Video Klip Pilihan

Sunday, March 02, 2008

.:: Kami Tidak Redha Sama Sekali!!! ::.

بسم الله الرحمن الرحيم


||| Introduksi

Manusia sememangnya mempunyai pelbagai ragam dan kerenah yang tidak dapat dipertikai. Bahkan kadangkala ianya menjadi sesuatu kelebihan dan identiti seseorang individu. Terasa malas untukku melewah-lewahkan kalam untuk menerangkan beberapa isu panas yang berlaku saat ini. Usah untuk menyentuh soal pilihanraya yang semakin hilang demokrasi, bahkan diskriminasi ini berlaku di mana-mana sahaja kerana ingin memastikan kemenangan berada di pihak mereka. Apa yang jelas kita perhatikan sememangnya berlaku ketidak adilan dalam berkempen sehingga mereka mengeksploitasi segala ruang dan sumber yang ada bagi menyingkirkan musuh-musuh mereka.

||| Gempar, Gempar!! Panas!!

Setelah mendengar sebuah khabar yang memeranjatkan semua pihak terutamanya bagi mereka yang berada di MESIR ini ianya begitu kejam seandainya mampu untuk diungkapkan. Aku secara peribadi terasa amat marah dengan khabar yang didengari itu. Walaupun kita seringkali diajar bahawa setiap khabar yang diterima perlu ditapis, di periksa dan sebagainya, namun setelah mendapatkan bukti kukuh dengan ARAHAN PEKELILING yang dikeluarkan menambahkan lagi bara di hati ini. Semestinya perkara ini tidak tersebar di merata dan tidaklah aku bertujuan menyebarkannya. Akan tetapi sekadar untuk makluman semua.

Kedengaran bahawa seluruh mahasiswa dan mahasiswi di Bumi JORDAN dan UK diarah untuk mengundi secara POS pada 5 Mac ini. Arahan ini dikeluarkan berserta ARAHAN PEKELILING supaya melaksanakan tanggungjawab mengundi ini. Akan tetapi satu persoalan yang bermain di mindaku ini adalah mengapa seluruh mahasiswa dan mahasiswi di MESIR ini dinafikan hak untuk mengundi? Mengapa tidak kedengaran sebarang ARAHAN PEKELILING apatah lagi khabar angin mengenai undi pos ini di MESIR? Apa yang ditakuti terdapat pihak-pihak yang tidak amanah 'tolong pangkah' untuk anak-anak Malaysia di MESIR ini dengan memangkah parti kerajaan.


Seandainya ini yang berlaku maka aku secara peribadi mewakili mereka mengeluarkan kenyataan 'KAMI TIDAK REDHA SAMA SEKALI!!!' seandainya hak kami dinafikan dan berlaku penipuan di sana. Mengapa mesti menggunakan cara kotor sekiranya mereka menyedari bahawa kekalahan akan menjenguk mereka? Kepada sahabat-sahabatku sekalian adakah kalian tega membiarkan mereka memperlakukan perkara sedemikian terhadap kalian? Fikir-fikirkan dan lakukan sesuatu untuk memberikan pengajaran kepada mereka. SEKURANG-KURANGNYA KITA SAMA-SAMA BERDOA DAN BERMUNAJAT KEPADA ALLAH SUPAYA MENEGAKKAN YANG HAK DAN MENGHANCURKAN YANG BATIL!!!

||| Talam Dua Muka

Turut terjadi sesuatu yang amat menyakitkan hati ini tidak sehebat sebelumnya. Berlaku perpecahan yang nyata dalam kehidupan sosial kami yang terbit akibat dari hasutan dan niat jahat beberapa orang yang sungguh tidak bermoral. Alasan kerana permintaan dan keinginannya tidak tercapai yang disebabkan 'mereka', maka dia bertekad untuk memecahbelahkan golongan-golongan yang baru berjinak-jinak dengan masyarakat pelajar. Bahkan yang menambahkan bengang aku secara peribadi dan beberapa sahabatku adalah kenyataannya melamparkan tohmahan bahawa kami terlibat dengan pertubuhan politik menentang kerajaan.

Mengapa perlu dituduh persatuan kerana pemikiran peribadi individu tertentu? Mengapa pula dia yang menyokong kerajaan dan segala gagasannya bebas dengan pemikiran dan pendiriannya yang jelas bercanggah dengan nilai ilmu yang diperolehinya? Astaghfirullah Al Azim, Ya ALLAH betapa hebatnya dugaan untuk membawa agamaMU dan menyedarkan mereka akan hakikat kebenaran yang diseleweng itu. Kerana kebangangan dan kesengalan mereka menyebabkan adik-adik yang baru untuk berjinak dengan sosial kemasyarakatan yang terbaik dihasut dengan pelbagai hasutan yang berniat jahat.


Kepada sahabat-sahabat, adik-adik yang ku kenali, ku sayangi dan ku dekati kerana ALLAH. Kalian tidak bersalah dalam hal ini. Kalian sebenarnya sedang dipergula-gulakan oleh golongan-golongan tertentu semata-mata untuk menjauhkan kalian dari mendekati dan merapati persatuan yang banyak memberikan bantuan kepada kalian selama ini. Adakah kalian tidak terfikir siapakah yang membantu kalian selama kalian baru menjejakkan kaki ke bumi MESIR ini? Jangan kerana pandangan seseorang kalian menghukum persatuan itu secara total. Timbang-timbanglah menurut akal pemikiran kalian yang waras.

Kepada KAU INSAN DURJANA, yang banyak menyusahkan semua pihak. Jangan cuba-cuba untuk mempergulakan kami. Jangan kerana KAU merasakan berada di zon selesa dengan kekuatan dan sokongan dari semua pihak atasan KAU boleh melakukan apa sahaja yang KAU fikirkan. Jangan sekali-kali mempertaruhkan ilmu, kebijakan dan kelebihan yang ALLAH kurniakan untuk merosakkan umat manusia kerana balasannya amatlah pedih. Aku tahu bahawa KAU tidak gentar dengan semua itu kerana KAU sudah terbiasa melakukan kesalahan bukan sahaja sesama manusia, bahkan terhadap ALLAH dan RASULNYA pun KAU buat endah tak endah. Ingatlah semua manusia akan menerima balasan atas setiap apa yang dilakukannya.

Celakalah sesiapa yang berusaha untuk memecahbelahkan umat ISLAM dan memang sengallah dia!!! Hanya ALLAH jualah yang akan membalas segala niat buruknya dan segala kejahatan yang dilakukannya. Mari kita bersatu dan elakkan perpecahan demi ISLAM!!!

-MuthaqqafAzhari-

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

No comments: