بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam kesibukan adhoc-adhoc pelaksana untuk MSP ke-75 dan MHP ke-21 ini, penulis selaku pengarah masih diberikan peluang untuk mencoret informasi terkini mengenai perjalanan gerak kerja untuk Muktamar Sanawi yang bakal berlangsung pada hari esok. Pada waktu ini pula sedang berlangsung acara kemuncak bagi Muktamar Sanawi HEWI PMRAM ke-21 yang akan berakhir bila-bila masa.
Justeru itu, penulis mengajak dan menjemput para sahabat sidang pembaca yang setia mengikuti sebarang berita mengenai Perekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai persatuan induk di Perlembahan Nil ini.
- Kepada para sahabat LUAR MESIR terutamanya bagi yang ingin mengetahui perjalanan Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-75 ini, bolehlah melayari ke laman web rasmi PMRAM kerana buat julung-julung kalinya kemuncak program mega tahunan ini dipancarkan secara 'live'. Ianya juga sebagai alternatif penyalur maklumat kepada para sahabat yang tidak dapat menghadiri mukmatar ini samada sebagai perwakilan mahupun pemerhati.
- Muktamar Sanawi PMRAM ke-75 ini akan berlangsung esok hari Rabu bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam waktu tempatan ( 2.00 petang hingga 4.00 pagi waktu Malaysia )
- Kepada sahabat-sahabat ahli yang berkesempatan bolehlah terus menghadirkan diri anda di NADI RIADHI MADINAT NASR, HAIYU 6 BERSEBELAHAN UNIVERSITI AL-AZHAR bagi memeriahkan muktamar sanawi yang gilang gemilang ini.
- Untuk makluman semua perwakilan umumnya dan pemerhati khususnya, kalian tidak perlu merasa kelaparan bagi yang berhasrat untuk duduk menyaksikannya dari awal majlis perasmian hinggalah ke akhir muktamar sekitar jam 10 mlm. Ini kerana pihak Bendahari MSP kali ini ada menjual pelbagai makanan berat mahupun ringan untuk keselesaan seluruh yang hadir.
- Manakala bagi PARA SISWI yang berhasrat untuk menghadiri muktamar ini sehingga ke akhir majlis juga tidak perlu risau kerana kalian semua akan disediakan pengangkutan dan musyrif mengikut zon yang akan ditetapkan.
- Bagi mereka yang bakal menyaksikannya secara langsung di Nadi Riadhi tersebut, kalian jangan lupa membawa WANG LEBIH kerana selain makanan yang pelbagai, terdapat pelbagai produk terbaru keluaran PMRAM juga cetakan semula yang akan dijual di sana. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
- Sebarang cadangan dan komentar mengenai MSP kali ini bolehlah kalian terus salurkan ke emel penulis selaku pengarah di elhakim_elegant@yahoo.com atau ke emel rasmi PMRAM di pmram30@yahoo.com. Segala cadangan dan buah fikiran yang membina amatlah kami harapkan untuk diperbaiki untuk tahun hadapan.
' JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH ' ( Tema PMRAM sesi 2008 )
' JULANG IZZAH TEGUH WAHDAH ' ( Tema HEWI PMRAM sesi 2008 )
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
No comments:
Post a Comment