بسم الله الرحمن الرحيم
Tentunya kalian tertanya-tanya apa lagi propaganda yang ingin penulis bebelkan pada entri kali ini. Semestinya sekadar untuk memberikan beberapa informasi yang bermakna untuk makluman semua. Cumanya memerlukan penilaian dan kepastian dari pelbagai sudut samada ianya fakta atau auta. Terus kepada pembentangan beberapa informasi yang perlu diambil perhatian segera dengan penggelintaran menyeluruh serebrum dan sereblum anda.
- Tahukah anda bahawa tengah malam 24 April sebelum masuk 25 April tarikh setiap tahun kita tidak akan bertemu dengan waktu 12 tengah malam kerana secara automatik waktu tersebut terus beralih ke jam 1 pagi waktu Mesir. Ini menandakan musim panas bermula sekaligus membezakan waktu Mesir-Malaysia sebanyak 5 jam berbanding 6 jam pada musim sejuk. *Kata muthaqqaf:Ini fakta bukan auta! Jangan lupa untuk tukar serta merta waktu jam masing-masing daripada 12 tengah malam kepada 1 pagi serta merta malam ni.
- Tahukah anda burung kasawari apabila ia membenamkan kepalanya ke dalam tanah, ia akan bernafas melalui bontotnya? *Kata muthaqqaf:Ini ambo tak tahu menahu. Kalau dalam kajian Sains ianya benar-benar berlaku. (Diambil melalui filem CUCI)
- Tahukah anda bahawa otak manusia merupakan 'hard disk' yang mampu menyimpan sebanyak mana maklumat melebihi 'hard disk' komputer walau sebesar mana pun kapasitinya? *Kata muthaqqaf:Maha suci ALLAH yang maha berkuasa akan tiap-tiap sesuatu. Ini memang sebenar-benar fakta.
- Benarkah Melayu itu mudah lupa ataupun manusia keseluruhannya yang mudah lupa? *Kata muthaqqaf:Sama-sama nilai potensi diri dan memperbaiki diri disamping meningkatkan potensi daya fikir. Yang paling utama amalkan Zikrullah, Insyaallah terhindar dari penyakit lupa.
- Tahukah anda bahawa Universiti Al-Azhar, Mesir merupakan Universiti yang tertua di dunia bukan Universiti Oxford yang mana Masjid Al-Azhar merupakan asas kepada universiti terulung ini? *Kata muthaqqaf:Ini adalah pandangan penulis secara peribadi melihat kepada keulungannya dalam dunia ilmuan Islam.
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
No comments:
Post a Comment