Video Klip Pilihan

Wednesday, June 11, 2008

|| Debat Bersemuka Pembuka Minda Rakyat ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada 5 Jun 2008 yang lalu rakyat Malaysia digemparkan dengan kenaikan minyak diesel dan petrol dengan kenaikan yang mendadak sehingga ke tahap 43%. Merupakan satu peratusan yang amat tinggi dalam sejarah pentadbiran mana-mana pentadbiran kerajaan selama lebih 50 tahun. Pelbagai spekulasi yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan dan pihak Pakatan Rakyat yang dilihat membangkang setiap keputusan kerajaan yang membebankan rakyat.
Untuk menghilangkan spekulasi tersebut yang dilihat saling menyalahkan antara satu sama lain diantara pihak pemerintah mahupun pembangkang. Segala spekulasi yang mungkin diuar-uarkan melalui media elektronik dan media cetak dilihat tiada satu penyelesaian yang mengelirukan rakyat bahkan mendatangkan penyesalan ataupun kegembiraan kepada rakyat yang mengundi kedua-dua gabungan komponen politik terbesar di tanah air.

Berikut penulis menyertakan siaran ulangan 'Debat Bersemuka' antara wakil kerajaan (Barisan Nasional) dan wakil Pakatan Rakyat bagi memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai isu minyak yang hangat tika ini. Ini sekaligus membuka minda rakyat yang terdiri dari pelbagai golongan intelek, cendekiawan, dan ahli akademik dalam menilai sejauh mana kebenaran yang selama ini berselindung disebaliknya. Memandangkan Malaysia sedia maklum merupakan diantara negara pengeluar minyaknya sendiri. Moga memberikan manfaat kepada kita

Moga ianya memberikan banyak keterbukaan kepada seluruh rakyat dalam membuat keputusan dan memberikan respon terhadap kesahihan hujah yang dinyatakan oleh Dato' Shahrir Samad selaku Menteri Hal Ehwal Pengguna mewakili kerajaan Barisan Nasional bersama Yang Berhormat Slahuddin Ayub selaku Ketua Pemuda Pas Pusat dalam memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung isu minyak yang ternyata semakin membebankan rakyat. Selamat menonton!

Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 Part 1



Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 Part 2



Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 Part 3



Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 Part 4



Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 Part 5



Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 Part 6


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

2 comments:

Anonymous said...

salam....anta ah tgk ker persebatan ni sampai habis....salehuddin ayub nampak kalah dalam dalm perdebatan ni bahkan tlh dinyatakan kekesalan rakyat dalam trangkite .. mssg rakyat tidak sampai sebenarnya..diharap saudara penulis mnmbg balik untk menaygkan siaran tersebut

Mohd Rasul Bin Amat said...

salam...
apa masalahnya? saya cuma menyiarkan semula bagi sesiapa yang tidak sempat untuk menyaksikannya sahaja...
kalah menang tu nilai sendiri lah...
masing2 ada kelemahan...
akan ada yang menang dan akan ada yang kalah...
adatlah tu...
penulis tidak menyebelahi mana-mana pihak dah kalau YB salahuddin kalah nk buat macammana kan...
sape suruh tak buat persediaan yg rapi...
moga ianya menjadi pengajaran utk diperbaiki di masa akan datang...
harap semua jelas... =)