بسم الله الرحمن الرحيم
Susah sangat ke?
Nak solat fardhu 5 waktu di awal waktu
Laksanakan dengan berjamaah bukankah lebih baik
Dari laksanakannya seorang diri
Memang bukan wajib tapi bukankah ianya lebih baik
Dengan perlaksanaan solat fardhu itulah ada hikmahnya
Menghindarkan pengamalnya dari terjebak dengan perkara-perkara terlarang
Yang keji dan mungkar menjauhkan hubungan dengan Sang Pencipta.....
Susah sangat ke?
Nak laksanakan setiap apa yang diperintahkan Allah
Seperti apa yang terkandung dalam Kitabnya?
Kenapa mesti tunduk pada undang-undang yang kafir buat
Bukankah apa yang Allah perintahkan itu lebih baik
Dan di sana ada tujuannya untuk keamanan hidup di dunia ni
Kerana itulah kita lihat banyak maksiat dan kerosakan di sana sini
Akibat perbuatan tangan-tangan manusia itu sendiri
Kerana mengingkari hukum dari Allah.....
Susah sangat ke?
Nak hidupkan Sunnah Rasulullah S.A.W
Menjalani kehidupan berlandaskan tunjuk ajar Baginda
Siapa lagi yang kita nak ikut?
Tak kanlah nak ikut telunjuk Yahudi Nasrani laknatullah
Memang perkara yang sunat
Tapi setiap amalan yang mengikut Sunnah Kekasih Allah
Sudah pasti mendapat ganjaran yang setimpal.....
Susah sangat ke?
Nak menghidupkan suasana islamik
Jauh dari percampuran lelaki dan perempuan
Bertepuk tampar tanpa rasa malu pada Allah
Yang si perempuan menanggalkan mahkotanya
Selayaknya hanya ditayangkan untuk suaminya kelak
Yang si lelaki melanggar hukum Allah dengan perlakuan
Dengan aktiviti yang menyalahi syara' lantaran kejahilannya
Kejahilan yang berpunca dari atasan yang memandang enteng
Menjadikan agama terpisah dari kehidupan impian kafir durjana
Terlaksana menjadikan ISLAM umpama anjing yang hina lagi dina.....
Susah sangat ke?
Nak laksanakan semua yang disebutkan ni
Bahkan banyak lagi perkara-perkara lain
Yang menyalahi dan mencabul maruah ISLAM itu sendiri
Bukan dicabul oleh si kafir durjana yang memendam sekian lama
Akan tetapi dirobek dengan sengaja oleh pemimpin yang sedia ISLAM
Adakah kerana takutkan ancaman dan kecaman dari kuasa besar dunia?
Lantaran ketakutan sanggup membiarkan agama nan suci diperkosa
Dicabuli tanpa belas ihsan hinggakan ramai yang sangsi
Sangsi dengan kebenaran ISLAM dek kerana melampaunya perlakuan
Keaiban yang mencabut keinginan mereka untuk berada di bawah naungan ISLAM.....
Susah sangat ke?
Untuk menjalankan pentadbiran di bawah naungan wahyu Ilahi
Bersuluhkan pancaran Sunnah Rasulullah S.A.W
Adakah kerana takut akan kehilangan harta berjuta?
Ataupun projek berbilion?
Ataupun kerana takut akan bertambah mundur?
Bukannya itu pembawaan ISLAM
Tidak sekali menolak kemajuan
Tidak sekali menolak kemodenan
Tidak sekali menolak kecanggihan
Akan tetapi yang utama adalah nilai-nilai ISLAM itu menghiasi
Dan menemani setiap langkah kemajuan yang tercipta
Menjadikan ISLAM umat yang bertamadun dari semua aspek
Bukan kemajuan material semata-mata
Dengan mengetepikan kemajuan moral insan yang Rabbani.....
Sebenarnya senang semua ini
Seandainya kembali kepada sumber asal yang ditinggalkan
Buat tatapan untuk setiap generasi tiada sempadan
Menunjukkan ketinggian ISLAM yang mendahului bangsa lain
Melengkapi semua aspek tiada celanya
Tapi di sana masih ada yang meraguinya
Untuk menegakkan kalimah Allah yang dijanjikan
Moga di sana ada nusrah menuju ke sana
Diiringi kobaran semangat nyalaan membara
Demi memastikan daulah ISLAM kembali bersinar
Kembali cemerlang, gemilang dan terbilang
Di bawah naungan ISLAM yang sebenar-benarnya
Titipkanlah bisikan doa nan suci dalam harapanmu
Penambah kekuatan moga menjadi nyata.....
Nukilan Ilham Nurani,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWaMaHbUb MaRdHaTiLLaH,
No comments:
Post a Comment