Video Klip Pilihan

Friday, January 25, 2008

.:: Malaysia Ke Arah Kemusnahan ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Kemusnahan Yang Ketara

Suasana dunia pada umumnya sekarang ini dilihat mengalami masalah perubahan iklim yang cukup memeranjatkan semua. Bagi kami yang berada di luar negara terutamanya merasakan satu perubahan dari perubahan iklim tempatan. Demikian juga sebagaimana yang berlaku di Malaysia apabila mendapat khabar melalui sahabat di sana yang mengatakan iklim Malaysia yang mengalami masalah kepanasan yang cukup ketara. Begitu juga kami di bumi Mesir ini merasakan kesejukan yang cukup ketara perbezaannya berbanding tahun-tahun sebelumnya sepanjang hampir 4 tahun saya berada di sini.

Ala kulli hal, itu semua sebenarnya berbalik kepada diri kita juga. Kembali kepada amalan dan keadaan sesebuah masyarakat di tempat tersebut sama ada taat ataupun sebaliknya. Perubahan dan perbezaan yang berlaku ini tidak boleh kita salahkan kepada ketuaan bumi diantaranya kerana ianya jika kita kembali kepada peringatan ALLAH melalui firmannya :

ظهر الفساد فى البر البحر بما كسبت أيد الناس

Maksudnya : Berlakunya kemusnahan di darat dan di lautan adalah akibat dari perbuatan tangan-tangan manusia.

Melalui ayat yang ALLAH rakamkan di dalam Al-Quran secara jelas menerangkan bahawa setiap kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah kembali kepada manusia yang mentadbir muka bumi ini sama ada dari segi baik dan buruknya. Maka adakah tidak cukup jelas lagi akan sebarang musibah yang melanda muka bumi ini? Seandainya kita perhatikan satu peristiwa musibah yang melanda ianya seolah-olah kembali ke zaman jahiliah sebelum diutuskan para Nabi dan Rasul kepada kaum-kaum meraka.

Sebagai contoh yang agak ketara dan semakin terasa kebejatan aktiviti maksiat tersebut di mana-mana sahaja. Seakan-akan mereka umat manusia yang tidak beragama sebagaimana atheisme dan tidak bertamadun dengan memisahkan agama dari kehidupan sebagaimana yang berlaku pada agama Yahudi Nasrani. Gejala gay, seks bebas, rogol, membunuh anak dan sebagainya yang menunjukkan manusia semakin jauh dari agama Tauhid yang sebenarnya.

Yang terbaru kita lihat satu fenomena yang berlaku pada artis muda Malaysia yang menjadi kontroversi dengan aksinya menanggalkan pakaiannya di sebuah konsert. Dah hilang akal ke apa? Kenapa mesti perlu tanggalkan pakaian ketika menyanyi? Adakah itu penerapan nilai-nilai murni yang digarapkan oleh kerajaan pemerintah sehingga artis ISLAM tersebut tanpa rasa segan silu melakukan perkara yang memalukan itu?

Pemerintahan Berat Sebelah

Kalau dilihat situasi di Malaysia sibuk kerajaan pemerintah sibuk menghentam pihak lawannya yang dilihat seakan-akan semakin menggugat kedudukan mereka dalam memerintah negara setelah hampir setengah kurun. Kononnya dikatakan perlaksanaan ISLAM Hadhari yang dicanang-canangkan ke arah membentuk dan melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tapi apa yang berlaku sekarang? Segalanya kacau bilau dan cacamerba. Kalau memang betul hendak memberikan kebajikan kepada rakyat kita lihat tatkala hampir pilihanraya barulah segala yang dijanjikan berusaha untuk ditunaikan.

Bahkan pernah suatu ketika seorang pelajar di sini yang pro kerajaan memaki hamun parti pembangkang khususnya Parti ISLAM Semalaysia (PAS) dengan mengatakan bahawa (PAS) terlalu gelojoh dan tidak sabar untuk menghadapi pilihanraya pada hal ianya masih lama lagi. Tapi dalam masa yang sama kita lihat komponen kerajaan lagilah gelojoh siap sudah mencetak dengan sebanyak-banyaknya bendera 'dacing' untuk disebar-sebarkan di seluruh pelusuk negeri demi meyakinkan rakyat akan kejayaan demi kejayaan yang dilaksanakan lantas diberikan mandat untuk memerintah negara di sesi mendatang.

Selaku mereka yang mempunyai kesedaran ISLAM. Yang dididik dalam suasana ISLAM dan diterapkan dengan ilmu-ilmu ISLAM. Adakah kita sanggup melihat sebuah negara yang kita cintai tergadai dengan berbagai-bagai konflik yang semakin ketara. Konflik kehancuran yang bukan sahaja berlaku pada rakyat yang dipimpin bahkan kebejatan tersebut berlaku begitu kritikal dikalangan pemimpin negara yang memerintah!!! Sebagai contoh kita saksikan apa yang berlaku pada rakyat yang semakin tidak selamat untuk tinggal di negara sendiri apabila berlaku kes penculikan, rogol, rompakan dan bunuh sesuka hati tanpa disedari!!! Bahkan sehingga ke tahap terpaksa menghabiskan berbilion ringgit untuk membeli kamera keselamatan dan diletakkan di tempat yang sunyi dan kurang selamat.


Konflik di peringkat pimpinan kerajaan yang memerintah pula lebih teruk lebih-lebih lagi beliau merupakan ikon kepada rakyat dalam menerajui sebuah negara. Kita saksikan dengan kes berlakunya adegan seks bebas oleh seorang menteri di bawah pimpinan ISLAM dengan alasan beliau tidak mampu untuk memantau setiap perbuatan semua menteri-menterinya. Ia memang kita tahu beliau bukan ISLAM kaan tetapi ianya berada di bawah pimpinan seorang yang mendakwa 'Negara ISLAM' dan menggagaskan 'ISLAM HADHARI' sepatutnya mengambil cakna perkara-perkara yang boleh menjatuhkan kredibiliti sebuah pemimpin. Juga yang terbaru dikecohkan dengan kes seorang menteri atasan juga yang terlibat dengan amalan kaum Nabi Luth yang akan disebarkan kelak.

Demokrasi Atau Kuku Besi?

Apa sebenarnya yang berlaku di Malaysia ini? Apakah tidak jelas oleh rakyat dengan segala perkara yang menjijikkan berlaku ini? Adakah kalian sanggup meneruskan penderitaan yang semakin meruncing dibawah pimpinan pemerintah pada saat ini untuk mendapatkan mandat kalian pada pilihanraya mendatang ini? Bersamalah kita mengubah kepimpinan yang ada dengan kepimpinan yang lain dan berilah peluang kepada ISLAM untuk bangkit. Usah digusarkan terhadap mereka yang non-muslim kerana pemerintahan ISLAM tidak sama sekali menghalang sebarang pergerakan, perniagaan dan sebagainya dalam kehidupan harian mereka.

Kita lihat sebagai contoh pemerintahan Junjungan Besar SAW di Kota Madinah yang mana pemerintahan baginda pada ketika itu bukan sahaja terhadap orang-orang ISLAM sahaja. Bahkan Kota Madinah juga turut diduduki oleh selain muslimin antaranya orang Yahudi, Nasrani dan sebagainya. Kita lihat mereka hidup di bawah naungan ISLAM dalam keadaan aman dan tenteram penuh dengan keadilan tanpa dizalimi. Itulah contoh negara ISLAM yang ingin dilaksanakan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah secara menyeluruh bukan sebahagian sebagaimana yang dilakukan sekarang ini dengan dengan mengambil bulat-bulat perundangan dari barat.

Alasan yang diberikan tidak munasabah kerana negara dihuni oleh masyarakat majmuk. Contohi zaman Rasulullah SAW yang menjadi rujukan pemerintahan barat. Manakala kita pula menjadikan mereka sebagai rujukan kita yang terpesong dan memesongkan kita jauh dari landasan yang digariskan oleh ISLAM. Alangkah ruginya umat ISLAM yang cetek akal mereka. Bahkan ada dikalangan pemimpin tertinggi ISLAM di Malaysia yang merupakan lepasan agama menghina dan memperkecilkan hukum ALLAH dengan mengatakan ianya tidak sesuai di zaman ini. Adakah pimpinan ini yang ingin kita berikan terus memerintah negara kita?

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Janganlah kita hanya memandang perspektif dan lontaran pandangan dari sebelah pihak lebih-lebih lagi mereka yang memegang seluruh sumber media untuk meraih simpati. Bahkan meracuni pemikiran rakyat dengan janji-janji kosong di kesempitan hidup rakyat yang semakin sengsara. Sedangkan di pihak lawannya tidak diberikan langsung peluang untuk bersuara menyatakan pandangan malah disekat dari semua sudut demi memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan agenda ISLAM yang disasarkan untuk kebaikan rakyat secara menyeluruh. Adakah ini demokrasi yang dimaksudkan oleh mereka akan tetapi dilihat seolah-olah 'kuku besi' yang tidak memberikan peluang kepada pihak lawannya.

Justeru itu sebagai pesanan kita bersama, usahlah kita menilai buku itu hanya pada luarannya lebih-lebih lagi tatkala suasana berat sebelah yang melanda seolah-olah cuba untuk mengetepikan pengaruh lain yang menganggu gugat kedudukan yang sedia ada. Bersama membangun bersama ISLAM untuk kegemilangan dan kebangkitan ISLAM yang lebih cemerlang.


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

2 comments:

Ideologi3 said...

assalamualaikum...apa khabar saudara saya harap saudara berada dalam keadaan yg sihat sejahtera...apa yg saudara cakapkan memang ade betulnye tapi saudara ada tak terfikir yang semua ahli politik itu sama sahaja...
sebelum nie saya pernah buat kajian berkaitan perkara ini dan mendapati tindakan yang dilakukan oleh pemimpin semuanya dilakukan berdasarkan keadaan semasa dan persekitaran...sebagai contoh kerajaan yang diasaskan oleh umno telah melarang perhimpunan yang dilakukan oleh hindraf, parti keadilan, pas dan lain2 dan saya pasti saudara pernah mendegar berita ini dan saya dapat lihat kerajaan buat begitu seperti ingin mengelakkan parti2 lain mendapatkan sokongan rakyat tapi sebenarnya kita dapat lihat yang sebenarnya kerajaan berbuat demikian adalah bagi memastikan tempat kita aman ...sama juga kerajaan pas yg memberikan kebenaran bagi membina patung budha di terengganu dan siap bg sokongan promosikan lagi tu tapi kita tahu yg keadaan sebenarnya takkan pas nak larang mereka menganuti agama mereka kn dan sambil itu meraih undi pihak bukan melayu sekali...semua tu sebenarnaya desakan keadaan sebenarnya takde sape2 yg salah sebab bile kite berada diatas sume keadaan akan menjadi berlainan menguruskan kerajaan pada akhir zaman nie bukan senang...senang cakap cube la saudari pergi ke semua ceramah2 parti yang lain dan dengar...ape yang saudari dengar sama je sebenarnya apabila mereka ini berceramah pasti akan ade yang mengutuk sama mengutuk...untuk itu saudari buatlah kajian dengan mendalam dan perhatikan keaadan dengan lebih spesifik jgn tgk pada satu parti sahaja kerana kite nie manusia kesalahn itu memang pasti
melalui pengalaman la kita dapat belajar...cube lihat sejarah malaysia dan belajar darinya... semoga allah akan memberikan ilham yg dapat anda gunakan dalam mengejar perkara sebenar...jikalau ada silap dan salah harap saudara tolong maafkan saya assalamualaikum

Anonymous said...

salam kembali buat saudara ideologi yang sememangnya yang dapat saya nilai banyak menyokong kerajaan...
dan saya tidak pasti adakah saudara memerhatikan akan kerosakan dan pelbagai kemunahan yang telah berlaku saban tahun di bawah pemerintahan kerajaan sekarang ini...
segala yang berkaitan dengan keadaan semasa dan persekitaran memang tidak dapat dinafikan...
dan apa yang PAS buat sebagaimana yang saudara berikan kerana ISLAM sendiri memberikan kebebasan untuk menganut agama masimg-masing selagi mana mereka tidak menyebarkannya kepada orang-orang ISLAM...
berbanding dengan kerajaan sekarang yang kita lihat sekarang berat sebelah lebih-lebih lagi tika hampir pilahanraya...
kita lihat mereka banyak menyebarkan fitnah dan pada waktu ni lah mereka berusaha untuk menarik rakyat Malaysia untuk mengundi mereka lantas memberikan mandat kepada mereka sekali lagi...
walaupun kalau kita lihat di bawah pemerintahan mereka bukannya memberikan kemudahan bahkan membebankan rakyat...
walaupun pelbagai kemajuan yang dibangunkan akan tetapi tiada benefit langsung kepada rakyat..
bahkan memberikan kesusahan kepada rakyat yang berpendapatan rendah...
lainla saudara orang yang berpendapatan tinggi dan selesa dalam hidup merasakan itu semua merupakan suatu yang bagus..
mereka hanya mementingkan modal insan, kemajuan dan pembangunan dalam masa yang sama mereka mewar-warkan ISLAM HADHARI yang kononnya memelihara ISLAM...
hakikatnya ISLAM semakin terancam dengan keruntuhan akhlak bukan sahaja di kalangan rakyat yang amat bejat....
bahkan dikalangan pemimpin kerajaan yang beragama ISLAM pun tidak menyokong dengan undang-undang ISLAM...
ulama doketepikan, di ancam dan sebagainya...
akan tetapi program-program keruntuhan akhlak remaja diagung-agungkan...
apa ke benda semua ni!!!
saudara fikir-fikirkanlah berdasarkan landasan Al-Quran dan Sunnah mengikut kepada pimpinan pemerintahan Rasulullah adakah setiap yang dilaksanakan oleh kerajaan bertepatan dengan cara pemerintahan Nabi S.A.W walaupun sedikit atau pemerintahan ISLAM di bawah PAS di Kelantan yang mereka ingin kuasai dengan pelbagai helah dan tipudaya...
politik kerajaan memang kotor...
tidak mengikut sebagaimana politik dalam ISLAM yang penuh dengan hikmah, adil dan bersih!!!