Video Klip Pilihan

Tuesday, January 08, 2008

.:: Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijriah ::.

بسم الله الرحمن الرحيم


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :


"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".

Berikut adalah Doa Akhir Tahun



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:


"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Berikut adalah Doa Awal Tahun


Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau anda boleh download di box.net di column sebelah posting entry. Semoga ALLAH memelihara kita sepanjang tahun tahun baru ini dan mengampunkan segala dosa kita di sepanjang tahun lepas. Bersama tingkatkan amalan kita pada tahun ini dengan keazaman yang baru dengan menjadikan diri kita lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Sebagaimana kalam Saidina Ali R.A : "Celakalah barangsiapa yang hari ini lebih teruk dari semalam, sia-sialah barangsiapa yang hari ini sama dengan semalam dan beruntunglah barangsiapa yang hari ini lebih baik dari semalam". Renung-renungkan dan selamat menyambut tahun baru ISLAM 1429 Hijriah.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: