Video Klip Pilihan

Friday, March 28, 2008

.:: Buatmu Penyandang Amanah Ilmu ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Suntingan Minda


Kini dunia menyaksikan kesusahan dan kepayahan yang teramat sangat jika dibandingkan ketika mana penulis mula-mula menjejakkan kaki di Perlembahan Nil ini. Walau di sana wujud pelbagai spekulasi dan provokasi untuk menyekat kemaraan anak-anak Melayu di Tanah Air dari melanjutkan pelajaran ke menara gading di negara ini, namun yang berlaku sebaliknya. Semakin banyak tekanan dan kekangan dari pihak-pihak berwajib, semakin ramailah anak-anak Melayu berlumba-lumba menggapai impian ke 'gedung ilmu' itu.

Apa yang kita lihat ketika mana suasana mereka menghadkan penghantaran tersebut, pelbagai saluran yang membantu proses tersebut disekat. Di kebanyakan negeri menjalankan sebuah kursus terhadap para pelajar yang ingin ke sana. Kursus Intensif Bahasa Arab yang dijalankan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar dengan lebih awal. Kesudahannya sesiapa yang tidak lulus menjalani kursus intensif ini, maka mereka tidak akan diberikan peruntukan dari jabatan agama Islam. Seandainya mereka tetap berkeras ingin pergi, pihak tersebut tidak akan menanggung sebarang kos perbelanjaan.

Ini baru satu sekatan yang disebut. Bahkan di sana terdapat banyak lagi sekatan-sekatan yang dikenakan terhadap mereka yang berhasrat untuk menyambung pengajian di Timur Tengah lebih-lebih lagi Mesir. Antara yang biasa diwajibkan kepada bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi seperti PLKN, Biro Tata Negara (BTN), Kursus Intensif Bahasa Arab dan banyak lagi program yang diadakan untuk menapis bondongan anak-anak Melayu ke sana.

Cabaran Menegakkan Syiar Islam

Bahkan dalam satu sumber yang sahih setelah penulis menemu bual seorang sahabat dari Indonesia, kerajaan Indonesia juga mengenakan sekatan dengan menghadkan jumlah tertentu dari setiap wilayah bagi anak-anak watan yang ingin mlanjutkan pengajian mereka ke Timur Tengah. Melihat kepada perkara ini, sekatan ini bukan sahaja berlaku di Tanah Air tercinta, bahkan turut dialami oleh saudara-saudara di negara-negara jiran yang lain.

Namun begitu penulis lebih menekankan tekanan yang berlaku kepada adik-adik yang bercita-cita ingin ke Timur Tengah akan tetapi disekat oleh pelbagai halangan. Kecenderungan mereka ingin menjejakkan kaki ke Timur Tengah disebabkan suasana ilmu yang agak berbeza dari sudut pencernaan yang lebih ketara memberikan impak yang berbeza. Dalam masa yang sama mereka sendiri dapat menilai dengan akal rasional mereka kebejatan akhlak mahasiswa dan mahasiswi yang cukup teruk. Itulah antara faktor-faktor yang jelas dapat dipanjangkan untuk difikirkn bersama.


Dalam erti kata yang lain, penulis juga dapat simpulkan mereka melihat perbelanjaan dan sara hidup di Timur Tengah khususnya di Mesir lebih murah berbanding dengan institut pengajian lain di luar negara juga di Malaysia. Mereka merasakan keberadaan di Mesir lebih selesa dan memberikan bebanan yang kurang berbanding tempat yang lain. Disamping suasana ilmu dan Islam yang menyerlah walaupun tidak diwujudkan isytiharkan negara Islam yang mengikut perundangan Islam yang sebenar.

Itulah yang berlaku pada diri penulis dalam menimbangkan segala aspek campuran untuk menentukan penyambungan pengajian penulis di peringkat seterusnya. Tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri, penulis juga berbincang bersama keluarga dalam mewujudkan kebersamaan yang akhirnya menatijahkan sebuah impak yang terbaik untuk semua bukan sahaja ketika di dunia, bahkan untuk manfaat di akhirat kelak.

Tekun Dan Sabar Kunci Kejayaan

Dalam menongkah kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi Islam yang bakal membawa panji-panji dakwah Islamiah, tidak dapat tidak setiap penuntut ilmu Allah mendalami dua sifat terpuji iaitu tekun dan sabar. Berhadapan dengan kerenah arab Mesir yang jika dianalisis dan dibuat perbandingan dengan masyarakat arab yang lain, mereka adalah masyarakat arab yang agresif dan semberono. Mereka lebih selesa dengan cara mereka sejak yang diwarisi sejak zaman berzaman. Akhirnya mereka merupakan masyarakat arab yang terkebelakang berbanding masyarakat arab yang lain.

Apapun yang berlaku, kita diajar oleh Nabi SAW untuk sentiasa menghormati dan bersabar dengan masyarakat seluruhnya tanpa membezakan arab Arab Saudi, Yaman dan sebagainya. Ini kerana Rasulullah SAW merupakan dari bangsa arab. Maka barangsiapa yang memuliakan arab, sesungguhnya dia memuliakan Rasulullah SAW yang akhirnya membawa kita kepada memuliakan Allah. Semoga dengan berkat kesabaran dan ketekunan yang disemai dan diterjemahkan dalam diri kita mampu memberikan manfaat yang terbaik kelak.

Meneruskan perjuangan menuntut ilmu di negara orang amat memeritkan bagi sesiapa yang tiada kesabaran yang tinggi. Malah ketekunan yang amat tinggi diperlukan dalam menjulang thaqafah yang melata di seluruh pelusuk 'pusat gedung ilmu' dan 'pusat produk ulama terbilang' ini.


Bahkan terdapat satu sumber yang dipercayai, kerana faktor ianya melahirkan para ilmuan Islam yang benar-benar mengikut Quran dan Sunnah inilah banyak negara-negara yang mengamalkan pemerintahan sekular, liberal dan komunis melakukan sekatan-sekatan yang pelbagai. Tidak hairanlah kita melihat ramai bakal-bakal pejuang agama Allah ini ditindas, disekat dan dihalang dari melanjutkan pengajian di pusat ilmu yang banyak melahirkan ulama terulung dunia.

Anda Bakal Pemimpin Negara!

Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 di Tanah Air menyaksikan sebuah perubahan arus politik pemerintahan negara dan beberapa buah negeri yang beralih pemerintahan. Bahkan apa yang dilihat perubahan tersebut bukan sesuatu yang dirancang oleh kerajaan. Akan tetapi ianya adalah satu luahan suara hati rakyat yang inginkan perubahan terhadap tampuk pemerintahan yang dilihat banyak melakukan diskriminasi secara keseluruhan sebelum ini. Akhirnya satu perubahan yang tidak disangka-sangka memeranjatkan bukan sahaja parti komponen pemerintah bahkan parti pembangkang sendiri.

Dalam masa yang sama kita lihat pengakuan yang dibuat menunjukkan ketidak adilan mereka sebelum ini dalam menyalurkan maklumat melalui media massa arus perdana dengan menafikan pengaruh media alternatif yang banyak membantu kekalahan mereka. Selaku mahasiswa perkara sebegini yang berkaitan dengan politik tidak sepatutnya diabaikan dalam proses pembelajaran. Ini kerana, politik merupakan sebuah lapangan yang bakal membentuk dan meletakkan diri kita samada untuk menentukan tampuk pemerintahan yang sesuai. Ataupun kita akan diletakkan sebagai pemimpin yang bakal mencaturi urusan pemerintahan.


Politik bukanlah sesuatu yang bercanggah dan berasingan dari agama Islam yang suci. Bahkan ianya merupakan sesuatu yang amat penting dalam menentukan sebuah pemerintahan yang benar-benar menjalankan proses menegakkan syiar dan perundangan Islam di muka bumi. Bertepatan dengan pemerintahan yang pernah dijalankan oleh Rasulullah SAW di Madinah seterusnya para khalifah yang meneruskan acuan Islam sehinggalah terkubur Khilafah Islamiyah pada 1924.

Semarak Fikrah

Maka siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan semula khazanah pemerintahan Islam yang pernah gemilang suatu ketika dahulu? Apakah kita ingin menyerahkan tanggungjawab kepimpinan berteraskan Islam ini kepada mereka yang jahil tentang agama? Sekiranya dibiarkan perkara ini berterusan maka kita akan lihat semakin banyak kemaksiatan, kerosakan dan kemusnahan yang akan berlaku akibat dari pemerintahan yang membelakangkan landasan Quran dan Sunnah.

Perkara-perkara ini memerlukan satu pencernaan variasi ilmu yang menyeluruh untuk memberikan kesedaran dan pendedahan yang berhikmah. Penekanan ini bertujuan untuk menangkis serangan idealisme dan ideologi yang disemai pada pemikiran anak-anak muda yang kurang pendedahan ilmu agamanya. Semoga dengan kebersamaan dan kesungguhan yang diusahakan untuk menuju ke arah mewujudkan kembali Khilafah Islamiah dikira sebagai 'jihad fi sabilillah' berbanding dengan mereka yang duduk goyang kaki memerhatikan perkembangan Islam dari semasa ke semasa tanpa sumbangan.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Wednesday, March 26, 2008

.:: Terkini! : Saff AJKT HEWI PMRAM Sesi 2008 ::.

بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam sesebuah organisasi pelajar yang terbesar, peranan siswi dalam kepimpinan amat dipandang berat terutama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dalam memastikan keterlibatan siswi di dalam menongkah arus kepimpinan tidak diketepikan. Melihat kepada tohmahan yang sering dilontarkan terhadap siswi graduanita lepasan Al-Azhar. Oleh yang demikian, PMRAM selaku sebuah persatuan induk yang sentiasa ingin memastikan anjakan paradigma dikalangan ahli lebih-lebih lagi muslimah yang dilihat kurang menonjol dalam apa jua bidang apabila pulang ke tanah air kelak.


Dengan tertubuhnya AJKT Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM yang merupakan sayap kiri kepada PMRAM dapat melaksanakan program dan aktiviti yang mampu melahirkan muslimah azhariah yang berketerampilan. Yang paling penting adalah keberjayaan membentuk siswi muslimah azhariah yang mampu mencerna ilmu dan thaqafah dengan sebaiknya sebagaimana siswa muslim azhari.


Justeru, diharap semoga kepimpinan AJKT HEWI PMRAM sesi 2008 ini mampu memandu siswi muslimah azhariah yang lebih menonjol seterusnya mencantas tohmahan-tohmahan yang merendahkan kredibiliti muslimah azhariah lepasan Timur Tengah ini.

Berikut adalah senarai terkini struktur organisasi kepimpinan srikandi AJKT Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM sesi 2008 yang menampilkan muka-muka baru sebagai kesinambungan muafakat bersama saff Badan Pengurus PMRAM sesi 2008 untuk melahirkan idea-idea baru yang berkualiti dan mapan.

Struktur Organisasi AJKT HEWI PMRAM Sesi 2008
(bermula 22 Mac 2008)

Pengerusi HEWI
KHAIRUL ANUAR ISMAIL

Timbalan Pengerusi HEWI
NORFAIZAH MAD ALI

Naib Pengerusi I (Unit Perancang dan Panitia)
HAFSAH ESA

Naib Pengerusi II (Unit Dakwah dan Pembangunan Insan)
SITI ANISAH AHMAD

Naib Pengerusi III (Unit Muhafazah)
HERLINA SYARIAL

Setiausaha HEWI
SHAHIDAH AB MANAF

Timbalan Setiausaha HEWI
HALIMATUSSA'DIAH MOHD PUDZI

Naib Setiausaha HEWI (Unit Pendaftaran)
NORHAFIZA ABDUL WAHAB

Bendahari HEWI
MAHFUZOH SAIDINA ABU BAKAR

Unit Kebajikan dan Kemanusiaan
NORHIDAYAH ABD RAHMAN

Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa
NOR HIDAYAH CHE YUSOF

Unit Pengetahuan dan Penyelidikan
SHAHIDATUL AKMA MOHD SHA'ARY

Unit Penerangan dan Penerbitan
NUR MAZNI AHMAD PAUZI

Unit Ekonomi
'IZZATI FARHANA MAHADZIR

Unit Sambutan dan Rehlah
NORRAUDAH HANUM HJ SALIM

Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
SITI NORSANIYAH SHAPIIN

Tema HEWI :

'JULANG IZZAH TEGUH WAHDAH'

Harapan yang menggunung tinggi kepada seluruh SISWI MUSLIMAH AZHARI termasuklah SISWI MUSLIMAH PERUBATAN dupaya dapat bersama berganding bahu menyahut seruan kesatuan yang dicanang-canangkan. Impaknya semoga segala perancangan dapat direalisasikan dengan sebaiknya. Seiring dengan dasar acuan Al-Quran dfan Sunnah memandu dalam setiap keputusan yang ingin dibuat demi menggapai keredhaan Allah yang utama.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Tuesday, March 25, 2008

.:: Dakwah Islamiah : Satu Tuntutan ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dakwah Islamiah merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang amat berat terpundak ke atas bahu-bahu para pembawa amanah ilmu Allah. Tuntutan dakwah ini merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius oleh semua penuntut-penuntut ilmu Allah di institut-institut pengajian Islam di seluruh dunia. Perkara ini tidak sepatutnya dipandang lekeh dan enteng walaupun pada hakikatnya tujuan melanjutkan ilmu agama ini tidak difikirkan.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab penulis untuk mengingatkan diri penulis dan sahabat penuntut ilmu Allah walau di mana pun kalian berada. Perkara ini bukan sesuatu yang sekadar picisan bahkan ianya merupakan tuntutan wajib untuk mengajak manusia kepada kebenaran dan menghalang dari kemungkaran. Hakikat 'amar makruf nahi mungkar' merupakan tanggungjawab semua umat Islam untuk memastikan setiap tuntutan Islam dilaksanakan dan diikuti dengan sebaiknya.

Terpanggil penulis untuk mendedahkan sebuah fenomena penyelewengan akidah yang sedang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa merasa hasad terhadap kebenaran Islam. Baru sahaja sebentar tadi penulis diminta mengulas mengenai sebuah kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di Tanah Air yang dalam diam cuba mempengaruhi remaja Melayu Islam dengan mendatangkan keraguan kepada agama anutan mereka sendiri. Betapa jahatnya mereka sehingga sanggup melakukan perkara terkutuk itu.

Diceritakan oleh sahabat penulis ketika beliau belajar di UIA, seorang pensyarah berbangsa India kafir yang mengajar
subjek Sejarah yang mengetahui banyak perkara selok-belok tentang Islam. Bahkan memahami bahasa arab itu sendiri. Perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana puak-puak kafir laknatullah memang berusaha mendalami segala perkara yang bersangkut paut dengan Islam termasuklah bahasa arab itu sendiri sebagai sumber memahami Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan perundangan Islam.

Penulis yang berada dalam di Fakulti Usuluddin, Jabatan Dakwah dan Kebudayaan Islam merasakan perkara ini banyak menyentuh bidang yang penulis ceburi. Akan tetapi hakikatnya masalah dakwah Islamiah ini adalah tanggungjawab seluruh para penuntut yang telah diamanahkah ilmu agama kepadanya.


Hendak dijadikan cerita, pensyarah kafir tersebut telah melontarkan soalan yang bertujuan untuk meragukan sahabat penulis dan kawan-kawannya yang beragama Islam. Soalan tersebut menyentuh berkaitan dengan persoalan poligami bertanyakan soalan khusus untuk pelajar siswi adakah mereka bersetuju lelaki mengahwini lebih dari seorang sebagaimana Islam membolehkan kaum lelaki untuk berkahwin tidak lebih sehingga 4 orang sahaja.

Sahabat penulis merupakan seorang yang pernah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa akan tetapi beliau bukan berada dalam jurusan agama. Maka keseluruhan pelajar siswi yang disoal keseluruhannya menjawab mereka tidak bersetuju termasuk sahabat penulis yang sebenarnya tidak membangkang pensyariatan tersebut akan tetapi oleh kerana di'provoke' oleh pelajar siswa maka terpaksa membangkang juga.

Kesimpulan yang pensyarah tersebut dapat berikan setelah mendapat respon dari jawapan dari seluruh siswi adalah TIDAK BAGUS APA YANG TERKANDUNG DALAM ISLAM. Mengapa seorang pensyarah non-muslim diberikan hak untuk mencampuri urusan agama lain terutamanya Islam dan membuat andaiannya sendiri terhadap eksperimen yang dilakukannya? Apakah tiada satu usaha untuk membuat laporan dan aduan isu yang menyentuh sentimen keagamaan ini?

Mengapa tiada dikalangan mereka yang bangkit untuk membuat aduan tersebut? Penulis tidak ingin menyalahkan sesiapa dalam perkara ini kerana mereka juga bukanlah ahli dalam soal keagamaan. Dengan sebab itulah pensyarah non-muslim mudah-mudah menyebarkan dakyahnya untuk mempengaruhi dan mendatangkan keraguan pelajar-pelajar muslim yang cetek agamanya.

Tidak hairanlah kita lihat fenomena murtad di Malaysia menjadi-jadi bahkan tiada penyelesaian sehingga kini. Alasan yang diberikan dan fatwa-fatwa yang menyesatkan 'orang dah tiada hati duduk dalam Islam buat apa kita nak halang?'. Adakah sanggup kita membiarkan maruah Islam terus dirobek dan disiat-siat tanpa halangan dan tindakan susulan dari kerajaan pemerintah mengenai perkara ini?


Penulis pun tidak berhajat untuk mengulas panjang mengenai perkara ini. Apa yang perlu difikirkan selepas ini adalah tanggungjawab selaku pembawa amanah ilmu Allah amatlah berat. Banyak perkara yang perlu diperbetulkan dan dilaksanakan dengan sebaiknya bagi memastikan wadah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh para Rasul dan Nabi diikuti para sahabat dan seterusnya dapat disambung dan dihayati bersama. Seandainya perkara ini tidak diambil perhatian dan dipandang enteng beringatlah bahawa kelak amanah ini akan dipersoalkan kepada kita di akhirat kelak.

Bersama kita berusaha berdakwah kepada Islam terutama memperbaiki ajaran Islam yang sebenar kepada umat Islam di Tanah Air sebelum berdakwah kepada non-muslim. Perkara ini perlu diambil kira disamping tanggungjawab yang lain kerana 'amar makruf nahi mungkar' adalah tuntutan Allah kepada umat Islam seluruhnya.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Monday, March 24, 2008

.:: Terkini! : Saff Badan Pengurus PMRAM Sesi 2008 ::.

بسم الله الرحمن الرحيم


Sejuta harapan ku panjatkan ke hadrat Allah Rabbul Jalal, Tuhan sekalian alam yang maha mengetahui akan tiap sesuatu juga yang maha mentadbir seluruh cakerawala. Kesyukuran yang infiniti ku persembahkan ke hadapan 'kekasih hati' yang sentiasa menjadi tempat penggantunganku tiap detik hela nafasku. Memandangkan sudah 24 jam berlalu pengesahan portfolio bagi setiap kepimpinan Badan Pengurus PMRAM sesi 2008, maka dengan ini wajar jugalah dihebahkan untuk makluman semua pihak berwajib. Bahkan telah pun di maklumkan lebih awal oleh seorang sahabat dari kalangan Badan Pengurus sesi 2008 juga.

Sebagaimana maklum bahawasanya tema Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir telah pun berubah untuk sesi 2008 dari tema 'Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan' yang dikekalkan selama 2 tahun kepada 'Julang Thaqafah Bakti Dicurah'. Konsep perlaksanaan gerak kerja adalah sama seperti sebelumnya. Cuma pada sesi 2008 ini aspek thaqafah dan kebajikan akan ditekankan untuk dizahirkan. Memandangkan sebelum ini ada beberapa pihak yang dengki menafikan hadaf dan matlamat PMRAM menjaga kebajikan anak-anak Melayu di republik ini.

Apapun yang berlaku pada sesi ini, penulis mewakili seluruh kepimpinan mengharapkan kepada seluruh ahli dapat memberikan komitmen yang sebaiknya sebagaimana sebelumnya. Disamping sentiasa memberikan komentar, kritikan dan cadangan kepada pimpinan atasan untuk meningkatkan thaqafah ahli supaya berada di 'kelas 1' seiring dengan tuntutan semasa. Dalam masa yang sama pencurahan kebajikan kepada ahli secara serius akan diteruskan dengan pelbagai agenda-agenda yang disusun bertujuan menyalurkan kebajikan yang terbaik dari pelbagai sudut.


Tidak dilupakan kepada seluruh para sahabat yang dikasihi kerana Allah sekalian di atas bantuan kalian dalam menentukan portfolio yang paling sesuai untuk saya jawati walaupun pada hakikatnya perkara ini telahpun ditetapkan. Ala kulli hal terima kasih yang tidak terhingga. Berikut adalah keputusan penuh peratusan undian sehingga jam 1120 malam, Ahad 23 Mac 2008 yang kalian cadangkan untuk penulis berserta keputusan rasmi saff kepimpinan Badan Pengurus PMRAM sesi 2008 :

  • Timbalan Presiden (Lajnah Dakwah) - 30% [8 orang]
  • Naib Presiden I (Lajnah Perancang dan Panitia) - 4% [seorang]
  • Naib Presiden II (Lajnah Muhafazah) - 33% [9 orang] {Undian Tertinggi}
  • Setiausaha Agung - 19% [5 orang]
  • Badan Kebajikan dan Tabung Derma (sesi 2007) - 15% [4 orang]
Saff Kepimpinan PMRAM Sesi 2008 (bermula 22 Mac 2008)

Presiden (Pengerusi HEWI)
KHAIRUL ANUAR ISMAIL


Timbalan Presiden (Lajnah Perancang dan Panitia)
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD


Naib Presiden I (Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan)
MD KHAIRUL ANUAR BIN MOHD ARIFF


Naib Presiden II (Lajnah Muhafazah)
MOHD RASUL BIN AMAT


Naib Presiden III ( Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan)
KHUSAINI BIN MD YUSOFF

Setiausaha Agung
SYAFIQ BIN ZULAKIFLI


Timbalan Setiausaha Agung
HANAFI BIN ZULKAPLI


Naib Setiausaha Agung (Lajnah Pendaftaran)
SHAHRIZAN BIN MOHD HAZIME

Bendahari Kehormat
MOHD IBRAHIM BIN MANSOR


Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa
MOHD AZIZUDDIN BIN AZNAN

Badan Pengetahuan dan Penyelidikan
MOHD AZRUL BIN ISMAIL


Badan Penerangan dan Penerbitan
MUHAMMAD ABDUL MALIK BIN ABDUL KARIM


Badan Ekonomi
MOHD ZUHAILI BIN SAIMAN


Badan Sambutan dan Rehlah
MOHD ADLAN BIN MOKHTARUDDIN


Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
NIK ROSDI BIN NIK JUSOH

Untuk makluman semua, bagi pentadbiran PMRAM sesi 2008 ini berlaku beberapa pengstrukturan semula dalam lajnah dan badan berdasarkan keperluan yang berlaku mengikut kepada matlamat dan kriteria yang ditekankan dalam tema. Dalam masa yang sama, dinaikkan kebajikan dari portfolio yang terbawah kepada teratas memandangkan kebajikan ialah faktor utama penubuhan PMRAM sejak 78 tahun yang lampau. Maka di sana juga kita lihat berlaku beberapa penyelarasan semula portfolio mengikut kesesuaian BKAN dan DPM untuk memudahkan gerak kerja selanjutnya.

Untuk akhirnya, penulis memohon maaf seandainya terpaksa diawalkan waktu tutup undian bagi portfolio-portfolio tersebut. Apapun semoga kalian berpuas hati dengan undian kalian. Hakikatnya, undian tertinggi adalah bertepatan dengan keputusan penuh saff kepimpinan Badan Pengurus PMRAM sesi 2008. Semoga komitmen kalian akan berpanjangan bersama kami kepimpinan sesi ini bukan berpandukan kepada sesiapa yang memimpin akan tetapi lihatlah kepada dasar perjuangan sesebuah persatuan.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Friday, March 21, 2008

.:: Bantuan Kalian Diperlukan! ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera penuh kemesraan buat sahabat-sahabat sekalian. Buat kesekian kalinya penulis meminta bantuan kalian untuk menentukan manakah jawatan yang sesuai untuk penulis jawati dan pada sesi 2008 selepas penulis dicalonkan sebagai calon Badan Pengurus PMRAM yang kekal. Berikut adalah antara portfolio-portfolio yang penulis senaraikan untuk undian kalian yang manakah jawatan paling cocok untuk penulis sepanjang kalian mengenali dan bersama penulis.




Apakah portfolio yang paling sesuai untuk penulis bagi sesi 2008?
Timbalan Presiden (Lajnah Dakwah)
Naib Presiden I (Lajnah Perancang dan Panitia)
Naib Presiden II (Lajnah Muhafazah)
Setiausaha Agung.
Badan Kebajikan dan Tabung Derma (Sesi 2007)
Free polls from Pollhost.com



Undian ini hanya dibuka selama 3 hari bermula hari ini dan akan berakhir hari Isnin nanti. Bantuan kalian amatlah diperlukan!!!

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

.:: Pemimpin Teragung Sepanjang Zaman ::.

بسم الله الرحمن الرحيم


Tika Sukma Berbicara

Sudah sehari berlalu sambutan Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Seandainya ingin disingkap sejarah perjalanan baginda selama 63 tahun, sememangnya tidak akan mampu untuk menyeka air mata ini dari jatuh ke pipi mengenangkan pahit jerih perjuangan Kekasih Allah dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Iktibar yang paling bermakna dan menjadi panduan kita dalam menongkah sesebuah pentadbiran negara ketika mana baginda mentadbir dengan perlembagaan Syariat Islam di Kota Madinah selama 13 tahun.

Apa yang menarik perhatian penulis tatkala mendengar sebuah ceramah Maulidur Rasul SAW semalam di Asrama Pelajar Johor di Mesir apabila penceramah membuka sebuah rahsia pengiktirafan tokoh pemikir dunia terhadap ketokohan Nabi Muhammad SAW. Ketokohan baginda dapat dilihat dengan jelas kerana kesabaran baginda dalam memperjuangkan akidah mentauhidkan Allah sebagaimana para Nabi dan Rasul sebelumnya mendapat sokongan padu seluruh masyarakat arab permulaannya.

Penyebaran akidah mentauhidkan Allah bukan sahaja diterima oleh seluruh masyarakat sahaja, bahkan turut tersebar dan diterima diseluruh penjuru dunia. Sehinggakan para tokoh pemikir meletakkan Nabi Muhammad SAW di ranking yang pertama di dalam sebuah buku bertajuk '100 Tokoh Pemimpin Berpengaruh Di Dunia'. Walaupun pada hakikatnya mereka sekadar ingin mengetengahkan ketokohan hanya dari aspek kepimpinan bukan dari segi perjuangan baginda menyebarkan dakwah Islamiyah mentauhidkan Allah.

Jaulah Akhlakiah

Pada hari ini (12 Rabiul Awal) saban tahun umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari kelahiran Junjungan Besar SAW ini dengan apa cara sekalipun. Bahkan seorang pemimpin Iran yang terkenal mengeluarkan kenyataan kepada seluruh umat Islam untuk menyambut minggu kelahiran baginda SAW pada (12 - 17 Rabiul Awal). Kenyataan beliau baru-baru ini bagi mengelakkan perpecahan umat Islam kerana terdapat puak Syiah yang mendakwa hari kelahiran baginda SAW adalah pada 17 Rabiul Awal. Maka itulah penyelesaian bagi menyatukan umat Islam supaya terus mengagungkan Junjungan Besar SAW pada hari tersebut.

Selain hanya mengingati hari kelahiran Kekasih Allah, kita seharusnya menanamkan sikap cinta dan sayangkan Rasulullah SAW dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankannya. Kalau kita lihat sepanjang kehidupan baginda SAW, para sahabat R.A merupakan golongan yang sentiasa taat, setia dan mempertahankan baginda SAW seandainya dicerca, diherdik apatah lagi disakiti oleh pihak kuffar laknatullah. Bahkan sampai ke tahap menggadaikan nyawa selain harta benda dan raga. Itulah sifat para sahabat yang perlu dicontohi dan menjadi ikutan kita supaya sanggup mempertaruhkan segalanya demi Rasulullah SAW.

Bersama kita hayati firman Allah SWT :

لقدكان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الآخر
Mafhumnya : Sesungguhnya pada Rasulullah SAW itu ada peri pekerti yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan redha Allah dan hari Akhirat.

Manakala dalam sebuah hadith sahih turut menerangkan perkara ini. sabda Rasulullah SAW :

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق...( الحديث )
Mafhumnya : Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak...

Beruntungnya Umat Nabi Muhammad SAW

Suka untuk penulis mengingatkan diri penulis dan seluruh para sahabat saudara seakidah untuk kita sama-sama memperbanyakkan selawat dan salam kepada Junjungan Besar SAW. Untuk menceritakan fadhilat amalan selawat ini sudah di ketahui umum. Cuma untuk menaikkan semangat cintakan Rasul Junjungan ini semoga dapat kita hayati sebuah mafhum hadith riwayat Tirmizi yang bermaksud : " Orang yang paling dekat denganku di akhirat kelak adalah orang yang paling banyak membaca selawat kepadaku."

Dalam riwayat yang lain juga ada menyatakan mafhumnya : Suatu ketika pernah Nabi SAW ditanya oleh seorang sahabat, " Siapakah orang yang paling bakhil ya Rasulullah? Baginda menjawab, " Orang yang bakhil adalah orang yang berat lidahnya untuk berselawat kepadaku."

Justeru itu apa lagi alasan untuk kita merasa malas untuk mencintai, mempertahankan baginda SAW dari sebarang kritikan dan tohmahan sedangkan bagindalah yang telah berhempas pulas dalam memastikan Islam tersebar di seluruh pelusuk dunia.

Contohi Rasulullah Laksanakan Tuntutan Islam

Kebanyakan pemimpin Islam diseluruh dunia mengharapkan kepimpinan di seluruh peringkat mencontohi Rasulullah SAW dalam semua sudut sebagaimana pembawakan baginda terus dari Allah untuk disampaikan kepada umat manusia. Pembawakan manifesto yang datangnya dari Allah di bawah naungan Islam yang indah sentiasa terarah dengan adil dan saksama tanpa diskriminasi. Bukan omongan kosong dan bukan janji-janji manis. Bahkan Islam yang dibawa oleh baginda juga merupakan sesuatu amanah dari Allah yang dipikul dengan sebaik-baiknya untuk diterima pakai oleh semua umat manusia dan jin.

Akan tetapi fenomena yang berlaku sekarang umat Islam lebih mementingkan habuan dunia, material dan diri sendiri. Tujuan asal mereka melaksanakan pentadbiran sesebuah negara yang diwar-warkan negara Islam akan tetapi hakikatnya mereka menjual agama dengan habuan dunia. Dalam masa yang sama seandainya kita lihat baru-baru ini, ada dikalangan mereka yang sanggup menghina Islam semata-mata mengikut emosi! Alasan yang mereka berikan penghinaan tersebut dilemparkan kepada parti Islam. Inilah yang berlaku apabila peranan ulama di hilangkan semata-mata ingin mengaut kepentingan dunia.


Kepada sahabat-sahabat, seluruh saudara seakidah sedarilah hakikat perjuangan Rasulullah SAW dan nilailah terhadap sesebuah pemerintahan adakah berlandaskan kepada tuntutan Quran Sunnah ataupun sebaliknya. Janganlah kita mencampakkan diri kita ke dalam api neraka kerana bersekongkol dengan pakatan liberal, sekular dan pelbagai ideologi. Segalanya termaktub dalam sisipan kalam Allah, kitab pelengkap kitab-kitab terdahulu dengan akidah yang satu dan hala tuju yang sama iaitu mengesakan Allah.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

Thursday, March 20, 2008

.:: Disebalik Kepayahan Di situlah Kekuatan ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Prakata

Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-75 telah berakhir tepat jam 12 malam tadi. Dengan berakhirnya muktamar tersebut maka bermulalah episod baru kepimpinan baru dalam pentadbiran PMRAM sesi 2008. Apa yang pasti, segala teka teki untuk calon Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM yang kekal telah terjawab. Penulis adalah salah seorang diantara mereka.

Sebagaimana kepimpinan yang sebelumnya, penulis dan sahabat kepimpinan lain juga mengharapkan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada seluruh ahli yang berada di Mesir terutamanya tanpa mengira pelajar kuliah, perubatan mahupun buuth. Juga seluruh sahabat-sahabat yang berada di luar sana serara umumnya. Kalianlah sumber kekuatan kepada PMRAM.

Seandainya kalian kuat, maka PMRAM akan bertambah kuat menongkah arus mendatang. Akan tetapi seandainya kalian lemah, maka kekuatan PMRAM juga akan berkurangan. Segalanya bergantung kepada sokongan dan dokongan kalian untuk bersatu mempertahankan PMRAM supaya mampu berdiri tegak dalam menyalurkan matlamat kebajikan yang menjadi agenda utama penubuhannya.

Sama-samalah kita memberikan sepenuh komitmen dengan kepimpinan yang baru terlantik untuk menguruskan bahtera pentadbiran persatuan induk teragung yang telah menjangkau ke umur 78 tahun.

Seandainya dinisbahkan kepada umur makhluk yang bergelar manusia semestinya sudah uzur dan boleh dimasukkan ke 'rumah kebajikan masyarakat' seandainya segala budi dan jasanya tidak dihayati lantas dipertahankan dari anasir-anasir luar yang berusaha untuk menghapuskannya. Itulah dia Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir atau lebih dikenali dengan PMRAM oleh seluruh masyarakat pelajar di Mesir dan seluruh masyarakat dunia.

Lumrah Perjuangan

Disepanjang menjawat jawatan Ketua Badan Kebajikan dan Tabung Derma pada sesi 2007 terlalu banyak pengalaman yang dapat ku timba untuk simpanan akan datang. Sesungguhnya pengalaman yang amat bernilai itu sukar untuk diperolehi jika hanya berpada dengan ilmu di dalam kuliah semata-mata. Ini disebabkan ilmu yang diperolehi itu sekiranya tiada 'soft skill' dalam menyampaikannya akan kelihatan kaku dan tiada tarikan. Perkara ini dapat diterjemahkan dalam kepimpinan tika berhadapan dengan masyarakat pelajar.

Aku bersyukur walaupun diri ini masih lemah dalam menterjemahkan perolehan ilmu tersebut di lapangan politik pelajar, akan tetapi sedikit sebanyak ianya mampu mengasah bakat tersebut supaya bertambah tajam. Dalam masa yang sama, memerlukan pengorbanan yang amat tinggi apabila berhadapan dengan pertambahan satu bebanan tanggungjawab selain sekadar menuntut ilmu iaitu tanggungjawab pemimpin. Bijak dalam mentadbir masa pada waktu ini amat berguna dalam membahagikan masa diantara keduanya supaya diskriminasi tidak akan berlaku.

Mungkin perkara ini dilihat enteng dan biasa memandangkan ramai yang pernah memegang kepimpinan di peringkat sekolah. Akan tetapi hakikatnya perbezaan yang amat ketara antara kedua-dua kepimpinan tersebut. Kepimpinan di peringkat sekolah lebih kepada membantu melicinkan pengawalan guru-guru terhadap masyarakat pelajar. Manakala kepimpinan di peringkat universiti terutamanya di Mesir ini lebih kepada mentadbir dan memimpin masyarakat pelajar yang teramai berbanding masyarakat pelajar di institut pengajian luar negara yang lain dalam semua sudut.

Maka, pengalaman yang tinggi harganya ini amat diperlukan untuk diaplikasikan terhadap masyarakat di Malaysia kelak yang memerlukan sebuah kepimpinan yang bukan sahaja mampu memimpin mereka, bahkan mampu membawa mereka ke jalan yang sebenarnya mengikut lunas-lunas ISLAM.

Disebalik Kepayahan Di situlah kekuatan

Menurut pengamatan penulis sepanjang berada di dalam kepimpinan semenjak di peringkat sekolah rendah dan menengah sehinggalah di peringkat universiti, seorang pemimpin tidak akan lari dari tribulasi. Seorang pemimpin mukmin yang memperjuangkan dan mempertahankan sebuah persatuan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah seringkali dihujani dengan pelbagai ujian yang tidak dapat dijangka. Ianya berdasarkan pengalaman peribadi dan beberapa pimpinan yang bersama-sama penulis selama berada dalam kepimpinan.

Melalui pengalaman seorang pemimpin belajar mengawal emosi dan suasana. Pengalaman banyak mengajar mengenal erti susah dan senang bersama. Didalam menongkah arus sebuah kepimpinan lebih-lebih lagi sebuah persatuan yang sentiasa diganggu oleh musuh-musuh yang tidak sukakan sebuah persatuan yang melaksanakn tuntutan ISLAM. Dalam masa yang sama mereka tidak akan terlepas dari dugaan yang maha hebat sebagaimana yang dilalui para Nabi dan Rasul Utusan Allah.

Sama-sama kita hayati sorotan dari firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 156 :

ولنبلونكم من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين
.
Mafhumnya : Dan akan kami uji kamu dengan ketakutan, kelaparan dan pengurangan(kehilangan) daripada harta benda, jiwa-jiwa(orang-orang tersayang) dan hasil mahsul. Dan berbahaggialah orang-orang yang sabar
Inilah sebuah impian yang diharapkan mampu diperolehi kelak di akhirat di syurga ALLAH yang mahal harganya. Semoga tujuan yang paling utama dalam memegang kepimpinan ini tidak akan terpesong semata-mata untuk memartabatkan agama ALLAH di persada dunia. Supaya seluruh manusia akan kembali kepada tujuan asal penciptaan mereka dengan menjadikan ALLAH sebagai hadaf utama segala tindakan. Semoga dipimpin ALLAH dalam memandu sebuah persatuan yang memenuhi tuntutan ISLAM yang suci ini.

Insan Teragung Sumber Rujukan

Dalam melayar sebuah bahtera persatuan yang dipenuhi dengan ombak dan badai, nakhoda dan anak kapal yang mengawal tidak seharusnya mengabaikan setiap pesanan dan nasihat kapten yang telah melalui semua itu. Demikian juga seorang kepimpinan seharusnya menjadikan kronologi perjuangan insan teragung, Nabi Muhammad SAW sebagai sumber rujukan dalam memastikan perjalanan menegakkan ISLAM dan syariat tidak tersasar dari landasannya.

Perjuangan Rasulullah dengan komitmen yang tertinggi oleh para sahabat baginda yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk ISLAM. Bahkan sanggup menggadaikan nyawa demi untuk mempertahankannya. Dalam masa yang sama, seandainya kita hayati disepanjang bersama Rasulullah SAW, mereka sanggup melakukan apa sahaja tidak rela menlihat Kekasih ALLAH disakiti, dihina dan diperlekehkan oleh musuh-musuh ISLAM. Kejadian yang menyentuh hati ini sehingga menyebabkan Abu Sufiyan memeluk ISLAM .

Itulah sikap dan tauladan yang ditunjukkan oleh para sahabat dalam mempertahankan Rasulullah SAW dari terus diperlekehkan dan diinjak-injak oleh kuffar laknatullah. Bagaimana pula tindakan kita apabila Rasulullah SAW diperlekehkan pada hari ini?

Di hari kelahiran Baginda SAW menyaksikan negara Denmark yang pernah menyiarkan
karikatur Rasulullah SAW melakukan perkara yang sama! Apakah tindakan kita? Adakah hanya melihat dan berdoa semata-mata?

Maruah 'Insan Teragung' dicemari dengan penuh kehinaan adakah kita hanya sekadar memprotes dalam masa yang sama kita tidak melakukan apa-apa bantahan terhadap tindakan yang kurang ajar dan melampaui batas itu?

Mengapa kita masih tidak mampu untuk mendidik diri kita untuk mempertahankan Junjungan Besar SAW dengan seagresif dan seradikal mungkin? Mengapa kita terus menggunakan, membeli dan memperdagangkan barangan yang sewajibnya di'BOIKOT' habis-habisan? Fikir-fikirkanlah saudara-saudaraku sekalian.


Bersamalah kita bangkit dan mempertahankan maruah Rasulullah SAW dari terus dicemari, diperlekehkan dan dipandang hina oleh kuffar laknatullah dengan sepenuh tenaga, jiwa dan raga. Semoga usaha yang kita lakukan itu tidak hanya berhenti setakat ini sahaja dan mendapat ganjaran yang setimpal dengan syafaat Baginda berkat dari pengorbanan yang kita lakukan.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

Wednesday, March 19, 2008

.:: Informasi Terkini MSP Ke-75 ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam kesibukan adhoc-adhoc pelaksana untuk MSP ke-75 dan MHP ke-21 ini, penulis selaku pengarah masih diberikan peluang untuk mencoret informasi terkini mengenai perjalanan gerak kerja untuk Muktamar Sanawi yang bakal berlangsung pada hari esok. Pada waktu ini pula sedang berlangsung acara kemuncak bagi Muktamar Sanawi HEWI PMRAM ke-21 yang akan berakhir bila-bila masa.

Justeru itu, penulis mengajak dan menjemput para sahabat sidang pembaca yang setia mengikuti sebarang berita mengenai Perekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai persatuan induk di Perlembahan Nil ini.

  • Kepada para sahabat LUAR MESIR terutamanya bagi yang ingin mengetahui perjalanan Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-75 ini, bolehlah melayari ke laman web rasmi PMRAM kerana buat julung-julung kalinya kemuncak program mega tahunan ini dipancarkan secara 'live'. Ianya juga sebagai alternatif penyalur maklumat kepada para sahabat yang tidak dapat menghadiri mukmatar ini samada sebagai perwakilan mahupun pemerhati.
  • Muktamar Sanawi PMRAM ke-75 ini akan berlangsung esok hari Rabu bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam waktu tempatan ( 2.00 petang hingga 4.00 pagi waktu Malaysia )
  • Kepada sahabat-sahabat ahli yang berkesempatan bolehlah terus menghadirkan diri anda di NADI RIADHI MADINAT NASR, HAIYU 6 BERSEBELAHAN UNIVERSITI AL-AZHAR bagi memeriahkan muktamar sanawi yang gilang gemilang ini.
  • Untuk makluman semua perwakilan umumnya dan pemerhati khususnya, kalian tidak perlu merasa kelaparan bagi yang berhasrat untuk duduk menyaksikannya dari awal majlis perasmian hinggalah ke akhir muktamar sekitar jam 10 mlm. Ini kerana pihak Bendahari MSP kali ini ada menjual pelbagai makanan berat mahupun ringan untuk keselesaan seluruh yang hadir.
  • Manakala bagi PARA SISWI yang berhasrat untuk menghadiri muktamar ini sehingga ke akhir majlis juga tidak perlu risau kerana kalian semua akan disediakan pengangkutan dan musyrif mengikut zon yang akan ditetapkan.
  • Bagi mereka yang bakal menyaksikannya secara langsung di Nadi Riadhi tersebut, kalian jangan lupa membawa WANG LEBIH kerana selain makanan yang pelbagai, terdapat pelbagai produk terbaru keluaran PMRAM juga cetakan semula yang akan dijual di sana. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
  • Sebarang cadangan dan komentar mengenai MSP kali ini bolehlah kalian terus salurkan ke emel penulis selaku pengarah di elhakim_elegant@yahoo.com atau ke emel rasmi PMRAM di pmram30@yahoo.com. Segala cadangan dan buah fikiran yang membina amatlah kami harapkan untuk diperbaiki untuk tahun hadapan.
Sekian untuk makluman semua sahabat sidang pembaca sekalian.

' JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH ' ( Tema PMRAM sesi 2008 )

' JULANG IZZAH TEGUH WAHDAH ' ( Tema HEWI PMRAM sesi 2008 )

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

Tuesday, March 18, 2008

.:: Perhatian Kepada Semua!!! ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedar tak sedar esok sudahpun bermula Muktamar Sanawi HEWI PMRAM ke-21 seterusnya diikuti Muktamar Sanawi PMRAM ke-75 pada hari Rabu, 19 Mac 2008. Tidak disangka-sangka walaupun pada peringkat awalnya penulis merasakan seolah-olah tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengarah MSP75 dan MHP21 ini. Dalam masa yang sama penulis juga merupakan Badan Pengurus (dikenali sebagai MPP di IPT tempatan) yang bakal berhadapan dengan mesyuarat agung tahunan bagi sesi pentadbiran 2007 ini. Ala kulli hal semua yang berlaku merupakan ketetapannya sebagaimana dalam firmanNya :

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Tidak akan ditaklifkan (amanah dan tanggungjawab) oleh ALLAH seseorang itu kecuali berdasarkan kemampuannya
Untuk makluman semua sidang pembaca, Muktamar Sanawi PMRAM ke-75 kali ini akan diadakan secara langsung melalui laman web rasmi PMRAM untuk tatapan sahabat-sahabat di luar negara yang sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti PMRAM. Mesyuarat yang tersebut akan dijalankan bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam (waktu Mesir) untuk memuhasabahkan setiap aktiviti dan program yang telah dijalankan. Acara tahunan ini saban tahun diadakan bagi memuhasabah setiap perjalanan PMRAM selama setahun untuk pengurusan yang lebih sistematik dan sistemik bagi kepimpinan sesi 2008.

Tapi sememangnya bagi mereka yang telah berada di perlembahan Nil ini, tidak sepatutnya kalian pun hanya duduk mengadap komputer menyaksikan muhasabah ini secara live yang mana bertujuan untuk memberikan maklumat ini kepada sahabat-sahabat yang berada di luar Mesir. Ala kulli hal bagi mereka yang keuzuran untuk hadir sememangnya ini merupakan satu rukhsah buat kalian. Semoga segala maklumat dan muhasabah sampai kepada semua ahli PMRAM walau di mana kalian berada.

Muhasabah sesebuah organisasi pelajar merupakan satu agenda yang teramat penting untuk memberikan impak yang terbaik kepada dalam menjalankan pentadbiran sesi 2008 dengan lebih baik. Sememangnya tanggungjawab tersebut sesuatu yang amat berat sekiranya dipandang oleh mereka yang berada di kerusi kepimpinan yang penuh dengan liku. Manakala mereka yang tidak berada di kerusi kepimpinan terutamanya PMRAM yang dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.

Tohmahan yang dilontarkan sememangnya benar akan tetapi mereka tidak melihat kepada hakikat tohmahan tersebut. Sebagai contoh mereka mengatakan mengapa mereka yang berada di kepimpinan tertinggi PMRAM, BKAN dan DPM tidak cemerlang dalam akademik dan thaqafah mereka? Mengapa pihak SPR tidak memberikan peluang kepimpinan ini kepada mereka yang cemerlang dalam akademik dan thaqafah?

Jawapan yang cukup simple untuk memuaskan semua pihak lebih-lebih lagi mereka yang sentiasa menyimpan dendam dan iri hati terhadap sokongan PMRAM yang amat tinggi di kalangan pelajar-pelajar Malaysia khususnya juga sahabat-sahabat Asia umumnya. Iaitu mereka yang terpilih menjadi kepimpinan di semua peringkat terutamanya PMRAM merupakan dikalangan mereka yang bukanlah dari kalangan pelajar yang cerdik, bijak dan muthaqqaf. Sedangkan mereka yang sememangnya layak duduk senang-lenang menghambur keburukan dan tohmahan yang melampau untuk menjauhkan ahli terutamanya 'adik-adik baru' dari berpersatuan.

Namun begitu kenyataan yang tidak dapat mereka tepis adalah walau sejauh manapun mereka berusaha untuk menjauhkan ahli dari berpersatuan seterusnya menghasut mereka untuk menyertai 'persatuan' mereka pula. Selebihnya perkara itu sebenarnya terserah kepada seluruh mahasiswa/mahasiswi yang akan semakin matang dalam menimbang setiap maklumat yang diterima seterusnya ditapis untuk dianalisis dan disimpulkan untuk dihakimi.


Berbalik kepada agenda utama yang menumpukan kepada acara gilang gemilang yang bakal diadakan secara mega meliputi seluruh dunia yang bakal menyaksikannya. Kepada sahabat-sahabat perwakilan diminta semoga kalian memberikan komitmen yang terbaik dan melontarkan muhasabah serta cadangan yang membina untuk keberkesanan pentadbiran sesi 2008. Apa yang perlu kalian lakukan ialah membuktikan kepada dunia bahawa mahasiswa/mahasiswi Al-Azhar merupakan USPRO (ustaz-profesional) yang bakal membawa agenda perubahan kepada tanah air dan dunia supaya kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar!

Segala cadangan dan komentar kalian amatlah diharapkan supaya terus disalurkan untuk pembaikan dari semasa ke semasa. Bertujuan menaikkan darjat ilmuan ISLAM terbela dan dipandang mulia dengan amnah ilmu ALLAH yang terpundak untuk disampaikan kepada masyarakat kelak dengan apa jua saluran sekalipun. Sesungguhnya tanpa bantuan dan komitmen dari kalian semua PMRAM tidak akan ampuh dan tegak berdiri memberikan sumbangan kebajikan yang berterusan untuk kemaslahatan bersama tanpa mengira fikrah dan suasana.

Doakan semoga perjalanan muktamar yang bakal berlangsung berjalan dengan lancar dan mendapat pimpinan ALLAH. Selamat bermuktamar kepada semua yang terlibat sebagai perwakilan mahupun pemerhati. Tunjukkan keterampilan yang kemas dan terbaik sebab bakal menjadi tontonan dunia!

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

Monday, March 17, 2008

.:: Tatkala Sukma Berbicara ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Allahu Akbar. Itulah kalimah agung memuji Allah yang mampu ku pahatkan dalam setiap hela nafas sebagai tanda syukur atas nikmat yang diberikan. Setelah penat seharian berulang alik Kaherah - Iskandariah menemani sahabat seperjuangan merasmikan Majlis Muhasabah Tahunan UMI bagi sesi 2007/2008. Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) yang ditubuhkan pada tahun 2000 adalah bertujuan untuk menyatukan fikrah, tenaga dan raga disamping untuk menjaga hal ehwal kebajikan unit yang ahlinya terdiri di kalangan orang yang berkahwin. Ala kulli hal ianya merupakan sesuatu yang menyeronokkan disamping dapat menimba pengalaman dengan bergaul bersama mereka.

Apa tidaknya, untuk menjadikan diri sama tinggi dengan mereka masih belum bersedia. Bukan belum bersedia, akan tetapi masih belum sampai masanya. Menurut rangka dan perancangannya insyaallah pada akhir tahun 2009 setelah penulis tamat pengajian di peringkat ijazah sebelum bercadang untuk menyambung ijazah lanjutan. Semoga perancangan penulis bertepatan dengan perancangan Allah yang Maha Mengetahui dan Mentadbir tiap-tiap sesuatu. Disepanjang perjalanan pulang sempat juga enigmaku bergolak menitip doa semoga dikau tenang di sana.

Buat ibunda dan ayahanda di 'sana', anakanda sentiasa menitipkan doa semoga kalian sentiasa diampunkan segala dosa dan dihimpunkan dikalangan mereka-mereka yang diredhaiNya.

Sebenarnya tercetusnya perihal ini kerana ketika perjalanan pulang tersebut kelika di dalam 'tramco' terdapat sepasang suami isteri yang memadu asmara dihadapanku membuatkan diri ini terbayangkan bilakah akan tiba saat yang manis itu. Sedang berkhayal jauh, langsung ku buang jauh perasaan itu. Yang pastinya waktu itu akan tiba jua akhirnya dengan keizinanNya. Disamping doa dan usaha yang berterusan tanpa putus asa yang diakhiri dengan tawakal.

Sedang jauh minda ini mengelamun, sedar tidak sedar berbaki tidak lebih lagi 48 jam akan bermulanya sebuah program mega yang bakal meletakkan diri penulis dan sahabat pimpinan yang lain untuk di muhasabahkan. Bersediakah diri ini untuk menghadapi lontaran soalan-soalan yang bakal menerpa ke atas setiap aktiviti yang telah dijalankan sepanjang setahun yang lepas. Pokoknya segala yang tercatit merupakan perkara yang telah dilaksanakan dan dilakukan setakat yang termampu.

Cuma sedar atau tidak mengenai perkara itu terletak pada ahli yang memerhatikan tindakan yang dilakukan oleh persatuan induk pelajar Melayu dan yang dinaunginya terhadap keberkesanannya. Dan yang lebih utama setakat mana komitmen dan ambil beratnya ahli terhadap setiap pelaksanaan program anjuran PMRAM itu.

Semoga segala gerak kerja yang dilakukan oleh sahabat-sahabat adhoc pelaksana Muktamar Sanawi PMRAM Ke-75 dan HEWI PMRAM Ke-21 sentiasa dikurniakan Allah kekuatan untuk menjalankan setiap gerak kerja yang dirancang. Hanya Allah jua yang akan membalas segala keikhlasan curahan tenaga, material dan idea kalian. Penulis selaku pengarah MSP/MHP kali ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian kalian menghulurkan bantuan tersebut.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

Thursday, March 13, 2008

.:: Waktu Itu Semakin Hampir :;.

بسم الله الرحمن الرحيم


Segala puji bagi ALLAH yang memberikan ruang yang sedikit ini untuk diri ini meluangkan sedikit masa kepada sahabat-sahabat yang dirindui sekalian. Hampir 2 minggu jari jemari dan minda ini dikekang dengan pelbagai situasi yang agak tenat dengan lambakan kerja dan sebagainya. Dalam masa yang sama PRU ke-12 baru sahaja berlalu hampir 2 minggu. Apapun keputusan bagi PRU pada kali ini cukup memeranjatkan semua pihak dan di luar jangkaan. Namun begitu bagi mereka yang mencintai keadilan dan kebenaran sudah pasti merasakan kgembiraan yang teramat sangat dengan keputusan tersebut.

Biarkan ianya berlalu dan semoga 4 kerajaan negeri yang bertukar tangan dalam masa 4-5 tahun ini akan memberikan perubahan yang cukup mengembirakan rakyat yang telah pun memilih mereka sebagai kerajaan naungan mereka. Pemilihan secara drastik sehingga menjatuhkan 'air muka' sebuah komponen kerajaan yang telah bertapak selama 50 tahun di tanah air. Walaupun pelbagai alasan yang dicipta bukan sahaja di Malaysia oleh kerajaan pemerintah yang menang majoriti mudah, di bumi Mesir juga tidak terlepas dari pejuang-pejuang parti kerajaan tersebut walaupun kemenangan telahpun jelas terbentang.

Hidayah ALLAH hakikatnya telah jelas terpampang di hadapan mata. Akan tetapi keinginan untuk menerima ISLAM yang sebenarnya tidak diterima secara bulat kerana kehendak hati untuk memperjuangkan hak Melayu baginya lebih utama. Jelas-jelas telahpun menyeleweng dari landasan ilmu perundangan ISLAM yang diceburinya. Bahkan di tahap lanjutan ijazah pada ketika ini pun dia masih tidak mampu membezakan yang hak dan batil. Kasihan apabila mengenangkan saudaraku yang masih lagi belum jelas tuntutan ilmu yang dimilikinya selama ini.


Apa yang pasti bersama kita menyokong setiap tindakan dan anjakan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan yang baru tertubuh selagi mana berada di atas landasan syariat. Insyaallah selagi mana mereka mengutamakan tuntutan 'ISLAM sebagai penyelesaian' dalam perundangan dan pentadbiran kerajaan walaupun dianggotai oleh kerajaan campuran. Semoga akan sentiasa mendapat limpahan rahmat petunjuk ALLAH dalam memandu sebuah pentadbiran dengan penuh adil dan saksama bersih dari penipuan, rasuah, diskriminasi dan kronisme. Lantas melaksanakan manifesto yang diwar-warkan sebelum ini sedikit demi sedikit.

Sebelum minda ini terus mencurahkan bilah-bilah kalimah, sebelum kalian yang membaca artikel ini membuat andaian dan persepsi yang menyimpang dari tujuan asalnya. Ingin panulis mengingatkan bahawa setiap rantaian ayat yang terluah merupakan pandangan dan pendapat penulis secara peribadi berdasarkan panduan landasan ilmu yang dipelajari. Tiada sama sekali bersangkut paut dan berkait dengan mana-mana persatuan pelajar yang penulis ceburi walaupun sebenarnya hakikat ISLAM itu menyeluruh kepada semua aspek kehidupan. Kerana dek kewujudan perundangan dan akta yang dicipta manusia menghalang ilmu ALLAH itu diterjemahkan ke dalam kehidupan semasa.

Rasanya apa yang disampaikan telah menyimpang nun jauh. Keletihan pada kali ini sememangnya dirasakan tatkala semakin menghampiri ke 'Muhasabah Tahunan PMRAM' terhadap segala program yang telah dan sedang dilaksanakan di sepanjang pengetahuan ahli. Selaku pengarah dalam meryuarat agung tahunan kali ini terasa betepa beratnya memikul tanggungjawab yang ditaklifkan. Namun begitu segalanya adalah ketentuan ALLAH berdasarkan kemampuan hamba-hambaNya. Aku yakin dan redha atas setiap ketentuanMu itu ya Ilahi. Dengan setiap amanah yang diberikan itu mengajar erti tanggungjawab, jujur, menepati waktu, dan mampu menyelesaikan masalah yang tiba.

Apapun semoga perancangan yang dirangka dapat diabadikan dengan sebaik-baiknya tatkala berlangsungnya program mega tahunan teragung bagi persekutuan induk yang sudah 7 dasawarsa bertapak di perlembahan Nil ini. Bertujuan mencurahkan sedaya yang mampu sebarang kebajikan kepada anak-anak Melayu di Mesir, juga persatuan-persatuan Asia yang bernaung di bawahnya juga kepada masyarakat arab yang memerlukan sebarang bantuan daripada PMRAM selaku NGO bagi Republik Arab Mesir. Itulah hakikat yang perli diketahui umum mengenai 'persatuan veteren' yang ditubuhkan semenjak 1930 lagi.


Bantuan idea, tenaga dan material dari kalian semua amatlah diharapkan dalam meneruskan matlamat mencurahkan kebajikan yang berterusan dari segala sudut mencapai sasaran yang cemerlang. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bahkan ianya merupakan tuntutan ISLAM kepada umatnya supaya bantu membantu ke arah kebajikan dan ketakwaan sebaliknya menghindari bantu membantu ke arah kemungkaran dan dan permusuhan. Konsep inilah yang ingin diterapkan ke dalam setiap diri penuntut ilmu ALLAH agar kelak tidak hanya mementingkan diri semata-mata.

Justeru itu, dalam riwayat Hadis juga ada menyebutkan bahawa mereka yang membantu saudaranya yang berada didalam kesusahan adalah amalan yang mulia dan ianya merupakan sifat muslim yang sebenar-benarnya.

Untuk akhirnya apa yang perlu difikirkan adalah bagaimana untuk memajukan pemikiran umat ISLAM yang semakin sempit dengan pemikiran materialistik lantas menyemai pemikiran rabbani yang mengikut acuan A-Quran dan Sunnah demi memartabatkan seruan ISLAM yang sebenar.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa

Saturday, March 08, 2008

.:: Ini Dah Melampau!!! ::.

بسم الله الرحمن الرحيم


Hati siapa yang tidak berang apabila ISLAM yang kita sayangi dan pertahani ini diinjak-injak dan dihina sebegitu melampau. Seandainya dari pihak kuffar memang rasa di hati ini bagaikan nak rejam dan bunuh terus. Akan tetapi yang menjadikan aku dan beberapa sahabat yang membaca keratan akhbar tersebut semalam, 6 Mac 2008 apabila parti komponen kerajaan mengeluarkan kenyataan "PERGI JAHANAM DENGAN ISLAM, HIDUP MELAYU!!!". Kenyataan tersebut tidak diwar-warkan di dada-dada akhbar arus perdana yang dilihat lebih menyokong dan menyebelahi kerajaan. Keratan akhbar tersebut boleh didapati di Tranungkite dan Harakah Daily bertarikh 6 Mac 2008.


Bagi sesiapa yang mempunyai sensitiviti keimanan yang kental dan utuh kepada ALLAH dan RasulNya serta Hari Akhirat tidak boleh tidak merasa marah terhadap tindakan yang melampaui batasan. Mereka semamangnya merasa marah terhadap parti pembangkang yang dirasakan semakin berpengaruh dan mendapat sokongan rakyat. Kalau dilihat mereka dengan sewenang-wenangnya menghamburkan fitnah yang berasas untuk membangkitkan kebencian rakyat kepada parti-parti lain dan mengekalkan majoriti 2/3 kerusi kepada mereka. Namun tidak sepatutnya dilemparkan kemarahan tersebut terhadap agama yang bakal membangkitkan sensitiviti perkauman dan keagamaan!!!



Sememangya kita lihat demokrasi yang diwar-warkan oleh kerajaan tika ini seolah-olah sekadar mainan di mulut sahaja, tidak pada realitinya. Ini kerana demokrasi yang sebenarnya ialah memberikan ruang untuk bersuara kepada semua pihak tanpa menyekat hak tersebut. Akan tetapi hak tersebut dinafikan dan disekat dengan pelbagai cara bagi memastikan mereka terus mendapat mandat memerintah. Bagi mereka yang cerdik akalnya tentu dapat melihat suasana berat sebelah yang melanda Malaysia dari media massa, elektronik, sehinggakan Suruhanjaya Pilihanraya sendiri mendatangkan keraguan untuk memenangkan kerajaan yang sedia ada dengan helah dan penipuan yang tidak diketahui.

Seandainya diikutkan naluri hati yang waras ini, memang malas untuk melayan penyebaran fitnah yang dilontarkan. Akan tetapi apabila melihat fitnah yang dilemparkan melampaui batasan seorang muslim sehingga menghina dan mencerca ISLAM dengan kenyataan yang boleh membawa kepada KUFUR kerana menghina ISLAM. Mereka merasa marah terhadap pihak lawan tidak sepatutnya melepaskan kemarahan atas kegagalan mereka terhadap ISLAM sebuah agama anutan mereka dan majoriti rakyat Malaysia. Bagi rakyat Malaysia yang beragama ISLAM sekiranya tiada sensitiviti terhadap perkara ini maka nantikanlah azab di sisi ALLAH di akhirat kelak!!!

Esok, Sabtu 8 Mac 2008 merupakan tarikh mengundi yang bakal menentukan peneraju pimpinan di 5 tahun yang mendatang. Adakah mereka bakal mengekalkan kerajaan yang sedia ada untuk meneraju negara dengan kemajuan dan pembangunan yang terus maju kehadapan dalam masa yang sama mengasingkan peranan agama. Ataupun mereka akan menukarnya dengan pucuk pimpinan yang lebih mementingkan peranan agama dalam institusi kehidupan dalam negara, kehidupan dan seluruh aspek seiring dengan kemajuan dan pembangunan. Seandainya aku berada dalam suasana politik tanah air sememangnya aku akan mempertahankan gahnya sebuah agama yang tinggi di sisi ALLAH.

Tidak terlintas di hati ini untuk mencampakkan diri ke dalam arena politik. Akan tetapi penceburan diri ini bukanlah menunjukkan peribadi sesebuah persatuan yang penulis ceburi akan tetapi ianya merupakan hak peribadi seseorang. Bahkan sebenarnya politik ini bukanlah sesuatu yang terpisah dari agama. Bahkan ianya merupakan sebahagian dari agama yang dituntut untuk dilaksanakan menurut acuan dan landasan ISLAM sesuai dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W. berpolitik ketika membentuk kerajaan ISLAM di Madinah ketika itu.


Seandainya sesuatu perkara itu menyentuh soal maruah agama, sememangnya penulis akan bangkit untuk mempertahankan dengan apa cara sekalipun hatta menggadai harta dan nyawa. Kerana itulah tuntutan ISLAM yang sebenar kepada para penganutnya supaya bangun mempertahankan ISLAM dari dicerobohi oleh musuh-musuh ISLAM yang sentiasa hasad terhadap kesucian agama ini.

Walau apapun yang terjadi semoga sensitiviti terhadap agama yang kita sayangi perlu dipasakkan dengan kukuh di dada. Sensitiviti yang terpasak sehingga berupaya mempertaruhkan jiwa, harta dan raga semata-mata untuk mempertahankannya dari dihina, dinjak-injak dan dicerca dengan sewenang-wenangnya. Jadilah penolong kepada agama ALLAH dan janganlah menjadi musuh kerana sekiranya memusuhi ISLAM bermakna memusuhi ALLAH! Kepada seluruh sahabat dan saudara-saudaraku di Tanah Air selamat mengundi dan pastikan kalian semua berdoa, bermunajat semoga pilihan yang dibuat merupakan pilihan yang tepat untuk mempertahankan ISLAM.

Semoga ALLAH membantu ISLAM di Malaysia dan mengurniakan kemenangan kepada ISLAM setelah dipermainkan sekian lama berkat usaha pejuang-pejuang agama ALLAH yang ikhlas di Malaysia. Kepada seluruh sahabat dan saudaraku di luar negara bersamalah kita berdoa dan bermunajat semoga yang terbaik yang bakal menerajui negara kita melalui undian rakyat. Semoga doa dan munajat kita semua di kejauhan mampu membantu walaupun sedikit kepada memarabatkan ISLAM di Tanah Air tercinta.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,

ZuLmArWa