Video Klip Pilihan

Wednesday, April 16, 2008

.:: Musuh Nyata Di Depan Mata ::.

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari berganti hari sehingga tanpa disedari rupa-rupanya peperiksaan untuk semester yang kedua bagi tahun ini semakin hampir. Mungkin perkara ini masih belum panas dirasai sekiranya jadual peperiksaan tersebut belum terpampang di papan-papan kenyataan setiap fakulti sebagai isyarat menunjukkan peperiksaan itu akan menjelang tiba. Bagi kami khususnya di fakulti Usuluddin dan secara khusus lagi penulis dan sahabat seperjuangan di Jabatan Dakwah dan Kebudayaan Islam 'musuh yang ingin ditentang' tampak jelas di depan mata.

Yang jelasnya penulis sudah berada di zon berbahaya kerana musuh telah terpampang di depan mata. Penulis perlu mempersiapkan diri dengan sebaik-baik persiapan. Penulis dan sahabat seperjuangan dan sahabat-sahabat yang lain perlu bangkit dari lena yang panjang untuk membuat yang terbaik dalam peperiksaan semester yang kedua ini. Apakah persiapan dari sudut penguasaan ilmu dalam semua subjek untuk semester ini sudah dihadam sepenuhnya? Apakah semua mutiara-mutiara ilmu yang diperolehi mampu sudah mampu dihayati seterusnya untuk diterjemahkan kepada masyarakat kelak?


Itulah antara pertanyaan yang sering berlegar dalam pemikiranku. Dan sepatutnya perlu difikirkan oleh semua penuntut-penuntut ilmu ALLAH walau di mana kita berada. Yang pastinya kita pembawa amanah yang bakal mencorak arena masyarakat yang sedia ada samada memimpin mereka ke arah landasan yang mampu menuju keredhaan ALLAH ataupun sebaliknya. Itulah muhasabah yang perlu diambil kira ketika kita dalam fatrah menuntut ilmu sebelum kita terjun ke lapangan masyarakat. Bukan sebuah lapangan teori akan tetapi praktikal yang sememangnya penuh dengan cabaran yang menggoyahkan sesiapa yang tiada persiapan yang mantap.

Oleh yang demikian bersama kita menyediakan diri kita sebagai modal insan bahkan modal ISLAM yang mampu mecerna setiap ilmu yang dikhususkan. Malahan perlu ditambah dengan ilmu dan thaqafah yang lain sebagai persediaan menyeluruh sebelum segalanya kucar kacir kelak. Bersempena dengan peperiksaan yang bakal menjelang ini juga penulis mewakili seluruh kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM sesi 2008 mengharapkan semua masyarakat pelajar dapat menghadapainya dengan tenang. Juga selamat ber'imtihan'.

Semoga peperiksaan kali ini akan memberikan sejuta makna kepada diri kita sendiri seterusnya menjadi kebanggaan kepada Islam itu sendiri juga kepada keluarga, ummah dan negara. Lakukan yang terbaik untuk kejayaan dan kecemerlangan Islam kelak. Dikesempatan ini juga penulis melakarkan sejuta kemaafan kepada seluruh sahabat walau di mana kalian berada andai sepanjang pengetahuan dan pengendalian blog ini terdapat sebarang perkara yang kurang disenangi. Pohon dimaafkan dan didoakan kejayaan milik Islam ini.



Berikut merupakan jadual peperiksaan penulis yang sekarang berada di tahun akhir, tahun 4 insyaallah. Di Fakulti Usuluddin, Jabatan Dakwah dan Kebudayaan Islam, Universiti Al-Azhar, Kaherah.

  • Isnin - 19/5/2008 : Al-Quran Bertulis
  • Khamis - 22/5/2008 : Manahij Bahas (Mantiq Hadis)
  • Isnin - 26/5/2008 : Falsafah Islamiah
  • Khamis - 29/5/2008 : Fiqh Mawarith
  • Sabtu - 31/5/2008 : Dakwah Masa Kini
  • Isnin - 2/6/2008 : Takhrij
  • Khamis - 5/6/2008 : Dakhil Fi Tafsir
  • Isnin - 9/6/2008 : Bahasa Inggeris
  • Khamis - 12/6/2008 : Perbandingan Agama
  • Sabtu - 14/6/2008 : Usul Fiqh

Peringatan!!!

*Peperiksaan akan bermula pada jam 9.30 pagi waktu Mesir (2.30 petang waktu Malaysia).
*Diminta segera masuk ke dewan peperiksaan 10 minit lebih awal.
*Sila bawa bersama kad identiti universiti. (kernih)
*Sekiranya membawa telefon mudah alih, sila nyah bunyi ataupun matikan suaranya.
*Selamat menjawab dengan jawapan yang dikehendaki oleh doktor/sheikh.
*Doakan kejayaan milik kita bersama untuk memartabatkan Islam kelak.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: