Video Klip Pilihan

Tuesday, January 15, 2008

.:: 'Asyura Hari Bersejarah Keagungan ISLAM ::.

بسم الله الرحمن الرحيم



Pejam celik sekarang kita telah berada di hari yang ke 8 Muharam 1429 bagi anak-anak Malaysia yang berada di Perlembahan Nil lebih awal sehari dari Malaysia. Walau apapun situasi dan keadaan yang berlaku dengan perbezaan waktu dan sebagainya itu tidak sepatutnya menghalang dari kita untuk meningkatkan amalan-amalan sunat sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW satu ketika dahulu. Maka kita selaku umatnya seharusnya mengikut setiap detik perjalanan hidup Baginda itu.

Sebelum kita menelusuri lebih jauh mengenai fadhilat yang terdapat di dalam hari tersebut, alangkah baiknya kita menghayati sejarah disunatkan amalan puasa di hari 'Asyura dan Tasu'a.Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para Nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sedangkan di dalam Al-Quran itu sendiri ALLAH berfirman : "Apa yang didatangkan oleh Rasulullah SAW maka ambillah (amalkan) dan apa yang dilarangnya maka jauhilah."

Kronologi 'Asyura dan Tasu'a

Menurut catitan sejarah berdasarkan riwayat yang thiqah dari para Nabi SAW yang meriwayatkan berdasarkan apa yang disampaikan oleh Baginda mengenai kronologi peristiwa ini dari arahan mewajibkannya sehinggalah menjadi sunat dengan digantikan kawajipan berpuasa itu selama sebulan di bulan Ramadhan.

Menurut tradisi masyrakat Islam, Nabi Muhammad SAW telahpun melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkang puasa Asyura adalah amalan biasa masyarakat tempatan pada ketika itu. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh).

Ketika itu, Baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Selain itu juga, Nabi Muhammad SAW turut menyarankan kepada umatnya untuk berpuasa Tasu'a iaitu berpuasa pada 9 Muharam sebagai simbol untuk membezakan amalan umat ISLAM dan kaum Yahudi. Walaupun pada hakikatnya Baginda tidak sempat melaksanakannya pada tahun berikutnya kerana telah dipanggil oleh Allah. Oleh yang demikian , bersamalah kita melaksanakan amalan Rasulullah SAW sebagai menunjukkan tanda kecintaan kita terhadap baginda.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram: Apa yang dilihat dari kronologi di atas ini, menunjukkan betapa banyaknya peristiwa besar yang berlaku pada hari tersebut hinggakan tidak hairanlah di sana terdapat banyak fadhilat (ganjaran) yang diberikan kepada sesiapa yang menghayati hari tersebut.

Perkara-perkara sunat di hari 'Asyura

Antara amalan-amalan sunat yang disarankan oleh Baginda SAW kepada umatnya pada hari tersebut adalah :
  1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan orang sesat
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat
    lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
  11. Sembahyang sunat empat rakaat
    lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa.
  13. Puasa
    Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Bagi masyarakat Malaysia terutamanya dan masyarakat Melayu di rantau Nusantara umumnya amalan memasak 'Bubur 'Asyura' adalah suatu kelaziman untuk menjadi hidangan jamuan kepada mereka yang berpuasa khususnya. Bukanlah ianya merupakan suatu amalan yang bid'ah sebagaimana dakwaan puak-puak terlampau yang menolak segala bentuk amalan yang tidak pernah dilaksanakan di zaman Rasulullah SAW. Usah disempitkan pemikiran dengan membuat sebarang hukum baru yang tidak disepakati oleh ulama'-ulama' yang muktabar.


Ianya juga menunjukkan sahutan kepada saranan Nabi SAW sebagaimana dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abul-Laits As-Samarqandi dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW dan mengenyangkan perut mereka".

Bahkan dalam sebuah kitab Riyadus Solihin juga menyebutkan bahawa Nabi SAW juga bersabda : "Barangsiapa yang berpuasa pada hari 'asyura maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lepas." Hadith Sahih riwayat Imam Muslim.

Justeru itu, diharap dengan sedikit kupasan dan pendedahan mengenai salah satu hari kebesaran dalam ISLAM yang juga merupakan amalan warisan Junjungan Besar SAW, mampu meningkatkan kecintaan kita untuk menghidupkan sunnah Baginda. Dengan harapan semoga di sana akan ada nusrah dan taufiq dengan mencintai Kekasih ALLAH dalam menjalani kehidupan di dunia dan untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat kelak. Sesungguhnya ALLAH tidak akan menganiaya dan menzalimi hamba-hambaNya yang mengamalkan amalan yang dilakukan oleh KekasihNya itu.


Rujukan :
  1. Al-Quran dan Sunnah.
  2. Kitab Riyadus Solihin, Bab Berpuasa pada Hari Arafah dan 'Asyura.
  3. Kitab Hadith Sahih Karangan Imam Muslim.
  4. Wikipedia Bahasa Melayu.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

2 comments:

Sar said...

Salam,
Bukankah as-syuro tu maksudnya meeting @ mesyuarat @ perjumpaan? Kan itu lebih nyata maksudnya. Kenapa asyara (sepuluh) lak?

Bulan Muharam itu lebih bermakna drpd 10hb saja, tak gitu?

Mohd Rasul Bin Amat said...

wassalam...
saya xtau la kalau saudara tak nampak samada perkataan asyura yg saya tulis tu sambung @ tak sambung...
dah jelas-jelas saya tulis perkataan 'ASYURA tu sambung so watper la nak dipertikaikan...
lainla kalau saya tulis 'AS-SYURA...
lagi pun kan ke ada tanda (') so kalau dalam bahasa melayu tu maknanya huruf ain....
so saya rasa saudara ni masih belum mempelajari bahasa arab dengan mendalam...
ala kulli hal bagusla kerana suka bertanya dan menambahkan ilmu yang selama ni kita tak tau...
10 muharram sememangnya hari yang penuh bermakna kerana di sana banyak peristwa yang telah berlaku sebagaimana yang saya posting merujuk kepada alquran itu sendiri, kitab-kitab hadith rasulullah SAW termasyhur, dan dari wikipidea melayu yang banyak menjadi rujukan saya..
terima kasih kerana memberikan komen yang membina dan meningkatkan thaqafah bersama...
wassalam....=)