Video Klip Pilihan

Monday, March 17, 2008

.:: Tatkala Sukma Berbicara ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Allahu Akbar. Itulah kalimah agung memuji Allah yang mampu ku pahatkan dalam setiap hela nafas sebagai tanda syukur atas nikmat yang diberikan. Setelah penat seharian berulang alik Kaherah - Iskandariah menemani sahabat seperjuangan merasmikan Majlis Muhasabah Tahunan UMI bagi sesi 2007/2008. Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) yang ditubuhkan pada tahun 2000 adalah bertujuan untuk menyatukan fikrah, tenaga dan raga disamping untuk menjaga hal ehwal kebajikan unit yang ahlinya terdiri di kalangan orang yang berkahwin. Ala kulli hal ianya merupakan sesuatu yang menyeronokkan disamping dapat menimba pengalaman dengan bergaul bersama mereka.

Apa tidaknya, untuk menjadikan diri sama tinggi dengan mereka masih belum bersedia. Bukan belum bersedia, akan tetapi masih belum sampai masanya. Menurut rangka dan perancangannya insyaallah pada akhir tahun 2009 setelah penulis tamat pengajian di peringkat ijazah sebelum bercadang untuk menyambung ijazah lanjutan. Semoga perancangan penulis bertepatan dengan perancangan Allah yang Maha Mengetahui dan Mentadbir tiap-tiap sesuatu. Disepanjang perjalanan pulang sempat juga enigmaku bergolak menitip doa semoga dikau tenang di sana.

Buat ibunda dan ayahanda di 'sana', anakanda sentiasa menitipkan doa semoga kalian sentiasa diampunkan segala dosa dan dihimpunkan dikalangan mereka-mereka yang diredhaiNya.

Sebenarnya tercetusnya perihal ini kerana ketika perjalanan pulang tersebut kelika di dalam 'tramco' terdapat sepasang suami isteri yang memadu asmara dihadapanku membuatkan diri ini terbayangkan bilakah akan tiba saat yang manis itu. Sedang berkhayal jauh, langsung ku buang jauh perasaan itu. Yang pastinya waktu itu akan tiba jua akhirnya dengan keizinanNya. Disamping doa dan usaha yang berterusan tanpa putus asa yang diakhiri dengan tawakal.

Sedang jauh minda ini mengelamun, sedar tidak sedar berbaki tidak lebih lagi 48 jam akan bermulanya sebuah program mega yang bakal meletakkan diri penulis dan sahabat pimpinan yang lain untuk di muhasabahkan. Bersediakah diri ini untuk menghadapi lontaran soalan-soalan yang bakal menerpa ke atas setiap aktiviti yang telah dijalankan sepanjang setahun yang lepas. Pokoknya segala yang tercatit merupakan perkara yang telah dilaksanakan dan dilakukan setakat yang termampu.

Cuma sedar atau tidak mengenai perkara itu terletak pada ahli yang memerhatikan tindakan yang dilakukan oleh persatuan induk pelajar Melayu dan yang dinaunginya terhadap keberkesanannya. Dan yang lebih utama setakat mana komitmen dan ambil beratnya ahli terhadap setiap pelaksanaan program anjuran PMRAM itu.

Semoga segala gerak kerja yang dilakukan oleh sahabat-sahabat adhoc pelaksana Muktamar Sanawi PMRAM Ke-75 dan HEWI PMRAM Ke-21 sentiasa dikurniakan Allah kekuatan untuk menjalankan setiap gerak kerja yang dirancang. Hanya Allah jua yang akan membalas segala keikhlasan curahan tenaga, material dan idea kalian. Penulis selaku pengarah MSP/MHP kali ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian kalian menghulurkan bantuan tersebut.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

No comments: