Video Klip Pilihan

Wednesday, January 09, 2008

.:: Salam Maal Hijrah | Tahun Baru 1429 H ::.

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum buat semua pengunjung para sahabat yang ku kasihi kerana Allah. Sekadar mengucapkan salam Maal Hijrah dan Tahun Baru Islam 1429 Hijrah. Kepada semua sahabat-sahabat di Mesir khususnya dan sahabat-sahabat di seluruh pelusuk dunia amnya. Semoga tahun yang baru berlalu dapat kita jadikan pemangkin dan pengajaran untuk meningkatkan segala amalan kita lantas memperbaharuinya di tahun baru ini dengan semangat dan azam yang baru. Janganlah kita cemari kedatangan tahun baru ini dengan sambutan dan perkara-perkara yang mendatangkan kemarahan dari ALLAH Azza Wa Jalla. Sebaik-baiknya amalan bacaan doa akhir dan awal tahun yang biasa dilakukan diteruskan tanpa dipersoalkan adakah ianya merupakan amalan Rasulullah (SAW), para sahabat dan mereka yang mengikut selepasnya yang terbaik daripada diadakan konsert, sambutan dan perkara-perkara yang maksiat mengundang murka ALLAH.


Usah dipendekkan akal fikiran dengan fahaman-fahaman tertentu yang mempersoalkan setiap perkara mesti berlandaskan kepada amalan dari Rasulullah (SAW) dalam masa yang sama perkara maksiat yang bermaharajalela tiada bendungan dan tindakan lanjut. Oleh yang demikian, sewajarnya kedatangan tahun yang baru kita dapat menjadikan sebagai perintis untuk kita mengubah diri kita supaya menjadi seorang yang lebih baik dari tahun yang lepas dengan memuhasabahkan diri kita sentiasa. Itulah yang sebaik-baiknya sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah (SAW) selepas peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah kerana tiada lagi hijrah selepas itu. Yang perlu kita hijrah adalah amalan, peribadi dan tindakan agar ianya menjadi lebih baik dari sebelumnya semata-mata ingin mendapatkan keredhaan ALLAH jua.

Mutiara Ilmu : Imam Syafiee R.A membahagikan perkara yang baru (bid'ah) kepada dua bahagian iaitu yang baik dan yang buruk. Maka selagi mana perkara baru itu baik berlandaskan kepada landasan hukum syara' maka ianya dibolehkan walaupun tidak dilakukan oleh Rasulullah (SAW) dan para sahabat. Usah menjadikan diri seperti mujtahid sedangkan beliau jika dibandingkan dengan kita memang tiada tolok bandingnya dan merupakan salah seorang dari ahli bait Rasululullah (SAW). Setarafkah ilmu dan thaqafah yang kita miliki sehingga mampu untuk menolak segala pandangan ulama muktabar terdahulu? Tepuk dada tanya iman. Semoga terpelihara ISLAM, IMAN dan AMAL kita sepanjang tahun ini juga seterusnya....


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: