بسم الله الرحمن الرحيم
Tika Sukma Berbicara
Sudah sehari berlalu sambutan Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Seandainya ingin disingkap sejarah perjalanan baginda selama 63 tahun, sememangnya tidak akan mampu untuk menyeka air mata ini dari jatuh ke pipi mengenangkan pahit jerih perjuangan Kekasih Allah dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Iktibar yang paling bermakna dan menjadi panduan kita dalam menongkah sesebuah pentadbiran negara ketika mana baginda mentadbir dengan perlembagaan Syariat Islam di Kota Madinah selama 13 tahun.
Apa yang menarik perhatian penulis tatkala mendengar sebuah ceramah Maulidur Rasul SAW semalam di Asrama Pelajar Johor di Mesir apabila penceramah membuka sebuah rahsia pengiktirafan tokoh pemikir dunia terhadap ketokohan Nabi Muhammad SAW. Ketokohan baginda dapat dilihat dengan jelas kerana kesabaran baginda dalam memperjuangkan akidah mentauhidkan Allah sebagaimana para Nabi dan Rasul sebelumnya mendapat sokongan padu seluruh masyarakat arab permulaannya.
Penyebaran akidah mentauhidkan Allah bukan sahaja diterima oleh seluruh masyarakat sahaja, bahkan turut tersebar dan diterima diseluruh penjuru dunia. Sehinggakan para tokoh pemikir meletakkan Nabi Muhammad SAW di ranking yang pertama di dalam sebuah buku bertajuk '100 Tokoh Pemimpin Berpengaruh Di Dunia'. Walaupun pada hakikatnya mereka sekadar ingin mengetengahkan ketokohan hanya dari aspek kepimpinan bukan dari segi perjuangan baginda menyebarkan dakwah Islamiyah mentauhidkan Allah.
Jaulah Akhlakiah
Pada hari ini (12 Rabiul Awal) saban tahun umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari kelahiran Junjungan Besar SAW ini dengan apa cara sekalipun. Bahkan seorang pemimpin Iran yang terkenal mengeluarkan kenyataan kepada seluruh umat Islam untuk menyambut minggu kelahiran baginda SAW pada (12 - 17 Rabiul Awal). Kenyataan beliau baru-baru ini bagi mengelakkan perpecahan umat Islam kerana terdapat puak Syiah yang mendakwa hari kelahiran baginda SAW adalah pada 17 Rabiul Awal. Maka itulah penyelesaian bagi menyatukan umat Islam supaya terus mengagungkan Junjungan Besar SAW pada hari tersebut.
Selain hanya mengingati hari kelahiran Kekasih Allah, kita seharusnya menanamkan sikap cinta dan sayangkan Rasulullah SAW dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankannya. Kalau kita lihat sepanjang kehidupan baginda SAW, para sahabat R.A merupakan golongan yang sentiasa taat, setia dan mempertahankan baginda SAW seandainya dicerca, diherdik apatah lagi disakiti oleh pihak kuffar laknatullah. Bahkan sampai ke tahap menggadaikan nyawa selain harta benda dan raga. Itulah sifat para sahabat yang perlu dicontohi dan menjadi ikutan kita supaya sanggup mempertaruhkan segalanya demi Rasulullah SAW.
Bersama kita hayati firman Allah SWT :
Suka untuk penulis mengingatkan diri penulis dan seluruh para sahabat saudara seakidah untuk kita sama-sama memperbanyakkan selawat dan salam kepada Junjungan Besar SAW. Untuk menceritakan fadhilat amalan selawat ini sudah di ketahui umum. Cuma untuk menaikkan semangat cintakan Rasul Junjungan ini semoga dapat kita hayati sebuah mafhum hadith riwayat Tirmizi yang bermaksud : " Orang yang paling dekat denganku di akhirat kelak adalah orang yang paling banyak membaca selawat kepadaku."
Dalam riwayat yang lain juga ada menyatakan mafhumnya : Suatu ketika pernah Nabi SAW ditanya oleh seorang sahabat, " Siapakah orang yang paling bakhil ya Rasulullah? Baginda menjawab, " Orang yang bakhil adalah orang yang berat lidahnya untuk berselawat kepadaku."
Justeru itu apa lagi alasan untuk kita merasa malas untuk mencintai, mempertahankan baginda SAW dari sebarang kritikan dan tohmahan sedangkan bagindalah yang telah berhempas pulas dalam memastikan Islam tersebar di seluruh pelusuk dunia.
Contohi Rasulullah Laksanakan Tuntutan Islam
Kebanyakan pemimpin Islam diseluruh dunia mengharapkan kepimpinan di seluruh peringkat mencontohi Rasulullah SAW dalam semua sudut sebagaimana pembawakan baginda terus dari Allah untuk disampaikan kepada umat manusia. Pembawakan manifesto yang datangnya dari Allah di bawah naungan Islam yang indah sentiasa terarah dengan adil dan saksama tanpa diskriminasi. Bukan omongan kosong dan bukan janji-janji manis. Bahkan Islam yang dibawa oleh baginda juga merupakan sesuatu amanah dari Allah yang dipikul dengan sebaik-baiknya untuk diterima pakai oleh semua umat manusia dan jin.
Kepada sahabat-sahabat, seluruh saudara seakidah sedarilah hakikat perjuangan Rasulullah SAW dan nilailah terhadap sesebuah pemerintahan adakah berlandaskan kepada tuntutan Quran Sunnah ataupun sebaliknya. Janganlah kita mencampakkan diri kita ke dalam api neraka kerana bersekongkol dengan pakatan liberal, sekular dan pelbagai ideologi. Segalanya termaktub dalam sisipan kalam Allah, kitab pelengkap kitab-kitab terdahulu dengan akidah yang satu dan hala tuju yang sama iaitu mengesakan Allah.

لقدكان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الآخر
Mafhumnya : Sesungguhnya pada Rasulullah SAW itu ada peri pekerti yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan redha Allah dan hari Akhirat.
Beruntungnya Umat Nabi Muhammad SAWManakala dalam sebuah hadith sahih turut menerangkan perkara ini. sabda Rasulullah SAW :
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق...( الحديث )
Mafhumnya : Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak...
Suka untuk penulis mengingatkan diri penulis dan seluruh para sahabat saudara seakidah untuk kita sama-sama memperbanyakkan selawat dan salam kepada Junjungan Besar SAW. Untuk menceritakan fadhilat amalan selawat ini sudah di ketahui umum. Cuma untuk menaikkan semangat cintakan Rasul Junjungan ini semoga dapat kita hayati sebuah mafhum hadith riwayat Tirmizi yang bermaksud : " Orang yang paling dekat denganku di akhirat kelak adalah orang yang paling banyak membaca selawat kepadaku."
Dalam riwayat yang lain juga ada menyatakan mafhumnya : Suatu ketika pernah Nabi SAW ditanya oleh seorang sahabat, " Siapakah orang yang paling bakhil ya Rasulullah? Baginda menjawab, " Orang yang bakhil adalah orang yang berat lidahnya untuk berselawat kepadaku."
Justeru itu apa lagi alasan untuk kita merasa malas untuk mencintai, mempertahankan baginda SAW dari sebarang kritikan dan tohmahan sedangkan bagindalah yang telah berhempas pulas dalam memastikan Islam tersebar di seluruh pelusuk dunia.
Contohi Rasulullah Laksanakan Tuntutan Islam
Kebanyakan pemimpin Islam diseluruh dunia mengharapkan kepimpinan di seluruh peringkat mencontohi Rasulullah SAW dalam semua sudut sebagaimana pembawakan baginda terus dari Allah untuk disampaikan kepada umat manusia. Pembawakan manifesto yang datangnya dari Allah di bawah naungan Islam yang indah sentiasa terarah dengan adil dan saksama tanpa diskriminasi. Bukan omongan kosong dan bukan janji-janji manis. Bahkan Islam yang dibawa oleh baginda juga merupakan sesuatu amanah dari Allah yang dipikul dengan sebaik-baiknya untuk diterima pakai oleh semua umat manusia dan jin.
Akan tetapi fenomena yang berlaku sekarang umat Islam lebih mementingkan habuan dunia, material dan diri sendiri. Tujuan asal mereka melaksanakan pentadbiran sesebuah negara yang diwar-warkan negara Islam akan tetapi hakikatnya mereka menjual agama dengan habuan dunia. Dalam masa yang sama seandainya kita lihat baru-baru ini, ada dikalangan mereka yang sanggup menghina Islam semata-mata mengikut emosi! Alasan yang mereka berikan penghinaan tersebut dilemparkan kepada parti Islam. Inilah yang berlaku apabila peranan ulama di hilangkan semata-mata ingin mengaut kepentingan dunia.
Kepada sahabat-sahabat, seluruh saudara seakidah sedarilah hakikat perjuangan Rasulullah SAW dan nilailah terhadap sesebuah pemerintahan adakah berlandaskan kepada tuntutan Quran Sunnah ataupun sebaliknya. Janganlah kita mencampakkan diri kita ke dalam api neraka kerana bersekongkol dengan pakatan liberal, sekular dan pelbagai ideologi. Segalanya termaktub dalam sisipan kalam Allah, kitab pelengkap kitab-kitab terdahulu dengan akidah yang satu dan hala tuju yang sama iaitu mengesakan Allah.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
No comments:
Post a Comment