Video Klip Pilihan

Wednesday, April 02, 2008

.:: Sedarilah Wahai Umat Islam! ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Menyuntik api kemarahan

Dunia Islam kini dikejutkan dengan sebuah filem yang benar-benar mengejutkan bahkan melampau dalam menjatuhkan maruah agama Islam. Sebelum ini umat Islam pernah dipermainkan oleh Amerika, Israel dan Denmark dengan penghinaan terhadap Islam yang pelbagai sehingga mengakibatkan kemarahan umat Islam seluruhnya. Kini Belanda pula meneruskan siri-siri penghinaan terhadap Islam dengan menghasilkan sebuah filem bertajuk 'FITNA' terbitan sebuah filem Belanda musuh Islam bernama Geert Wilders.

Selama ini kita mungkin seolah-olah tidak merasakan sesuatu yang agak besar untuk difikirkan terhadap segala macam penghinaan yang telah dilakukan oleh negara-negara barat yang telah disebutkan tadi. Dengan penghinaan terhadap Nabi SAW dan Islam itu sendiri melalui karikatur yang benar-benar membakar api kemarahan menyala. Tidak cukup dengan itu, mereka selepas itu membayangkan gambaran wajah Nabi SAW berdakwah dan sebagainya di Wikipedia.

Dan kali ini dengan sungguh biadapnya Belanda selaku sekutu kepada puak-puak kuffar laknatullah mempersembahkan sebuah filem yang lebih dahsyat dengan mencerca Allah, Islam dan Al-Quran itu sendiri! Penulis terasa amat marah dan seandainya diberikan peluang untuk berperang berjihad untuk menghancurkan puak kafir itu akan ku berada di barisan hadapan untuk mempertahankan agama Islam yang suci ini!

Dalam masa yang sama, seluruh dunia menunjukkan kemarahan yang teramat sangat terhadap perbuatan yang sungguh bangsat daripada sekutu kafir laknatullah itu. Sekiranya dilihat melalui official present di youtube setelah diterjemahkan kepada bahasa inggeris, memang menyakitkan hati. Bahkan menyemarakkan api yang telah hebat menyala sebelum ini. Mereka menyatakan bahawa Islam itu merupakan agama yang suka membunuh orang yahudi dan kafir. Bahkan Allah memerintahkan hamba-hambanya untuk membunuh orang-orang kafir dengan sewenang-wenangnya.

Apakah mereka tidak melihat penderitaan yang dilakukan oleh puak-puak mereka sendiri di Iraq, Palestin, Chechnya dan beberapa negara Islam yang lebih teruk dari apa yang mereka lemparkan terhadap Islam?! Mereka seolah-olah merasakan Islam sebuah agama yang ganas dan suka membunuh orang bukan Islam. Memang benar-benar melampaui batas!


Apakah mereka menyangka pejuang-pejuang Islam yang membunuh musuh-musuh Islam itu membunuh sesuka hati tanpa bersebab? Apakah pejuang-pejuang dan orang Islam itu sendiri tidak diberikan hak untuk mempertahankan diri dari serangan orang-orang kafir yang ingin membunuh umat Islam di seluruh dunia Islam? Apakah mereka sahaja yang diberikan hak untuk membunuh umat Islam yang menjadi musuh utama agama mereka?

Bangsat, biadap dan melampau!

Perkara seperti ini memang tidak dapat dielakkan dan semestinya akan berlaku lagi dan lagi. Bahkah sekiranya diperhatikan dari segi kronogi penyerangan mereka terhadap umat Islam, sememangnya sudah dirancang. Mereka memang semenjak dahulu lagi berdendam dengan kebenaran Islam yang menjejaskan agama mereka lantas mereka merancang satu persatu propaganda untuk memusnahkah Islam dari pelbagai sudut. Selesai dengan peperangan dan pembunuhan terhadap negara-negara Islam atas alasan yang tidak masuk akal.

Kemudian diikuti dengan penyebaran karikatur yang menghina syiar-syiar Islam dan kali ini dengan mereka mencipta sebuah filem untuk menggambarkan kepada seluruh dunia bahawa Islam itu ganas, jahat dan sebagainya. Semua itu untuk mengalihkan pandangan dunia terhadap agenda jahat yang telah dan sedang dilakukan terhadap umat Islam di seluruh dunia dengan tuduhan dan fitnah yang melampau.

Apakah kalian selaku umat Islam yang dikatakan memperjuang dan menegakkan syiar Islam tega melihat perkara ini berterusan? Adakah kita selaku penyambung perjuangan para Nabi dan Rasul serta para pejuang agama Allah tidak merasa sensitif terhadap perlakuan melampau dan biadap mereka terhadap agama yang kita amat cintai ini?


Kita lihat mereka telah membuat kenyataan secara terbuka dengan menyatakan kekesalan atas pengeluaran filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Kekesalan tersebut sudah terlambat kerana filem tersebut telah tersebar dan ditayangkan ke seluruh dunia. Nasi sudah menjadi bubur yang sukar untuk berpatah balik. Umat Islam seluruh dunia harus dan wajib bangkit menyatakan kemarahan terhadap apa yang telah mereka lakukan.

Jangan sampai kelak di akhirat apabila ditanya oleh Allah mengenai sumbangan yang dilakukan oleh kita tatkala seluruh syiar-syiar Islam dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Kita hanya mampu menjawab 'saya tidak melakukan apa-apa ya Allah'. Maka pada kala itu jugalah rasakan azab Allah kepada mereka yang tidak berusaha untuk mempertahankan Allah, Rasulullah dan Islam itu sendiri!

Apa yang perlu dilakukan sekarang?

Seandainya soalan ini yang ditanyakan, jawapannya mari kita bersama memboikot segala produk dari Belanda. Disamping kita meneruskan pemboikotan terhadap segala produk Amerika, Israel dan Denmark dengan tambahan dari Belanda pula. Ini sahajalah cara yang dapat kita lakukan sekarang untuk memberikan pengajaran kepada mereka. Selain itu juga sebagai tanda kita mempertahankan agama yang kita cintai sebelum dipersoal kelak.

Takkanlah jihad memboikot sekecil ini pun masih kita tidak mampu untuk lakukan demi mempertahankan Islam. Bagaimanakah keadaan kita apabila berhadapan dengan peperangan yang sebenar-benarnya? Inikah yang dikatakan pejuang agama dan penerus perjuangan Rasulullah SAW sedangkan perkara sekecil ini kita masih menganggap sesuatu yang kecil. Akan tetapi di mata Allah ianya merupakan sebuah jihad yang bisa menjauhkan kita dari seksa api neraka.

Mengapa perlu boikot?


Apabila ditanya mengapa perlu memboikot produk Belanda sedangkan kebanyakan penduduknya adalah Islam? Jawapannya kita tidak memboikot umat Islam yang di negara Belanda itu. Akan tetapi kita memboikot filem dan produk negara tersebut atas alasan kerana mereka menjatuhkan dan mempermainkan agama Islam. Bahkan wajib juga ke atas penduduk di dalam negara Belanda yang beragama Islam memboikot filem tersebut dan jika perlu boikot produk keluaran negara mereka sendiri yang dihasilkan bukan Islam.

Sebagaimana yang penulis nyatakan tadi, ini sahajalah cara dan tindakan yang mampu umat Islam lakukan sebagai tanda protes untuk mempertahankan Islam dan syiarnya dari terus diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam laknatullah.

Ayuh umat seluruhnya kita bangkit melakukan pemboikotan secara besar-besaran sebagai menunjukkan tanda kasih, sayang dan cinta terhadap Islam dari terus dicemari oleh mereka yang biadap. Semoga segala usaha yang sedikit ini mampu menghindarkan kita dari simbahan api neraka sekaligus mengelakkan kita dari dipersoalkan di hadapan Allah kelak.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

5 comments:

Anonymous said...

Selama ini saya mendengar bahawa Islam agama yang bersifat adil, menegakkan keadilan dan sebagainya. Apakah adil sekiranya rakyat Belanda atau keseluruhan negara Belanda dihukum atas tindakan bersendirian satu atau dua individu yang tinggal di sana?

Adakah adil sekiranya sekiranya A yang membunuh maka seluruh keluarganya dihukum sekali?

Adakah ini keadilan yang Islam ajarkan? Kalau begini konsep keadilan dalam Islam, maka amat menyedihkan...

-Ai Er Di

Mohd Rasul Bin Amat said...

Salam buat saudara yg menghantar komen tanpa nama...

Islam itu memang agama yang adil dan saksama...

Kita tidak menghukum seluruh saudara2 seislam di Belanda, akan tetapi kita memberikan pengajaran kepada kerajaan Belanda yang tidak membuat sebarang tindakan terhadap filem yang telah diterbitkan...

hanya mampu mengatakan ianya sudah terbit dan tidak mempunyai kaitan dgn kerajaan..

lagi satu, kita tidak boleh untuk menyamakan pemboikotan yang dilakukan terhadap Belanda yang melampau dan biadap dengan membunuh...

itu merupakan kias yang berbeza dari pelbagai sudut...

membunuh adalah sesuatu jenayah yang mengikut hukum memang perlu di balas dengan bunuh..
manakala boikot adalah sesuatu yg sememangnya melibatkan individu, kelompok mahupun negara sebagaimana Denmark, Amerika dan Israel Laknatullah...

Adakah kami penganut Islam hanya mampu mempertahankan agama kami yang memang ternyata kebenarannya dan tiada keraguannya hanya dengan melakukan demonstrasi sahaja...
sedangkan musuh2 Islam terus dan terus melakukan penghinaan dan mempermainkan Islam..

Dan andai perlu umat Islam di Belanda juga perlu bangkit mempertahankan dan melaksanakan boikot terhadap kerajaan Belanda dan pengarah filem pendek itu sebagai menjaga dan memartabatkan kembali Islam yang tercalar oleh tangan2 kotor puak2 kuffar laknatullah!!!

Anonymous said...

Saya tidak punyai akaun blogger jadi saya sertakan nama di bawah komen saya.

Saya hairan, bukankah seruan boikot anda umat Islam semua adalah keatas produk-produk dari belanda. Kesemua itu adalah bread and butter rakyat belanda yang tidak terlibat dengan video itu. Anda boikot produk mereka,kesannya tempias pada rakyat yang tidak bersalah. Apakah itu keadilan?

Sekiranya sememangnya merupakan keadilan dalam Islam untuk menghukum sekali orang yang tidak bersalah, maka teruskan saja kerana memang itu ajaran agama anda.

Sekurangnya gambaran tentang Islam menjadi jelas, kesalahan beberapa individu satu dua orang hukumannya adalah ke atas ramai orang.

- Ai Er Di

Mohd Rasul Bin Amat said...

Terima kasih kepada saudara Ai Er Di atas perhatian yg saudara titik beratkan dalam soal boikot ini...

Walau apapun yang saudara fikirkan saya tidak mengatakan saya betul 100% dan tidak pula mengatakan saudara betul 100%...

Sememangnya di Belanda terdapat 1 juta saudara2 kita yang Islam menetap di negara tersebut...

dan tidak padan dengan kita melakukan boikot hingga menjejaskan kehidupan mereka...

cuma inginkan sensitiviti kepada umat Islam masa kini yang semakin melupakan tuntutan boikot...

oleh kerana pemboikotan teehadap Belanda menjadi perbincangan hangat, maka ianya terpulang kepada individu bagaimana mereka ingin mempertahankan maruah Islam yang telah dicemari oleh individu Belanda yang dilihat bagaikan tiada apa-apa yang berlaku oleh seluruh umat Islam dunia bahkan Malaysia sendiri!!

Apa yang pasti saya sememangnya tidak akan sekali-sekali akan membeli produk yang membantu proses pencemaran agama Islam di mata dunia oleh orang2 kafir laknatullah...

Apa yang boleh saya berikan peringatan sekiranya saudara memikirkan perkara tersebut seolah-olah menganiaya saudara seislam kita di sana, maka utamakan BOIKOT PRODUK AMERIKA, ISRAEL DAN DENMARK secara berterusan tanpa kompromi...

Mcdonald, KFC, Cadbury, Nokia, Calvin Klein dan berbagai2 produk yang menjadi trademark kegemaran rakyat Islam Malaysia....

Saya secara peribadi menyokong beberapa pandangan ulama yang merasa tercabar dengan penghinaan yg dilakukan tanpa memikirkan sentimen keagamaan. Mereka memang sengaja ingin menimbulkan kekacauan untuk menaikkan kemarahan umat Islam dan respon dalam keadaan ramai saudara kita di negara itu...

Semoga saudara2 kita di sana dapat melakukan pemboikotan yang sama terhadap golongan2 yang mempermainkan Islam dengan sewenang2nya!!

semoga sedikit sebanyak mencernakan pemikiran kita bersama utk berusaha mempertahankan dan memartabatkan Islam di mata dunia supaya kembali digeruni...


Terima kasih atas pemerhatian yang saudara berikan...

Anonymous said...

Salam ya akh

(saya tidak membangkang pemboikotan,perlu diperjelas awal-awal)

Kalau mahu dikira, merata-rata di Youtube atau di mana-mana ada saja media/penghasilan sebegini yang menghina Islam, dan sememangnya disedari golongan yang melakukan perkara begini adalah orang-orang yang ignorant, yang even non-muslims reluctant utk react to such thing (be it to oppose or to support) disebabkan oleh its lack of professionalism. Semua facts yg disebut dalam dokumentari pendek tu adalah 'loose facts' yang tidak diterima akal yg berfikir.I read an article by a non-muslim British journalist who even described that film as 'trash'.Sampah.

Senang cerita, dokumentari itu dihasilkan oleh 'another idiot has somehow got the confidence enough to show his stupidness'.

Reaction kita: Just ignore this ignorant man.It is just a mere provocation. Bak kata PM Netherlands, 'We believe it serves no other purpose than to cause offence'. Kadang-kadang orang yg sengaja mahu sakitkan hati kita, elok dibiarkan sahaja.

Islamic scholars di Netherlands rasanya ramai dah mengeluarkan kenyataan menggesa Muslim di sana untuk abaikan sahaja filem tersebut. Kalau semua orang react dgn kejar dan bunuh encik pembikin filem tu, then we are doing what we are expected to do by them.

Anti-islam idiot ada di merata-rata. Kat setiap negara pun ada, kat Malaysia pun. Jom boikot semua.

Wallahu a'lam.