Video Klip Pilihan

Wednesday, March 05, 2008

.:: Setiap Tindakan Akan Dipersoal Kelak ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Nukilan semula dari Harakah Daily 4 Mac 2008.

Pilihan raya umum ke-12 akan menjelang dalam tempoh beberapa hari lagi. Ia merupakan acara atau pesta kemuncak dalam kalender negara, sama ada kemuncak kemenangan parti-parti pembangkang diketuai PAS, ataupun kemuncak kejatuhan parti-parti dalam BN yang semakin dimarahi rakyat pelbagai kaum.

Kalau dilihat kepada 'mood' pengundi pada pilihan raya kali ini, ia memihak kepada pembangkang, tetapi 'mood' itu boleh dipatahkan oleh jentera saraf Umno-BN melalui balachinya, SPR, yang boleh bertindak di luar jangkaan dan dugaan semua pihak pada hari pengundian, pada waktu proses peti-peti undi dipindahkan ke tempat pengiraan undi, ketika pengiraan, semua kemungkinan boleh berlaku bagi memastikan kemenangan BN sekali gus mematahkan 'mood' tadi.

Apapun setiap pengundi dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari akhirat terhadap apa yang mereka pangkah dalam pilihan raya. Umum telah mengetahui bahawa pemimpin-pemimpin Umno-BN telah banyak melakukan kezaliman dalam pelbagai bentuk, dari sudut politik, ekonomi negara, masyarakat, persekitaran, pendidikan, yang tidak boleh dihitung dengan jari. Justeru kaedah 'Usul Fiqh' ada menggariskan, reda kepada kekufuran boleh membawa kepada kekufuran, reda kepada kezaliman akan menjadikan orang yang menyokongnya orang yang zalim.

Apa yang perlu diingatkan kepada pengundi di sini, pilihan raya boleh disifatkan sebagai satu 'peperangan' menghadapi musuh, iaitu musuh yang mempermainkan ayat-ayat Allah dalam al-Quran, kerana sudah lebih 50 tahun merdeka tanpa penjajah di sisi, namun undang-undang Allah masih tetap tidak terlaksana dengan seribu macam alasan yang direka-cipta, semua itu menunjukkan bahawa mereka (Umno-BN) tidak bersedia melakukannya.

Pangkahan anda akan dinilai benar atau salah berdasarkan pilihan yang anda buat, kalau ia menepati tuntutan agama, pangkah anda boleh membawa ke syurga, sebaliknya pangkah anda memenangkan kezaliman terus berleluasa, rasuah, pembohongan dan bermacam-macam jenayah lagi, ia akan menjerumuskan anda ke dalam api neraka, kerana ia ada hubungan dengan persoalan akidah tauhid (hubungan kita kepada Allah) yang mahukan kita jadi khalifah yang melaksanakan segala peraturan-Nya di muka bumi ini.

Para pengundi apabila keluar untuk mengundi perlu berbekalkan 'Tauhid Uluhiyyah' dan 'Tauhid Rububiyyah' (Ketuhanan Allah) yang termaktub dalam surah al-Fatihah yang dibaca secara berulang sebanyak 17 kali dalam solat.

Apa tujuan kita baca al-Fatihah hingga 17 kali, itu pun tidak masuk bacaannya dalam solat-solat sunat Rawatib, tidak lain agar kita mulakan agenda hidup kita sejak dari bangun tidur dengan membuktikan penjelmaan kedua-dua tauhid berkenaan sebagai teras kepada aktiviti harian yang dilakukan.

Apabila kedua-dua tauhid itu berjaya diadaptasikan dalam realiti hidup harian kita, maka kehidupan kita dibayangi dengan rahmat Allah SWT, apabila kita dirahmati, maka apa yang kita lakukan seperti tindakan, perbuatan, ungkapan yang direstui Allah.

Lakukan solat dua rakaat Duha dan sebagainya sebelum keluar mengundi, kemudian berdoa kepada Allah SWT agar Dia melorongkan kita untuk memilih calon-calon yang akan membela agama Allah, kerana apabila agama selamat, semua akan terbela dan selamat, kerana keselamatan itu dijanji dan dijamin hanya daripada Allah, seperti ungkapan yang kita lafazkan selepas solat, Allahumma Antas Salam, waminka Salam, wailaika ya'udus Salam...yang bermaksud: Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang memberi keselamatan, dari-Mu datangnya keselamatan dan ia juga akan dikembalikan kepada-Mu.

Semoga anda memangkah calon yang betul iaitu PAS/PKR dalam pilihan raya kali ini bagi memastikan kesinambungan Islam terserlah seperti di Turki yang berusaha keras mengembalikan penguasaan pentadbiran 'negara Islam Uthmaniyah' yang jatuh di tangan pengkhianat agama, Mustafa Kamal Ataturk. - lanh

Buatlah pilihan yang tepat dan terbaik untuk kebaikan negara yang berlandaskan Quran dan Sunnah yang sebenar-benarnya.

Selamat mengundi!!

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

No comments: