerana nila setitik habis susu sebelanga untuk menjadi hidangan kepada 400 org sahabat kita?!!!

Hakikatnya sebagaimana yg saya katakan tadi seandainya perkara ini dipatuhi sejak awal sebagaimana penulis2 kitab yg lain yg saban tahun mengeluarkan kitab2 mereka yg kian banyak tanpa mempunyai sebarang masalah untuk mengikut ketetapan PMRAM supaya diizin terbit di bawah PMRAM dan dicop...
bahkan mereka semakin aktif mengeluarkan kitab2 yg bertaburan menjadi rujukan seluruh mahasiswa Malaysia di perlembahan nil ini...

Hanya mereka yang memahami kepentingan etika tersebut mengikut langkah2nya tidak melihat etika tersebut tidak pernah sekalipun menyusahkan ahli kerana penetapan etika yg dtgnya dr pihak Kementerian Kemasyarakatan Mesir yg lebih berkuasa dari PMRAM apatah lagi KEDUTAAN yg diagung2kan (lagi banyak menyusahkan PMRAM...)

saya tidak ingin mengulas lanjut permasalahan Kedutaan kerana mereka ada peranan mereka berkaitan pendaftaran yg anda cuba bangkitkan kembali...

perkara jelas tidak akan menyelesaikan mslh andai PMRAM berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah semenjak dahulu lagi sehingga sekarang juga kerana keterikatan kita dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir yg tidak membenarkan 2 penaung dalam 1 masa...

Prioriti PMRAM di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir lebih besar dari berada di bawah naungan Kedutaan Malaysia yg terbatas...

alhamdulillah saya dan barisan kepimpinan PMRAM dan HEWI PMRAM telah lama berfikir...

harap anda pula berfikir...

sekian...

Anonymous said...

tolong jawab plak kenapa buku mirath ust jabal tak dicop, buku hadarah Islamiah dan syeikh nurudin. Ana nak banding 3 statement yang bertembung antara penasihat serta pres. Nak tengok enta nak jawab camna plak. Klu berani jawab la

Anonymous said...

pastu perbicaraan sekarang bab bukan cop tu menyusahkan pada setengah org dan tidak pada setengah org. Org bercakap benda yg dominan. Nak kira gitu berapa ramai yahudi yg bagus, tapi bukan boleh tutup kejahatan zionis tu. Kenapa tak memudahkan cara, itu masalahnya.

Klu boleh sekalipun, bukan benda yg logik dok perabis waktu pi cop sedankan masa boleh guna buat benda lain. Yg ni tak sempat fikir ker?

Anonymous said...

KITA PMRAM

salam...dok tanyer kenapa perlu cop ke tak. yang taknak cop cakap alasan buang masa, menyusahkan dll. padahal bende nie dah lama buat...baru sekrang duk nak berbunyi macam ayam kene sembelih..Berbunyi sebab nafsu bukan sebab iman dalam dada dia..Nak melenting?..silakan..Bila kehendak nafsu tak dituruti..mula la nak hingap sini sana.. tak per la..jiwa muda..

Nie cakap orang tak tau prosedur. Masa dalam muktamar PMRAM semua duk setuju ngan tindakan PMRAM. Suruh ikut undang2 tubuh dan sebagainya... bila sekarang.?? apa macam?? pertikai tu la ni la... pesal plk? dah lebih 70tahun baru nak pertikai?? Alasan..ciput tue jer...selagi mana akta cop tu tak dimansuhkan selagi tu la kene ikut.. Baca balik undang2 tubuh.. Kalau kat malaysia pon nak ubah satu2 undang2 punyai prosuder...begitu juga di sini.

wallahu a'lam.

Kepada sahabat-sahabat BP dan HEWI.. Teruskan perjuangan.

-al-fakir min Mansura-

Anonymous said...

KENAPA BUKU SYEIKH NURUDDIN DAN BUKU USTAZ JABAL TIDAK DICOP!

Pertama : Mereka adalah TETAMU yang diundang oleh PMRAM untuk mengadakan diskusi.

Kedua : Buku tersebut apabila tidak dicop maka, DILUAR BIDANG KUASA PMRAM. Ya. Buku Syeikh Nuruddin dan Buku Ustaz Jabal, PMRAM tidak bertanggungjawab atas tulisan mereka.

Ketiga : BUKU SYIAH sebenarnya adalah buku yang "PALING TIDAK TAHU MALU" kerana memaksa pihak DPM mengadakan tanpa dijemput untuk didiskusikan.

Keempat : USTAZ AIDIL tu sebenarnya mahu lakukan buku dia. Jadi dia terpaksa jerit-jerit bgtahu belilah buku aku-belilah buku aku. Cara nak laku cepat, apa lagi road-show la..

ajk exco mkkk said...

takat ana tau:

1) Ust nurudin tak pernah datang sini sebab jemputan pmram. MKKK dan kedutaan yg keluarkan surat untk jemput beliau ke sini. Yang terbaru pejabat pegawai keluarkan surat untuk jemput syeikh nur untuk bulan 8 ni. Nak bukti pi amik salinan di pejabat pegawai


2) Ana tanya ust aidil. Buku tu cetak duit sapa. Dia kata sorang jutawan mesia bagi duit. Ust zakaria pegawai kedah minta beliau selia terjemahan dan pembentang sahaja. Bila selia terjemahan dan bentang serta ust zakaria minta urus cetak sekali. Secara auto org anggap buku milik beliau. Boleh mintak penyata keluar masuk duit kat pegawai klu nak tau duit buku tu masuk mana. Program Road show under pegawai. Pegawai pun tak boh cop dia.

3) Nak kira etika. Pmram pun tak reti etika nak jumpa MB kdah masa aritu. Tapi harmoni dan toleransi pegawai dan YDP walaupun macam2 benda depa kena marah bab pmram tak reti protokol. Tetap jayakan pertemuan tu. Belajar hormat dan toleransivfw

Anonymous said...

jangan terlalu beremosi...tak pasal2 us aidil kene..sian us aidil... :D

isu ni nak bncang seolah2 PMRAM tak bg lansung bt roadshow tue...

InsyaAllah boleh bt lepas nie...jangan risau..cuma nak diingatkan..jangan beremosi..ikut prosedur... :D

-al-faqir min mansurah-

Anonymous said...

assalamualaikum..
siapa mdzuhi ni??? .. tak payah la menyalahkan PMRAM ...mgkin saudara sendiri tak mengikuti roadshow pertama atau tak baca lagi kitab tu...dalam roadshow pertama byk menyentuh ttg bgaimana syiah ni ditolak dan ttg pntgnya kesatuan sesama kita,,jadi kalau peraturan yg telah disepakati tu sengaja dilanggari..bukan ke menunjukkan pihak yg melanggar tu ada masalah...tak perlulah nak buat alasan yg bermacam2 ..ana ambik kenyataan ahli panel waktu roadshow pertama hrtu yg menyatakan bahawa golongan syiah ni mmg susah nak bawa bncg bersama kerana depa serg memulakan perbalahn,,jadi etika yg dah sedia ada tu dah disepakati semua ...ikut la selagi belum diubah ..kalu ada pihak yg merasakannya tdk sesuai kita boleh usulkan perkara ni smula dekat muktamar nnti..insyaallah kita boleh sentisa bersama samada PMRAM DPM BKAN kalu kita juga bersama ikut apa yg telah disepakati..fikir2kanlah wallahu a'lam

Sederhana said...

saja menyampuk sebab tengok pakat panas. Ana tengok sini ada beberapa perkara;

1) Etika dan peraturan memang hak PMRAM dan wajib ditaati. Tapi bukankah itu juga menjadi hak BP untuk mentakwil mengikut maslahat. Bukankah kepercayaan kita kepada para BP terlantik, adalah sebagai tanda bahawa mereka mampu memimpin. Kalau nak kata ikut etika dari awal dah langgar etika. Sebab etika suruh cop semua. Tapi buku syeikh nurudin dan ust jabal dan hadarah islamiah boleh ditolenrasi disebabkan kepimpinan yang mahu berfikir. Kenapa perlu ditakwilkan itu jemputan PMRAM sedangkan tidak sebagimana yg disebut ajk exco mkkk. Lagi sedih bila dengar kata bila ditanya penasihat PMRAM dan Pres berkenaan buku Syeikh nur dan ust jabal. Pertama jawab: sebab benar tak cop adalah PMRAM dapat royalti tinggi. Kedua jawab: Sebab kita anjurkan. Ketiga jawab: Sebab ust nur dan ust jabal bukan ahli PMRAM. Kenapa jawapan camtu?

2) Kalau kepimpinan bijak mengambil kesempatan, sepatutnya biarkan roadshow tu berlalu. Bila tamat baru buka isu tak cop. Sebut pada ahli, PMRAM tetap benarkan road show berjalan walaupun langgar ketetapan yg besar demi untuk sebarkan ilmu pada ahli. Rasa masa tu ahli lebih menyokong PMRAM. Tapi apakah tidak terfikir politik yang sebegini. Cara begini akan menunjukkan kematangan dan ksenian politik pemimpin.

3) Bila disiasat, buku tu milik orang luar. Hanya beberapa pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus. Maka sama sahaja dengan buku2 luar yang lain.

4) PMRAM perlu lebih matang dan melangkah zaman sesuai sebagai NGO gergasi di Mesir

p/s: Kecewa dengan azhari hari ini seumpama kata arwah Ust Fadhil Noor: "Tidak tahu bila perlu bersatu dan bila perlu bergaduh"
Maaf atas segalanya

sederhana said...

satu lagi. Pernah atau tidak kita tanya kepada pembentang dua orang yang merupakan bekas BP. Bahkan memegang jawatan tertinggi berkenaan perkara ni. Takkan mereka berdua Ust Hadi dan Ust Nazrul tak faham etika. Bahkan katanya mereka mengatakan buku ini sama seperti buku luar lainnya. Tidak ada istilah melanggar etika. Atau keputusan yang dibuat oleh para pimpinan PMRAM dalam keadaan marah. Bukankah panduan agama tak membenarkan untuk memutuskan keputusan di dalam keadaan marah. Rasanya ini la masanya untuk kita beramal dengan semua ini. Bukankah kepimpinan Islam itu yang kita idamkan. Tapi terlihat seolah2 masing2 menunjuk kuasa.

Jika nak menyebut tentang hak. Semua ada hak dan semua pernah melanggar hak org lain. Dimana panduan syarak dalam hal ini. Ana dah baca buku syiah tu. Isinya terlalu bagus. Para Pembentang individu yang kita kenal dan hebat. Bahkan kata anonymous pembentang mengajar kepada meraikan walau dengan syiah. Apakah kita semua lebih teruk dari syiah. Jika itu program pegawai kedah. Kenapa tak cuba beri muka dan hormat orang tua-tua. Kedah dah kerajaan PAS. Pegawai pun mesti di bawah keizinan Ust Azizan. Belajar menghormati kita akan dihormati. Takkan pegawai pun nak kena cop buku dia. Tak logik rasanya. Para pemimpin tunjukkan kalian benar2 pemimpin

Maaf sekali lagi

Muthaqqaf Azhari said...

Salam buat semua yang sudi untuk mengulas berkenaan dengan isu yg sangat panas dan dipanaskan oleh golongan2 yg tidak memahami etika...

Sukar untuk menjelaskan kepada ahli yg telah tinggi ilmunya sehingga sanggup mengetepikan disiplin ilmu semata-mata utk menyebarkan ilmu...

setiap penyebaran ilmu ada disiplin yg digariskan untuk memastikan ilmu yg disampaikan tidak melencong jauh dari tujuan asalnya. Semua jelas berkenaan isu cop ini. perkara ini tiada kaitan dgn pegawai atau pihak Malaysia. Bahkan ini merupakan sebuah etika yg telah ditetapkan oleh pihak kementerian kemasyarakatan mesir untuk menjaga keamanan negara mereka lebih2 lagi kita berada di bawah naungan mereka... so kena hormatlah adab2 berada di negara orang. ini bukan Malaysia boleh buat sesuka hati. Bahkan kt malaysia pun ada etika dan prosedur yg ditetapkan...

berkenaan dgn Kitab sheikh nuruddin, dan ust jabal jawapan saya tetap sama seperti Presiden dan penasihat... berkenaan buku hadharah islamiah pula buku tersebut tiada apa2 kaitan langsung dengan PMRAM kerana buku tersebut datangnya dari Malaysia dan dijual secara persendirian oleh ahli2 terengganu tanpa kaitan dgn PMRAM...

Untuk makluman semua, pihak kami telah memberikan ruang dan peluang kepada pihak penganjur supaya menyelesaikan masalah cop buku ini lebih awal sebelum roadshow akan tetapi di hari terakhir barulah mereka datang dengan kelam kabut akan tetapi hanya membawa buku yg ingin didiskusikan dlm kuantiti yg sedikit bukan kesemua buku yg ingin dijualkan...

Perbincangan telah diadakan lebih awal dan keputusan juga telah disepakati... akan tetapi pihak penganjur yg berkeras tidak mahu menyelesaikan mslh ni...

Usah jauh melencong smpi ke permasalahan Sheikh Nuruddin tok guru kita yg byk berjasa dan ust jabal... banyak lagi mslh lain nk pikir dr pikir mslh yg mudah untuk diselesaikan akan tetapi diperbersarkan... sudah2 la tu...

penjelasan beberapa sahabat penulis berkenaan dgn tok guru kita ni dah cukup. biarlah klu depa nk nama negeri depa yg masyhur sbb depa yg uruskan smua ttg tok2 guru yg kita sanjungi ni... malas nk dok berbalah dgn org yg suka mencari salah org lain dan nk menjatuhkan sebuah kesatuan yg sekian lm menanungi seluruh kesatuan anak2 Melayu sebelum korang dan kami lahir lagi....

perkara dh berlalu biarkan berlalu amik iktibar supaya tiada mn2 pihak yg akan menyesal dan rugi dikemudian hari kerana kedegilan masing2...

PMRAM hanya menjalankan tugas... klu masih dok nk menyalahkan dan mencari kesalahan PMRAM terpulangla hangpa... isu umat islam sejagat banyak lg perlu diperbincangkan dan diselesaikan dr mslh yg semudah itu...

pikir2kanlah... :|

Muthaqqaf Azhari said...

salam buat semua...

penulis telah membuang beberapa komen yg dilihat menggunakan bahasa kasar, ugutan dan memecahbelahkan ahli...

diharap semua pembaca dapat berlapang dada dengan keputusan yg telah diputuskan..

sekian~~

Anonymous said...

Mengapa tidak mereka yang tidak memahami permasalahan ini datang ke Pejabat PMRAM dan bersemuka dengan kepimpinan yang ada. Kalau rasa payah sangat, cuba call Presiden sendiri (atau penasihat) yang anda rasa melakukan dosa besar itu (zalim kan dosa besar).

Janganlah jadi jaguh di belakang dan bila bergaduh ikut cara munafiq (salah satu tanda munafiq, bila bertengkar dia akan berlebihan).

Anda semua kata anda sayang PMRAM, maka buktikanlah kesayangan anda, dengan mengambil tahu duduk perkara sebenar dengan pergi sendiri ke pejabat PMRAM dan pastikan apa yang sebenarnya berlaku.

Janganlah dengar hujah sebelah pihak lalu terus mengambil stand yang berat sebelah.

Be professional. Dalam organisasi, malah etika bersahabat, kita perlu menegur bukan di khalayak ramai, tetapi dengan cara berdepan. Inilah yang diajar oleh para ulamak kita.

Buat Rasul, teruskan menggalas amanah yang berat ini, sebagai amal islami. Ingatlah para Rasul terdahulu menghadapi ujian yang jauh lebih berat daripada ini. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar

Anonymous said...

Sedikit tambahan daripada saya sebagai orang dulu2..

Etika itu dibuat khususnya bagi menjaga kualiti dan keabsahan sesuatu hasil ilmiah.

Ana lihat etika ini masih wajar dan sangat patut dipertahankan, memandangkan hari ini ramai golongan yang tidak patut menulis, telah menulis lalu menyebarkan ajaran yg salah kepada masyarakat (wahhabi, syiah dll).

Jika etika ini tidak diambil kira, lalu ada syiah menyebarkan syiahnya di premis-premis PMRAM lalu menyesatkan manusia, anda semua ingin tanggung dosa tersebutkah???

Bertaqwalah kalian semua daripada mengikuti hawa nafsu...

Graduan Azhar / PMRAM 2003

Anonymous said...

setuju dgn ucapan terakhir. Memang etika tu perlu untuk memastikan kesahihan isi yang disampaikan. Tapi bukan syiah tak termasuk. Buku tu mendapat ucapan aluan Dr Abd Aziz Hanafi. Diiktiraf oleh MB besar kedah dan dilancarkan. Mufti kedah akan bagi komentar. Nak apa lagi? Klu buku syeikh nur pun tak cop sebab kita thiqah dgn guru yang menyampaikan. Bahkan siap cetak mesir, pos balik mesia. Kami satu kedah pakat tolong packing kitab dia untuk hantar ke mesia. Nak kata pasaran gelap ikut la. Tapi jabatan kerajaan pakat mengaji habis. Awat depa tak reti etika ka. Perbahasan lebih menarik di forum Majlis kebajikan Kelurga Kedah www.mymkkk.org

p/s: sapa yg batalkan roadshow tanpa rujuk mkkk sendiri. Apa salah call ydp atau sapa saja. Habaq sepatah, ni salah kami nak batai. Ni dak, terus buat pekeliling

Anonymous said...

semua org setuju etika tu dikekalkan (rasanya). Cuma cara pelaksanaan ja dipertikaikan. Banyak sangat double standart, tu yg orang bising. Jadi cam wahabi baca teks, ikut zahir ayat ja

Anonymous said...

sudahlah tu...
berdamailah para sahabat seperjuangan sekalian...
camner la nak berhadapan dgn musuh ..
kalau sesama sefikrah pun boleh berbalah...
bawa berbincanglah...
kembali dan ruju' kembali pada Allah dan RasulNya..

Anonymous said...

Sekali lagi ana ulang di sini, sesiapa yang tak faham dan tak puas hati dengan permasalahan yang ada, silalah ke pejabat PMRAM tau hubungi terus Presiden PMRAM. Dengar dulu penjelasan beliau. Jangan dok hentam sana sini dan dengar sebelah pihak je. Zalim tu namanya. Website MYMKKK pun nampaknya dah tak ketahuan punca. Hentam menghentam sesama sendiri. Inikah budaya Azhari yang kita mahukan??? Adakah "panas" itu yg membawa kemajuan kepada kita???

Bertaqwalah kpd Allah wahai adik-adikku. Ingat setiap tutur kata mahupun yang ditaip, semua akan dipersoal oleh Allah kelak.

Sekali lagi ana sebutkan etika itu juga amat perlu dan terlalu relevan. Sebagai ahli taatilah kepimpinan selagi mereka tidak menyuruh kita melakukan dosa. Bantulah mereka, dan jangan hanya kuat berkokok di sana sini sahaja.

Muthaqqaf Azhari said...

satu lagi komen yg memaksa penulis membuangnya utk kebaikab semua...

berfikirlah dgn kematangan seorang mahasiswa yg berpendidikan agama...

dgn nilai quran dan sunnah xnafsu semata2...

(-_-)~~~