Video Klip Pilihan

Monday, October 05, 2009

|| UMNO Bagai Telur Di Hujung Tanduk ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Kurang seminggu dari sekarang akan berlangsung buat sekian kalinya Pilihanraya Kecil Bagan Pinang N.31 yang menyaksikan pertembungan buku dan ruas PAS dan UMNO. PRK sebelumnya menyaksikan kemenangan berturut-turut di Semenanjung Malaysia di pihak PAS-DAP-PKR yang membentuk Pakatan Rakyat.


Suara PR ini memberikan kesan yang amat mendalam kepada rakyat dalam memperjuangkan kebenaran, keadilan, ketelusan dan kebebasan yang rata-rata diidami semua. Tsunami politik yang berlaku pada PRU12 yang lepas masih memberikan impak yang amat mendalam kepada rakyat yang sedar akan kebobrokan yang berlaku pada kerajaan pemerintah UMNO-BN selama lebih 50 tahun.

Dalam keghairahan para pemimpin pemerintah menghentam dan mencipta keburukan terhadap PR mereka tidak menyedari bahawa rakyat bukanlah bodoh setelah melihat hasil pemerintahan selama lebih setengah abad. Diikuti dengan siri-siri pembongkaran yang semakin menyerlahkan kebobrokan dan ketidak telusan yang telah dilakukan oleh mereka.

Lihat sahajalah berita-berita yang disiarkan oleh 'Media Prima' yang merupakan ejen UMNO-BN dalam membuat propaganda memburuk-burukkan pakatan pembangkang dengan pelbagai tuduhan yang berniat mala-fide. Seterusnya menjadikan mereka seolah-olah teraniaya, telus dan bersih mengharapkan undi simpati menyebelahi mereka dengan menggunakan seluruh jentera kerajaan (PDRM, SPRM, ISA etc.) bagi memastikan kuasa di tangan mereka dapat terus kekal.


Apakah rakyat yang semakin menuju ke arah negara membangun dengan penerapan nilai-nilai ilmu yang tinggi akan bersikap tunggu dan lihat dengan hanya mengejar kemajuan semata? Rakyat Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sudah membuktikan mereka bukanlah bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya dengan hanya memangkah dengan membuta tuli tanpa melihat calon mereka terlebih dahulu.

Rakyat yang semakin bijak membuat pilihan dalam menentukan masa hadapan negara mengetahui yang mana baik dan buruk. Yang mana adil dan bobrok dalam pelbagai sudut.

Dengan izin ALLAH, yang batil pasti akan dikalahkan oleh yang hak. Lambat laun seandainya mereka terus dengan mentaliti mengumpul harta, mengejar kebendaan, melanggar hukum ALLAH, menyemai amalan rasuah dan tidak berlaku adil dalam pemerintahan kelak janji ALLAH pasti belaku. Janji untuk menggantikan satu kaum yang membelakangi hukum ALLAH dengan satu kaum yang benar-benar cintakan ALLAH.


Ayuh kita tegakkan keadilan, perjuangkan keadilan dan semarakkan ISLAM dengan penuh bersemangat menjelaskan kepada rakyat akan hakikat yang sebenar. Adalah tidak wajar andai kita terus menerus mentaati pemimpin yang gagal menjalankan fungsi ISLAM dalam pentadbirannya selepas segala macam nasihat dan teguran diberikan.

Jadikan ISLAM model pemerintahan yang menyeluruh. Negara Malaysia yang menjadikan ISLAM sebagai agama rasmi bukan hanya sekadar sebagai pegangan semata. Sewajarnya segala tunjuk ajar yang ISLAM gariskan dilaksanakan dengan sebaik mungkin mengikut acuan yang ditunjukkan melalui Junjungan Besar, NABI MUHAMMAD S.A.W.

Jangan takut dan gentar terhadap segala macam cacian dan maki hamun kerana ianya merupakan sunnah dalam perjuangan. Semoga usaha yang secebis ini akan diambil kira oleh ALLAH tatkala hari pengadilan kelak.

Kata Muthaqqaf : Tiada yang indah dalam berjuang. Tiada yang selesa dalam bekerja untuk ISLAM. Tiada yang manis dalam menegakkan kebenaran. Tiada yang lurus jalan menuju ALLAH. Segalanya ini memerlukan pengorbanan, semangat juang yang tinggi dan ketetapan hati berjuang tiada lain semata-mata mengharapkan redhaNYA.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

11 comments:

Anonymous said...

saya rasa sama je.. anda burukkan kerajaan, pemangkang burukkan kerajaan dan kerajaan burukkan pembangkang... semua sekarang politik xberasakan agama.. walaupun pas.. umno, pas n etc... byk sgt haad dengki... cubalah tgk Islam yg betol.. xda pon macam ni... mengaibkan agama je situasi sekarang ni..

Mohd Rasul Bin Amat said...

xsama... umno/bn kerajaan... nk xnk kerajaan pemerintah kena adil dlm konteks pentadbiran bukan politik...
berbanding PAS etc bukan kerajaan pentadbiran pusat... cuma kerajaan negeri jer... PAS, PKR, DAP ada media mereka sendiri yg jelas2 atas atas platform politik nama parti masing2... BN/UMNO apa kes guna media kerajaan dan jentera kerajaan sepenuhnya utk kepentingan survival politik mereka semata2 utk kekalkan kuasa...

saya rasa anda masih buta utk menilai tsunami politik yg semakin celik dikalangan rakyat yang inginkan keadilan, ketelusan dan demokrasi yang indah di bawah naungan ISLAM...

isu mengaibkan agama sudah lama dimulakan oleh UMNO... andai PAS dok diam diri sape lg nk pertahankan ISLAM!!!

Jgn dok tgk luaran jer... jgn nilai maklumat semasa di sebelah pihak tanpa menganalisis sumber maklumat lain yg boleh membatalkan maklumat yang sedia maklum boleh dimanipulasi...

jelasnya, rakyat yg celik dan bijak dah tau mana yg benar dan mana yg batil...

kembalilah ke pangkal jalan...

Anonymous said...

kalau nak bawak agama tu harus kah dgn kata kesat? media itu adalah memang sebahagian dari hak kerajaan.. kalau PAs memerintah pon pas akan tetap menggunakan media yang sama.. jadi xboleh dipersoalkan isu media sebenarnya..

bukan saya buta tetapi lebih rasional kerana saya tidak melihat sinis terhadapa apa yang berlaku... yang lebih mengaibkan agama pada saya bukanlah umno.. mungkin umno itu sekular... ya betol.. tetapi apa pula tindakkan org yang beragama, nafsu amarah sentiasa ditonjolkan? sebelum menang asyik mendabik dada mahu menaikkan islam sudah berjaya? kita tunduk dengan org bukan islam yang menghina agama.. malah bersekongkol dgn mereka demi kepentingan politik? adaka itu sebenar2 islam? lebih menarik apabila mencaci2 dengan bahasa kesat.. bukan penilaian ini sebelah pihak tetapi sudah dinilai kesemua pihak.. saya bukan lah org yg pro kerajaan kerana saya juga merasakan kerajaan ada juga salahnya. jgn pertahankan islam dengan cara yang salah... rakyat sekarang bijak tetapi penalaian politik rakyat sangat lah cetek.. kita asyik menyangkal setiap yang salah.. tetapi kita sendiri bersalah... pernahkah kita bersyukur krn tuhan kurniakan kita negara seperti ini, dan menegur dgn cara yang lebih sopan berbanding mendahulukan perasaan benci kita daripada rasional pemikiran kita...

Mohd Rasul Bin Amat said...

mmg media hak kerajaan pemerintah tapi adakah saudara tidak melihat bahawa mereka memanipulasi media sepenuhnya untuk kempen mereka tanpa memberikan ruang kpd parti lain?

kenapa tak jadi seperti negara2 lain yg memberikan keadilan samarata kepada parti2 lain untuk berkempen?

kesat ke bhsa saya sehingga mengatakan mereka yg buta masih terus menyokong BN/UMNO?

apakah BN/UMNO xbersekongkol dgn bukan ISLAM?? bahkan mereka lebih teruk dr PAS sbb membiarkan arak, maksiat dan kemungkaran terus menjadi darah daging asyarakat umat ISLAM...

andai PAS ditakdirkan tiada di Malaysia ini alamatnya umat ISLAM akan terus alpa dan dilalaikan dgn kemungkaran yg disemai sejak 50 tahun yg lampau...

PAS bukan bersekongkol dgn bukan ISLAM atas stand agama... akan tetapi atas stand matlamat yg sama utk membawa msj keadilan, ketelusan, kebajikan yg merupakan elemen yg termasuk dlm ISLAM itu sendiri....

soal agama dipermainkan segalanya bermula dari kerajaan pemerintah yg sentiasa mempergunakan agama sbg modal untuk mengekalkan kuasa... akan tetapi dlm masa yg sama agama dipersendakan dan terus dibiarkan org bukan ISLAM memandang sinis sehingga org ISLAM sendiri ramai yg MURTAD!!!

saya yakin saudara sedar akan perkara ini dan tahu segalanya...

UMNO,PAS, BN smua ada salah n silap...

masalahnya UMNO dh terlalu jauh dari agama... agama dikesampingkan bahkan diasingkan dr pentadbiran hingga sanggup melawan hukum agama...

kesudahannya xknla PAS hanya berdiam diri melihat perkara ini... UMNO pun xmkn saman wlu PAS bahkan mufti dan ulama UMNO sndiri pun xleh nk buat apa sbb segala nasihat dan teguran mereka xditerima....

jadi cara utk memastikan ISLAM berada di puncaknya adalah dgn memberikan pucuk pemerintahan kpd mereka yg benar2 faham ISLAM... selagi mana imunasi raja-raja melayu ISLAM dipertahankan yang akhirnya mendaulatkan ISLAM lebih dahulu sebelum fahaman kebangsaan dicanang-canangkan...

insyaallah kelak agama dan bangsa lain akan melihat ISLAM adalah agama yg adil utk semua tanpa mengira bangsa dan agama...

terpulanglah pada saudara utk menilainya... masing2 ada penilaian masing2 dlm memberikan ketaatan kepada kepimpinan selagi ianya mendaulatkan ISLAM melalui apa yg saya pelajari...

maaf segala salah silap dan khilaf...

saya juga manusia yg xlps dr kkasaran bhsa, perkataan dan perbuatan... dosa sentiasa melingkari saya... mungkin saudara lebih baik dr saya walau saudara xmendalami agama...

moga petunjuk ALLAH sentiasa menaungi kita sepanjang masa...

fi amanillah...

Anonymous said...

persoalan yang dibincangkan bukan kenapa PAS buat dan BN buat juga.. BN memang salah ye.. murtad dan sbgainya.. itu bukan menjadi persoalan keran sudah dinyatakan.. yg menjadi persoalan adalah kenapa pas hampir sama..

stand keadilan.. hak samarata... huhu aneh bagi org yg tidak sedar akan diri sekiranya meminta hak sama rata.. org melayu jauh ketinggalan. tatkala ini nak meminta kesamarataan? maka lebih melarat lah melayu. ingat, yg di minta pembangkang itu juga sebenarnya mainan politik demi mengambil hati rakyat... dengan manifesto untuk hak sama rata, pembangkang dapat mendapat undi org bukan melayu. adakah umno tidak berbuat kebajikan? apakah ketelusan yg dibawa oleh pembangkang kiranya saban hari mencari salah orang semata2? ketelusan demi memporak perandakan sebuah negara? macam tu? jgn bicara soal ukhuwah dgn bangsa bukan islam kiranya islam sesama islam di caci di tuduh tidak masuk syurga dan segala2 nya.. dulu mugkin saya bersetuju dgn pas tetapi kini kelihataan nya bukan agama yg menjadi tiang dan sandaran... permainan politik yg sama dimainkan oleh BN cuma bezanya dikaburi atas nama agama.... selangor? perak, makin bertambah kuil, masjid dibiar... ceramah agama bukan sekadar ceramah.. berpolitik juga.. tidak salah untuk berpolitik.. tetapi bukan politik menghina org didalam masjid.. lebih sedih yang dihina itu saudara islam sendiri... itukah islam yang anda mahu bawa? memang benar pas harus bangkit mempertahankan agama.. tetapi kini sudah salah.. fikirkanlah..

Mohd Rasul Bin Amat said...

dlm ISLAM byk golongan...

ada yg munafik, fasik dan sbgnya...

andai dh nyata kesalahannya yg membelakangi ISLAM xkn diam je kan?

PAS dh buat transformasi utk lebih berani dan universal tanpa menanggalkan landasan quran dan sunnah Rasulullah SAW...

itu pandangan saudara dan terpulang kepada saudara kalau tidak memihak kpd sesiapa...

bagi saya mmg PAS pun byk slh dan silap nya tapi krn PAS perjuangkan ISLAM yg membawa kpd pembentukan negara ISLAM saya akan terus menyokong dan memangkah PAS...

PAS ada polisinya selagi mana Pakatan bersama PKR dan DAP tidak menganggu gugat survival dan ketinggian ISLAM, maka akan terus bersama menumbangkan kerajaan sedia ada...

moga ISLAM akan terus dipandang tinggi dan tinggi di persada...

Anonymous said...

insyaAllah... semoga Islam yang murni kembali semula... amin..

Anonymous said...

asalamualakum
sronok ak bace korg nye coments..
tp trus trang ak kata, ak stuju ape yg dikatakan oleh sedara anonymous....n tak perlulah kte bergantung kepada kerajaan untuk menegakkan atau 'membetulkan' iman seseorang..kerajaan bertanggungjawab memimpin negara dan rakyatnye yang 'berbilang kaum'. kite punye agam rasmi is Islam..tap kte ade agama2 lain yang perlu kte lihat jugak..takan nak endahkan diorg camtu saje?? yg bermasalahnya sekrg ialah umat Islam ini sendiri..mereka sendiri la kene sedar siap diri mereka, ape yang betul and ape ape yang tak dlm diri mereka..ade kan itu tugas kerajaan jugak sehinggaa ibu bapa n kaluarga lalai akan tugas mereka..kanape ade ramai antara umat Islam yang berjaya mempetahankan iman mereka? sebab itu bergantung pada diri mereka sendiri..and yang pastinya aku berkwan dengan ramai prngikut2 Pas and Umno..mereka cume berbeza dari segi perwatakan and luaran mereka(paham2 la)..padahal most of them same je perangai..paham jugakla perangai ape...

n satu lagi isi,kte perlu tgk dimana malaysia bertapak kat mata dunia?? kte sekarang hampir sama taraf dengan negara2 maju yg lain..tak malu untuk katakan malysia di mane2 sahaja..n do u expect u all akan bangga to mention u all from other Islamic's conutries and diorg bayangkan kite ni sebagai pengganas kerna terlalu taksub..dan saya percaya itu bukan ape yg Islam sendiri mahukan dimana kita perlu berdamai sesama manusia..
and bayak lag yang perlu sya katakan di sini..semue reformasi, bantahan2x semuenye tak berfaedah dan hanya merosakkan imej negara sahaje...lame2 ornag pun akan meluat melihat semue ni..kerajaan malaysia tak suke melenting..sebab mereka tau kalu due2 mlenting abes la malysia..musnah!!! secara kesimpulannya, kite tau yang umno memeg bole meminpi negara ini secara aman, damai, takde peperangan denagn negara lain, bole sekolah dengan tenang, berniaga sehinggs seluruh dunia tanpa masalh..aku pon tak tau ape yg org malaysia nak..maybe kalau Pas aku paham lag la..maybe diorg ingat umno tu murtad dan bole tentukan semue penyokong umno tak bole masuk syurga..diorg nak tgkan agama Islam..tap PKR ni satu..manusia yg tak pandai erti bersyukur...kalu nak semue mende nak free..konon2 they all dh byr tax yag seciput yg nak buat sebuah lif dlm banggunan kerajaan pon tak cukup..nak free sekolah, nak free minyak, free tol, lag nak free ape? free makan minum, tak yah kerje susah2x duduk rumah bole masuk duit..sebab dah byr tax krajaan?..erm..time kaseh la..maybe ak ckp ikot sedap mulut..tap itu la ape yg ak fikirkan..huhu..

Mohd Rasul Bin Amat said...

pndgn masing2...

trima kasih...

moga ISLAM terus memimpin perubahan...

ISLAM utk semua...

peace no war!!!

1ISLAM... Akidah didahulukan, Syakhsiah diutamakan!!!

Allahu akbar!!!

Anonymous said...

yup.. suke diskusi macam ni! terbuka dan masing2 menerima pandangan.. xda provokasi! ni la yang sebetulnya.. sebenarnya masing2 ada betul dan ada salah... lebih baik kene menerima yg baik dan bersyukur dan yang salah sebagai iktibar... Wallahu a'lam

Mohd Rasul Bin Amat said...

yup btul3..
smua pihak ada salah n silap...
tpi kita perlu memilih diantara mereka yg bersalah itu kesalahannya xmelangkaui batasan2 ISLAM utk kita jadikan pemimpin memudahkan urusan dunia tmpt kita...