Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh dan salam hormat.
Entry pada kali ini tidaklah penulis berhajat untuk memanjangkan isinya memandangkan kepadatan waktu yang merencat keaktifan yang telah ditanam. Walauapapun itu tidak selayaknya menjadi penyebab kepada futurnya dan hilangnya aura dakwah melalui penulisan blog ini. Akan ku teruskan selagi hayat dikandung tanah, selagi aliran darah masih berfungsi. Moga senantiasa berada di dalam lingkungan rahmat dan redha-Nya. Selawat dan salam diutuskan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, para sahabat dan para pengikutnya dari satu generasi ke generasi seterusnya sehingga kini.
Atas kesedaran dari nurani fuad yang sentiasa mengharapkan kebaikan bukan setakat mengalir untuk diri sendiri sahaja bahkan menginginkan kejayaan itu turut sama dirasai dan dinikmati oleh saudara-sadara seakidah ISLAMIAH yang lain. Melihat kepada kepentingan dan kelebihan yang ada pada fadhilat selawat itu sendiri, maka tergeraklah jari jemari ini untuk menyeru umat Nabi Muhammad S.A.W untuk mengamalkannya seumpama wirid harian dengan penuh ikhlas dan penghayatan. Menjadi hakikat terkadang bisikan laknatullah itu menghalang lantas terdetik culas lisan untuk melafazkannya. Sebaik-baiknya perkara ini disedari seraya berusaha menjinakkan lidah untuk menyebutnya paling minimum sehari sebanyak 100 kali.
Terdapat pelbagai kelebihan yang akan diperolehi sekiranya amalan ini diadaptasikan sebagai amalan harian menjinakkan hati dari kerasnya maksiat terhadap Allah, dengan izin Allah. Sebagai halwa telinga, pelembut jiwa dan penyinar kalbu, saya sertakan beberapa selawat yang sangat sesuai untuk diamalkan yang saya petik dari sebuah album bertajuk "Selawat 10 Hajat" nyanyian kumpulan nasyid Now See Heart. Seandainya setiap kalimah dari selawat ini difahami terjemahannya akan menatijahkan dari hati yang keras menjadi lembut dan sungai air mata yg kering bergenang kesedihan lantaran ungkapan setiap bait selawat itu. Semoga sedikit sebanyak memberikan input untuk kita bersama juga sebagai 'saham' yang membolehkan kita memperolehi syafaat Baginda S.A.W di akhirat kelak.
Album : Selawat 10 Hajat
Nyanyian : Now See Heart
Tajuk Lagu :
- 01 Interlude
- 02 Intro Hadith
- 03 Tazkirah
- 04 Selawat Tenang Jiwa
- 05 Fadhilat Selawat Tenang Jiwa
- 06 Selawat Tenang Jiwa(A)
- 07 Selawat Pelindung Diri
- 08 Fadhilat Selawat Pelindung Diri
- 09 Selawat Pelindung Diri(A)
- 10 Selawat Murah Rezeki
- 11 Fadhilat Selawat Murah Rezeki
- 12 Selawat Murah Rezeki(A)
- 13 Selawat Menanam Kasih Sayang
- 14 Fadhilat Selawat Menanam Kasih Sayang
- 15 Selawat Menanam Kasih Sayang(A)
- 16 Selawat Menghindari Masalah
- 17 Fadhilat Selawat Menghindari Masalah
- 18 Selawat Menghindari Masalah(A)
- 19 Fadhilat Selawat Sembuh Sakit
- 20 Selawat Sembuh Sakit
- 21 Selawat Penerang Hati
- 22 Fadhilat Selawat Penerang Hati
- 23 Selawat Penerang Hati(A)
- 24 Selawat Menanam Semangat
- 25 Fadhilat Selawat Menanam Semangat
- 26 Selawat Menanam Semangat(A)
- 27 Fadhilat Selawat Maulidurrasul
- 28 Selawat Maulidurrasul
- 29 Selawat Majlis Perkahwinan
- 30 Doa Majlis Kahwin
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.