Video Klip Pilihan

Tuesday, March 18, 2008

.:: Perhatian Kepada Semua!!! ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedar tak sedar esok sudahpun bermula Muktamar Sanawi HEWI PMRAM ke-21 seterusnya diikuti Muktamar Sanawi PMRAM ke-75 pada hari Rabu, 19 Mac 2008. Tidak disangka-sangka walaupun pada peringkat awalnya penulis merasakan seolah-olah tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengarah MSP75 dan MHP21 ini. Dalam masa yang sama penulis juga merupakan Badan Pengurus (dikenali sebagai MPP di IPT tempatan) yang bakal berhadapan dengan mesyuarat agung tahunan bagi sesi pentadbiran 2007 ini. Ala kulli hal semua yang berlaku merupakan ketetapannya sebagaimana dalam firmanNya :

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Tidak akan ditaklifkan (amanah dan tanggungjawab) oleh ALLAH seseorang itu kecuali berdasarkan kemampuannya
Untuk makluman semua sidang pembaca, Muktamar Sanawi PMRAM ke-75 kali ini akan diadakan secara langsung melalui laman web rasmi PMRAM untuk tatapan sahabat-sahabat di luar negara yang sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti PMRAM. Mesyuarat yang tersebut akan dijalankan bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam (waktu Mesir) untuk memuhasabahkan setiap aktiviti dan program yang telah dijalankan. Acara tahunan ini saban tahun diadakan bagi memuhasabah setiap perjalanan PMRAM selama setahun untuk pengurusan yang lebih sistematik dan sistemik bagi kepimpinan sesi 2008.

Tapi sememangnya bagi mereka yang telah berada di perlembahan Nil ini, tidak sepatutnya kalian pun hanya duduk mengadap komputer menyaksikan muhasabah ini secara live yang mana bertujuan untuk memberikan maklumat ini kepada sahabat-sahabat yang berada di luar Mesir. Ala kulli hal bagi mereka yang keuzuran untuk hadir sememangnya ini merupakan satu rukhsah buat kalian. Semoga segala maklumat dan muhasabah sampai kepada semua ahli PMRAM walau di mana kalian berada.

Muhasabah sesebuah organisasi pelajar merupakan satu agenda yang teramat penting untuk memberikan impak yang terbaik kepada dalam menjalankan pentadbiran sesi 2008 dengan lebih baik. Sememangnya tanggungjawab tersebut sesuatu yang amat berat sekiranya dipandang oleh mereka yang berada di kerusi kepimpinan yang penuh dengan liku. Manakala mereka yang tidak berada di kerusi kepimpinan terutamanya PMRAM yang dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.

Tohmahan yang dilontarkan sememangnya benar akan tetapi mereka tidak melihat kepada hakikat tohmahan tersebut. Sebagai contoh mereka mengatakan mengapa mereka yang berada di kepimpinan tertinggi PMRAM, BKAN dan DPM tidak cemerlang dalam akademik dan thaqafah mereka? Mengapa pihak SPR tidak memberikan peluang kepimpinan ini kepada mereka yang cemerlang dalam akademik dan thaqafah?

Jawapan yang cukup simple untuk memuaskan semua pihak lebih-lebih lagi mereka yang sentiasa menyimpan dendam dan iri hati terhadap sokongan PMRAM yang amat tinggi di kalangan pelajar-pelajar Malaysia khususnya juga sahabat-sahabat Asia umumnya. Iaitu mereka yang terpilih menjadi kepimpinan di semua peringkat terutamanya PMRAM merupakan dikalangan mereka yang bukanlah dari kalangan pelajar yang cerdik, bijak dan muthaqqaf. Sedangkan mereka yang sememangnya layak duduk senang-lenang menghambur keburukan dan tohmahan yang melampau untuk menjauhkan ahli terutamanya 'adik-adik baru' dari berpersatuan.

Namun begitu kenyataan yang tidak dapat mereka tepis adalah walau sejauh manapun mereka berusaha untuk menjauhkan ahli dari berpersatuan seterusnya menghasut mereka untuk menyertai 'persatuan' mereka pula. Selebihnya perkara itu sebenarnya terserah kepada seluruh mahasiswa/mahasiswi yang akan semakin matang dalam menimbang setiap maklumat yang diterima seterusnya ditapis untuk dianalisis dan disimpulkan untuk dihakimi.


Berbalik kepada agenda utama yang menumpukan kepada acara gilang gemilang yang bakal diadakan secara mega meliputi seluruh dunia yang bakal menyaksikannya. Kepada sahabat-sahabat perwakilan diminta semoga kalian memberikan komitmen yang terbaik dan melontarkan muhasabah serta cadangan yang membina untuk keberkesanan pentadbiran sesi 2008. Apa yang perlu kalian lakukan ialah membuktikan kepada dunia bahawa mahasiswa/mahasiswi Al-Azhar merupakan USPRO (ustaz-profesional) yang bakal membawa agenda perubahan kepada tanah air dan dunia supaya kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar!

Segala cadangan dan komentar kalian amatlah diharapkan supaya terus disalurkan untuk pembaikan dari semasa ke semasa. Bertujuan menaikkan darjat ilmuan ISLAM terbela dan dipandang mulia dengan amnah ilmu ALLAH yang terpundak untuk disampaikan kepada masyarakat kelak dengan apa jua saluran sekalipun. Sesungguhnya tanpa bantuan dan komitmen dari kalian semua PMRAM tidak akan ampuh dan tegak berdiri memberikan sumbangan kebajikan yang berterusan untuk kemaslahatan bersama tanpa mengira fikrah dan suasana.

Doakan semoga perjalanan muktamar yang bakal berlangsung berjalan dengan lancar dan mendapat pimpinan ALLAH. Selamat bermuktamar kepada semua yang terlibat sebagai perwakilan mahupun pemerhati. Tunjukkan keterampilan yang kemas dan terbaik sebab bakal menjadi tontonan dunia!

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

No comments: