بسم الله الرحمن الرحيم
Apabila kalian membaca tajuk entri kali ini semestinya menimbulkan tanda tanya . Apa yang penulis maksudkan disebalik tajuk yang berbaur lucah kalau bahasa kasarnya. Akan tetapi inilah realiti yang berlaku kepada muda-mudi di Malaysia melalui paparan filem pendek yang dihasilkan oleh REMAJA MELAYU ISLAM! Tidak keterlaluan kalau penulis mengatakan filem pendek ini turut menghina ISLAM itu sendiri kerana apa yang digambarkan didalam filem selama 8 minit tersebut sesuatu yang DIHARAMKAN OLEH ALLAH!!
Bahkan TIDAK TERGOLONG DAN TIDAK AKAN DITERIMA OLEH NABI SAW kepada sesiapa yang melakukan perbuatan luar tabii ini!!! Turut menjadi kemusykilan penulis di mana permulaan filem pendek tersebut memaparkan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) merupakan dalang yang membenarkan filem ini diterbitkan? Di manakah sensitiviti terhadap hukum-hakam ISLAM pada mereka? Mengapa perkara ini mesti berlaku?
Di ending filem tersebut memaparkan ungkapan 'desire has no boundry' (berahi tidak memiliki sempadan) seolah-olah menghalalkan zina luar tabii sedangkan ISLAM mengharamkan amalan kaum Nabi Luth tersebut. Amalan yang menyalahi fitrah manusia yang dijadikan berpasang-pasangan. Diciptakan lelaki untuk perempuan dan sebaliknya bukannya sejenis? Inilah yang terjadi kepada muda-mudi apabila tidak ditekankan ajaran agama yang sebenarnya dengan diambil yang dianggap penting dan diabaikan perkara yang dianggap kecil. Sedangkan ISLAM itu merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia sosial, politik, ekonomi, pendidikan, perundangan negara dan sebagainya!
Turut menjadi tanda tanya mengapakah PELAKON MELAYU ISLAM di dalam filem tersebut sanggup mencemari dan menjatuhkan MARUAH ISLAM TANPA SEGAN SILU? Ya ALLAH apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada remaja ISLAM di Malaysia? Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku dan sewajibnya ASWARA mengarahkan kepada pelajar yang terbabit menarik kembali filem pendek yang menjijikkan itu dari menjadi tontonan masyarakat awam seandainya benar ASWARA terlibat dalam pembikinan filem ini.
Kepada kerajaan khususnya kepada Jabatan Kemajuan ISLAM Malaysia, dan pendakwah-pendakwah di Tanah Air diharapkan dapat menggiatkan agenda dakwah dan memberikan kesedaran kepada umat ISLAM tentang hukum melakukan zina lebih-lebih lagi zina luar tabii yang semakin menjadi-jadi di kalangan muda-mudi Malaysia yang digambarkan melalui paparan filem pendek bertajuk 'COMOLOT' ini. Usah menjadikan perkara ini sebagai perkara yang remeh dan enteng sehingga membarah seterusnya parah kepada masyarakat ISLAM Malaysia.
Kepada seluruh masyarakat pelajar, penuntut ilmu ALLAH sekalin walau di mana kalian berada, tanggungjawab untuk berdakwah semakin berat. Bukan sahaja non-muslim yang perlu kita dakwah untuk memberikan penjelasan tentang ISLAM yang semakin diputar belit. Bahkan dakwah terhadap umat ISLAM itu sendiri juga terutamanya bagi memberikan penjelasan tentang perundangan ISLAM dan segala macam perkara maksiat yang diamalkan ikutan terhadap amalan barat.
Tidak hairanlah Nabi SAW sendiri pernah bersabda mafhumnya : "Akhir zaman nanti umatku akan kembali kepada amalan kaum jahiliyah". Termasuklah amalan kaum Nabi Luth AS yang diterbalikkan negeri mereka kerana ingkar terhadap dakwah Nabi Luth supaya kembali kepada ISLAM dan meninggalkan amalan zina luar tabii ini. Tidak mustahil seandainya ALLAH berkehendak untuk menurunkan azab sebegitu. Walaupun doa Nabi SAW supaya azab terhadap umatnya tidak diturunkan ketika mereka melakukan maksiat kepada ALLAH. Bahkan Nabi SAW meminta dilambatkan ke hari kiamat kelak.
Beruntungnya kita menjadi umat Rasulullah SAW. Akan tetapi, adakah kita masih sanggup melakukan maksiat kepada ALLAH lebih-lebih lagi zina luar tabii (nauzubuillahi min zalik) ini yang mana akan membawa kepada murka ALLAH dan menghapuskan pengakuan Nabi SAW terhadap kita sebagai umatnya. Semoga menjadi peringatan buat kita bersama dalam menjalani kehidupan di dunia dengan sebaik-baik bekalan ibadah ketaatan untuk dibawa bertemu ALLAH di akhirat kelak.
Akhir kalam penulis berpesan kepada diri penulis terutamanya dan seluruh saudara-saudara ISLAM di luar sana untuk kita takutlah kepada ALLAH, perbanyakkan taubat dan istighfar memohon keampunan ALLAH. Semoga di akhir mahattah nanti kita dapat kembali kepada ALLAH dalam keadaan yang bersih dari sebarang dosa-dosa yang memungkinkan kita untuk dicampakkan ke dalam api neraka!
P/S : Penulis tidak bercadang untuk memaparkan filem tersebut dan menasihatkan kepada sahabat seluruhnya supaya dapat menanamkan perasaan jijik dan benci terhadap filem tersebut seandainya kalian menontonnya. Sematkan permohonan taubat dan istighfar semoga dijauhkan kita dari terjebak daripada gejala maksiat yang amat dimurkai ini!
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
2 comments:
Sala Ustaz, doakan moga kerja untuk memeramngi golongan terkutuk ini memberi hasil.
Kita mesti kerahkan segala upaya menentang usaha yang sedemikian sumbang(penerbitam COMOLOT)
Mereka gunakan media, kita juga mesti menentang mereka dengan media!!!
salam kembali ya jundu ummah...
syukran kerana masih ada sensitiviti mengenai isu halal haram yang semakin dipandang enteng oleh kebanyakan masyarakat ISLAM yang dilihat semakin jauh dari ajaran agama ISLAM yang sebenar...
semoga ALLAH memelihara dan menjaga kita dari terjebak dari gejala yang amat dimurkai ALLAH & RASULNYA itu... :D
Post a Comment