Video Klip Pilihan

Thursday, January 24, 2008

.:: Peringatan Di Karnival Buku Kaherah!! ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum diri ini terlupa untuk mengingatkan satu dua perkara kepada sahabat-sahabat, adik-adik baru yang bercadang untuk pergi ke Karnival Buku Dunia Kaherah kali yang ke-40 yang telah bermula semalam sehinggalah 4 Februari 2008. Cumanya kebiasaannya pada hari pertama pembukaannya tidak dibuka umum untuk semua. Akan tetapi dibuka khusus untuk VIP sahaja. Manakala untuk orang awam bermula esok, 24 Januari 2008. Pada hari tersebut aku dan beberapa orang sahabat lain sedang menghadapi madah terakhir untuk ujian bertulis.

Sekadar sisipan untuk panduan kita bersama beberapa perkara yang mesti diteliti dengan penuh hati-hati ketika berada di sana, antaranya :
  • Pastikan kalian memilih kitab yang di karang oleh ulama'-ulama' muktabar yang bukan menghentam ulama'-ulama' terdahulu. Contohnya karangan Al-Bani, Al-Baz, Al-Husnain dan lain-lain lagi. Boleh rujuk abang-abang lama.
  • Akan tetapi sekiranya untuk dikaji dan membuat perbandingan tidak mengapa. Bahkan di galakkan cuma mengelakkan terpengaruh dengan fahaman yang bercanggah dengan pendirian ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Jika kalian jalan di dalam sebuah tempat tertutup di bahagian atas, akan terdapat tempat khusus menjual kitab-kitab, cakera padat, kaset dan lain-lain lagi berkaitan dengan agama Kristian Al-Masih Alaihis Salam. Bahkan antara cara mereka berdakwah dengan memberikan 'kitab Injil' versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab secara percuma kepada pelajar-pelajar luar negara selain arab.
  • Kalau nak terima boleh, untuk mengkaji bagi mereka yang kuat iman dan akidahnya. Kalau ditakuti menggoyahkan iman anda lebih baik jangan terima!!
  • 'Survey' dari sehari ke sehari dalam mencari kitab yang ingin dimiliki. Jangan pilih kitab kerana luarannya yang menarik, cantik dan sebagainya akan tetapi beleklah setiap helaian bagi mengelakkan sebarang kecacatan. Kalau dah beli dan belek-belek ada kurang boleh pulangkan semula dengan syarat ada resit bukti pembelian. Minta jangan tak minta!!
  • Jangan dipandang buku itu pada luarannya akan tetapi pandanglah isinya.
  • Rasanya itu sahaja yang mampu untuk diingatkan. Mungkin ada tambahan boleh rujuk pada abang-abang lama yang lebih arif dalam bab-bab ni.
Rebut peluang dengan memiliki kitab-kitab yang mampu meningkatkan thaqafah, ilmu dan ketinggian ISLAM. Sekiranya terdapat perkara yang menyalahi syara' di hadapan mata anda di sana maka tegurlah. Tegurlah dengan tangan, kalau tidak mampu maka tegurlah dengan perkataan nasihat. Kalau tidak mampu maka jalan terakhir tegurlah dengan hati sekiranya itulah selemah-lemah iman.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: