Video Klip Pilihan

Thursday, March 13, 2008

.:: Waktu Itu Semakin Hampir :;.

بسم الله الرحمن الرحيم


Segala puji bagi ALLAH yang memberikan ruang yang sedikit ini untuk diri ini meluangkan sedikit masa kepada sahabat-sahabat yang dirindui sekalian. Hampir 2 minggu jari jemari dan minda ini dikekang dengan pelbagai situasi yang agak tenat dengan lambakan kerja dan sebagainya. Dalam masa yang sama PRU ke-12 baru sahaja berlalu hampir 2 minggu. Apapun keputusan bagi PRU pada kali ini cukup memeranjatkan semua pihak dan di luar jangkaan. Namun begitu bagi mereka yang mencintai keadilan dan kebenaran sudah pasti merasakan kgembiraan yang teramat sangat dengan keputusan tersebut.

Biarkan ianya berlalu dan semoga 4 kerajaan negeri yang bertukar tangan dalam masa 4-5 tahun ini akan memberikan perubahan yang cukup mengembirakan rakyat yang telah pun memilih mereka sebagai kerajaan naungan mereka. Pemilihan secara drastik sehingga menjatuhkan 'air muka' sebuah komponen kerajaan yang telah bertapak selama 50 tahun di tanah air. Walaupun pelbagai alasan yang dicipta bukan sahaja di Malaysia oleh kerajaan pemerintah yang menang majoriti mudah, di bumi Mesir juga tidak terlepas dari pejuang-pejuang parti kerajaan tersebut walaupun kemenangan telahpun jelas terbentang.

Hidayah ALLAH hakikatnya telah jelas terpampang di hadapan mata. Akan tetapi keinginan untuk menerima ISLAM yang sebenarnya tidak diterima secara bulat kerana kehendak hati untuk memperjuangkan hak Melayu baginya lebih utama. Jelas-jelas telahpun menyeleweng dari landasan ilmu perundangan ISLAM yang diceburinya. Bahkan di tahap lanjutan ijazah pada ketika ini pun dia masih tidak mampu membezakan yang hak dan batil. Kasihan apabila mengenangkan saudaraku yang masih lagi belum jelas tuntutan ilmu yang dimilikinya selama ini.


Apa yang pasti bersama kita menyokong setiap tindakan dan anjakan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan yang baru tertubuh selagi mana berada di atas landasan syariat. Insyaallah selagi mana mereka mengutamakan tuntutan 'ISLAM sebagai penyelesaian' dalam perundangan dan pentadbiran kerajaan walaupun dianggotai oleh kerajaan campuran. Semoga akan sentiasa mendapat limpahan rahmat petunjuk ALLAH dalam memandu sebuah pentadbiran dengan penuh adil dan saksama bersih dari penipuan, rasuah, diskriminasi dan kronisme. Lantas melaksanakan manifesto yang diwar-warkan sebelum ini sedikit demi sedikit.

Sebelum minda ini terus mencurahkan bilah-bilah kalimah, sebelum kalian yang membaca artikel ini membuat andaian dan persepsi yang menyimpang dari tujuan asalnya. Ingin panulis mengingatkan bahawa setiap rantaian ayat yang terluah merupakan pandangan dan pendapat penulis secara peribadi berdasarkan panduan landasan ilmu yang dipelajari. Tiada sama sekali bersangkut paut dan berkait dengan mana-mana persatuan pelajar yang penulis ceburi walaupun sebenarnya hakikat ISLAM itu menyeluruh kepada semua aspek kehidupan. Kerana dek kewujudan perundangan dan akta yang dicipta manusia menghalang ilmu ALLAH itu diterjemahkan ke dalam kehidupan semasa.

Rasanya apa yang disampaikan telah menyimpang nun jauh. Keletihan pada kali ini sememangnya dirasakan tatkala semakin menghampiri ke 'Muhasabah Tahunan PMRAM' terhadap segala program yang telah dan sedang dilaksanakan di sepanjang pengetahuan ahli. Selaku pengarah dalam meryuarat agung tahunan kali ini terasa betepa beratnya memikul tanggungjawab yang ditaklifkan. Namun begitu segalanya adalah ketentuan ALLAH berdasarkan kemampuan hamba-hambaNya. Aku yakin dan redha atas setiap ketentuanMu itu ya Ilahi. Dengan setiap amanah yang diberikan itu mengajar erti tanggungjawab, jujur, menepati waktu, dan mampu menyelesaikan masalah yang tiba.

Apapun semoga perancangan yang dirangka dapat diabadikan dengan sebaik-baiknya tatkala berlangsungnya program mega tahunan teragung bagi persekutuan induk yang sudah 7 dasawarsa bertapak di perlembahan Nil ini. Bertujuan mencurahkan sedaya yang mampu sebarang kebajikan kepada anak-anak Melayu di Mesir, juga persatuan-persatuan Asia yang bernaung di bawahnya juga kepada masyarakat arab yang memerlukan sebarang bantuan daripada PMRAM selaku NGO bagi Republik Arab Mesir. Itulah hakikat yang perli diketahui umum mengenai 'persatuan veteren' yang ditubuhkan semenjak 1930 lagi.


Bantuan idea, tenaga dan material dari kalian semua amatlah diharapkan dalam meneruskan matlamat mencurahkan kebajikan yang berterusan dari segala sudut mencapai sasaran yang cemerlang. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bahkan ianya merupakan tuntutan ISLAM kepada umatnya supaya bantu membantu ke arah kebajikan dan ketakwaan sebaliknya menghindari bantu membantu ke arah kemungkaran dan dan permusuhan. Konsep inilah yang ingin diterapkan ke dalam setiap diri penuntut ilmu ALLAH agar kelak tidak hanya mementingkan diri semata-mata.

Justeru itu, dalam riwayat Hadis juga ada menyebutkan bahawa mereka yang membantu saudaranya yang berada didalam kesusahan adalah amalan yang mulia dan ianya merupakan sifat muslim yang sebenar-benarnya.

Untuk akhirnya apa yang perlu difikirkan adalah bagaimana untuk memajukan pemikiran umat ISLAM yang semakin sempit dengan pemikiran materialistik lantas menyemai pemikiran rabbani yang mengikut acuan A-Quran dan Sunnah demi memartabatkan seruan ISLAM yang sebenar.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

No comments: