Video Klip Pilihan

Saturday, June 28, 2008

|| Cubaan Kristianisasi,Orientalis ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Cubaan kristianisasi dan orientalis tidak mengira masa, tempat dan dalam apa jua keadaan. Ini baru pengalaman seorang penulis yang jelas-jelas mengaji di dalam bidang perbandingan agama. Akan tetapi bagaimanakah keadaannya saudara kita di luar sana yang cetek, dan hauskan pemantapan akidah dari golongan-golongan agamawan. Sebaliknya yang datang menemui mereka adalah pendakyah kristianisasi dan orientalis yang menantikan peluang keemasan ini. Ikuti ulasan lanjut pengalaman penulis ini sebagai panduan kita bersama. (gambar sekadar hiasan)


Keletihan pulangnya dari Shoubra amat memenatkan ditambahi dengan cuaca panas yang begitu merimaskan. Badan yang melengas dengan basahan peluh membuatkan hilang keselesaan untuk melakukan sebarang aktiviti lain. Akan tetapi apa nak di kata, itulah lumrah kehidupan yang perlu dilalui di bumi Mesir ini. Apabila tibanya musim sejuk, maka akan terasa kesejukan yang teramat sangat. Begitu jugalah apabila tibanya musim panas tidak terkata. Suhu yang hampir mencecah 45 darjah membantutkan pelbagai aktiviti andai tiada semangat yang kental.

Masih segar dalam ingatan penulis sepulangnya dari jemputan walimah urus seorang sahabat di Shoubra ke tempat tinggal penulis di Hostel Pelajar-pelajar Johor di Hayyu Thamin. Pasangan saudara Lokmanul Hakim dan saudari Fatimah Azzahra. (Semoga dirahmati Allah, mendapat lindunganNya dan berbahagia hingga ke akhir hayat sehingga ke syurga. Amin) Sebuah peristiwa yang begitu tidak dijangka berlaku terhadap diri penulis. Cubaan kristianisasi yang dimaksudkan adalah ajakan untuk mengikuti jalan kesesatan yang telah mereka lakukan terhadap agama Allah yang suci yang dibawa oleh Nabi Isa AS.

Seorang pakcik beragama Masihi (Kristian) memulakan perbualannya terhadapku dengan penerangan dan penjelasan yang amat licik dan halus selepas memberitahu bahawa dia beragama Masihi. Bagaikan tidak mengerti apa-apa, penulis hanya mendengar dan memerhatikan setiap bilah kalimat yang keluar dari bibirnya. Pakcik tersebut tahu bahawa penulis mengaji di Al-Azhar akan tetapi beliau tetap terus bercerita tentang kelebihan agamanya yang didakwanya merupakan agama yang benar dengan penyaliban Isa AS untuk mengampunkan dosa sekalian umat manusia.

Pakcik tersebut juga menjelaskan bahawa Isa (AS) merupakan roh Allah (Jibril AS) dan kalimah Allah yang bersatu di dalam jasad Isa (AS) menjadikan Isa (AS) sebagai Tuhan. Itulah katanya di dalam dialek arab Mesir tanpa sempat untukku membalas dan membidas setiap fakta yang salah itu. Sememangnya satu cabaran untukku dalam menghadapi golongan-golongan seperti ini yang sentiasa cuba untuk menghasut, mempengaruhi dan mendekati muda mudi Islam supaya beriman kepada agama yang retorik itu.

Penulis bersyukur kerana diberikan kelebihan oleh Allah duduk mengaji di dalam bidang yang membandingkan antara agama Islam dan selainnya. Berkaitan dengan asal usul agama Islam untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat Islam di tanah air khususnya dan dunia umumnya berkaitan agama yang benar di sisi Allah. Islam adalah agama yang tertinggi dan tiada agama yang lebih tinggi darinya. Perkara ini cukup jelas akan tetapi tidak semua dikalangan umat Islam itu mendalami ilmu ini. Masing-masing dengan bidang tertentu demi untuk membantu meningkatkan keizzahan Islam bersatu di bawah satu bumbung tanpa perpecahan.

Lantas mindaku berputar-putar dan berfikir bagaimanakah sekiranya saudara-saudara seakidah yang lain berada ditempatku. Dalam keadaan mereka tidak mengetahui secara mendalam berkaitan dengan perihal perbandingan agama ini? Semoga kita semua sentiasa berada di dalam peliharaan Allah SWT demi memastikan keteguhan iman kepada Allah yang satu di bawah naungan Islam tidak goyah dengan cubaan anasir kritianisasi dan orientalis yang sememangnya ingin menghancurkan Islam dan umatnya.

Kata Muthaqqaf:Kepada adik Farid dan adik Alif Tibb Mansurah, terima kasih kerana sudi menggunakan khidmat abang sebagai musyrif seharian ke safarah, Bazar Halili Husain, dan juga makan tengah hari di Arau Cafe (Rafis jangan lupa belanja aku lain kali... hik3) sehingga abang terlupa ada jemputan ke Shoubra. Apapun seronok menemani kalian seharian sebelum kalian berangkat pulang ke Malaysia dan abang juga nanti. Mungkin ada hikmahnya segala kronologi yang berlaku hari tersebut sebagai peringatan kepada abang. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

|| Kebajikan Mahasiswa Wadah Utama PMRAM ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) semakin matang melalui liku-liku perjuangan dalam memberikan kebajikan kepada anak-anak Melayu di Ardul Kinanah. Sumbangannya kepada anak-anak Melayu tidak dapat dinafikan lagi bukan sahaja untuk anak-anak Malaysia bahkan turut menaungi anak-anak Melayu Asia Tenggara yang menuntut ilmu di sekitar bumi Mesir ini. Kebajikan yang dihulurkan tidak terbatas kepada ahli terutamanya akan tetapi skop yang luas meliputi anak-anak Melayu yang memerlukan sebarang bantuan.

Dewasa ini, anak-anak Malaysia yang melanjutkan pengajian ke Mesir dilihat pasti akan dihidangkan dengan kenyataan tidak berasas ingin menanam perasaan benci mereka terhadap PMRAM. Acapkali mereka menyatakan PMRAM merupakan sebuah pertubuhan berunsurkan politik yang menentang kerajaan apabila pulang ke Malaysia. Namun segala tohmahan tersebut seandainya benar, sama sekali akan menyebabkan PMRAM akan diharamkan serta merta atas keterlibatan dalam arena politik seperti yang digembar-gemburkan.

Pengharaman tersebut berlaku atas dasar penubuhan asal PMRAM merujuk kepada ‘Undang-undang Tubuh PMRAM’ yang menekankan soal kebajikan semata-mata tanpa sangkut paut dengan sebarang unsur kepolitikan. Seandainya kita melihat segala aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh PMRAM tidak pernah sama sekali menyentuh sebarang unsur politik samada tempatan mahupun politik Tanah Air. Bahkan lebih banyak memberikan manfaat tambahan yang sukar untuk diperolehi di dalam dewan kuliah semata-mata sebagaimana saranan kerajaan untuk melahirkan ulama yang professional.

Sungguhpun terdapat pelbagai spekulasi yang menghujum dan menghentam PMRAM sebagai sebuah persatuan menjurus kepada politik. Akan tetapi segalanya itu tidak mematahkan perjuangan PMRAM untuk terus menyalurkan kebajikan dalam apa jua aspek dalam membentuk jatidiri azhariyah yang lebih berwibawa dan berketerampilan dari sudut ilmu, thaqafah dan nilai tambah yang lain. Bahkan semuanya itu menjadi pembakar semangat kepada PMRAM untuk terus memperjuangkan kebajikan yang menjadi nadi utama penubuhan sejak 7 dasawarsa yang lampau.

Meskipun pelbagai spekulasi dan hujuman yang bakal datang dari pelbagai sudut, misi dan visi PMRAM dalam menyalurkan sumbangan kepada ahli yang memerlukan tidak akan futur sama sekali. Walaupun di terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menghilangkan peranan PMRAM sebagai sebuah persatuan yang menyalurkan pelbagai sumber kebajikan kami masih tegak berdiri dalam menghulurkan bantuan.

Melihat kepada pelbagai situasi yang begitu kompleks tika ini, PMRAM telah melancarkan Dana Syaqah PMRAM semenjak tahun 2006 menggantikan Dana Van. Dana ini bertujuan untuk mendapatkan sebuah markaz operasi bagi menjalankan program dan aktiviti yang semakin sukar untuk diadakan di rumah-rumah negeri yang telah dihantar pegawai. Penghantaran pegawai ke rumah-rumah oleh kerajaan negeri adalah semata-mata untuk menjauhkan PMRAM dari ahli-ahli dari terpengaruh lantaran menjadi penentang kerajaan menurut pandangan mereka. Walaupun hakikat penghantaran mereka adalah atas dasar untuk menjaga kebajikan anak-anak negeri secara menyeluruh.

Setelah hampir 3 tahun kutipan yang giat dijalankan di semua peringkat, PMRAM melihat agak sukar untuk bergantung sepenuhnya kepada pemberian sumbangan. Justeru itu, PMRAM telah merangka beberapa projek untuk membiakkan hasil kutipan yang disumbang melalui beberapa projek terjemahan kitab-kitab yang telah mendapat keizinan dari pengarang asal kitab-kitab termasyhur. Antara yang sedang berjalan melalui projek ini adalah projek penterjemahan semula Kitab Bahrul Mazi dan Ahsanul Kalam karangan Sheikh Atiah Saqar.

Keuntungan jangka panjang yang besar melalui penjualan kitab-kitab terjemahan ini dilihat mampu membuka peluang cerah kepada PMRAM bagi mendapatkan markaz beroperasi dalam jangka waktu 10 tahun mendatang. Seusai sasaran untuk mendapat markaz operasi yang menjadi harapan tinggi PMRAM, hasil jualan yang seterusnya akan dimasukkan terus ke dalam Tabung Kebajikan PMRAM untuk diperuntukkan sepenuhnya kepada ahli-ahli yang lebih memerlukan. Situasi ini dapat dilihat pada realiti rata-rata mahasiswa yang menuntut ilmu di Ardul Kinanah ini bukanlah dikalangan keluarga yang berada.

Oleh yang demikian, kewujudan PMRAM semenjak dahulu lagi sememangnya lebih banyak menjurus untuk memastikan kebajikan ahli dari pelbagai sudut. Kewujudannya tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun lebih-lebih lagi PMRAM mempunyai hubungan yang erat dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir selaku NGO di Mesir. Ianya tidak lain untuk meringankan kesibukan tugas Pihak Kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia Malaysia di Kaherah dalam menguruskan hal ehwal kebajikan anak-anak Malaysia. Bahkan kita sendiri mampu untuk membuat penilaian mengenai aktiviti dan program yang dijalankan oleh PMRAM adakah menyimpang jauh dari sasarang yang sebenar.

Antara kebajikan yang sangat dititikberatkan oleh PMRAM saban tahun adalah kebajikan dari sudut kesihatan dan pada tahun ini hakikatnya PMRAM telah membelanjakan sebanyak LE 12,000 kepada ahli-ahli yang ditimpa musibah. Dalam masa antara mereka yang menerima sumbangan kebajikan tersebut adalah Ustaz Mohd Fawwaz bin Haji Fadzil yang menjalani pembedahan akibat penyakit tulang belakang, 2 orang anak Ustaz Mohd Razi bin Musa yang menghidap penyakit Glaukoma Kongenital yang perlu dibedah segera mungkin, seorang pelajar perubatan Iskandariah, Mohd Zulhilmi bin Adnan yang melecur hampir 10% di bahagian muka, tangan dan lehernya turut mendapat sumbangan.

Ini merupakan sebahagian antara anak-anak Malaysia yang mendapat sumbangan PMRAM tanpa mengira ahli ataupun tidak selagi mana ianya berada dalam pengetahuan PMRAM. Kebajikan yang diperjuangkan oleh PMRAM tidak terhad kepada ahli semata-mata, akan tetapi meliputi semua anak-anak Malaysia di setiap Badan-badan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi (DPM) dalam menghulurkan sumbangan secara berterusan. Bahkan pimpinan itu sendiri akan turun bersemuka mahasiswa/wi yang ditimpa musibah bertanya khabar sambil menyampaikan sumbangan yang mampu PMRAM hulurkan.

Kebajikan yang disumbang juga banyak diperolehi daripada BKAN dan DPM melalui kutipan yang dilancarkan. Derma kilat tersebut untuk mengurangkan beban kewangan kepada anak-anak Malaysia yang ditimpa musibah meringankan masalah kos perubatan yang tidak mampu untuk ditanggungnya. Kesepakatan yang dihubung jalinkan melalui BKAN dan DPM tersebut dibawah naungan PMRAM membuktikan betapa seriusnya soal kebajikan ini dalam kamus perjuangan PMRAM terhadap anak-anak Malaysia di sini.

Segala perancangan dan khidmat bakti yang dilaksanakan oleh PMRAM sememangnya tidak akan mampu dilaksanakan seandainya tanpa sokongan dan bantuan yang padu dari kesemua ahli-ahli PMRAM. Dalam masa yang sama, kita melihat sumber kebajikan yang kukuh agak sukar untuk diperolehi melihat selepas penumpuan lebih diberikan kepada pembiakan Dana Syaqah PMRAM sebelum keuntungan selebihnya dimasukkan ke dalam Dana Kebajikan PMRAM.

Oleh yang demikian, selain memperkasakan kembali Dana Kebajikan PMRAM melalui ahli yang baru sampai sebanyak LE 5 setahun, pihak persatuan juga mengharapkan bantuan dari ahli untuk disalurkan kepada dana kebajikan ini. PMRAM berharap semoga ahli yang pulang ke Malaysia terutamanya dapat mencari sumber kewangan bagi dana kebajikan PMRAM ini untuk disalurkan secara menyeluruh. Dalam masa yang sama pemerkasaan dan pencarian dana di peringkat Mesir juga luar dari Mesir dalam memastikan misi kebajikan yang diperjuangkan dapat terus dicurah.

Segala amal dan kebajikan yang kita sumbangkan samada dalam bentuk material mahupun tenaga tidak akan dipersia-siakan begitu sahaja. Sebaliknya ia akan dikira sebagai amal kebajikan yang akan memberatkan timbangan pahala kebajikan selagi mana segala sumbangan itu jauh dari sebarang unsur-unsur riak, takabbur dan menunjuk-nunjuk. Penerimaan amalan di sisi Allah tidak lain hanyalah dengan diiringi ikhlas dan ihsan semata-mata mengharapkan keredhaan-Nya. Bertepatan dengan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Asr :

والعصر* إن الإنسان لفي خسر* إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات* وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر*

Semoga segala perancangan dalam melaksanakan misi kebajikan kepada ahli dalam apa jua aspek mampu direalisasikan biarpun tidak secara menyeluruh, mungkin ianya mampu laksanakan beransur-ansur. Untuk akhirnya agar harapan semoga kebersamaan ahli dalam mendokong PMRAM dapat dikekalkan bagi selagi mana ianya berlandaskan kepada tuntutan Syara’. Bersama kita realisasikan wacana menggembleng seluruh kekuatan di semua aspek seiring dengan ilmu dan thaqafah yang dipasak rapi. Seterusnya mengangkat wadah ‘Julang Thaqafah Bakti Dicurah’ bagi wawasan kepimpinan mendatang.


Manuskrip asal oleh,

Ketua Badan Kebajikan Dan Tabung Derma sesi 2007,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.


Kata Muthaqqaf:
Entri ini adalah hasil tangan penulis yang pernah dimuatkan di dalam buku Ucapan Dasar Presiden 2008 pada Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-75 dan Muktamar HEWI kali ke-21 yang lepas. Sekadar ingin memberitahu pembaca bahawa PMRAM tidak akan sekali-kali lari dari tujuan utamanya untuk menghulurkan kebajikan dalam skop yang luas selagi mana tidak menyalahi tuntutan Syara' (Quran dan Sunnah) selaku dasar utama perjalanan persekutuan ini.


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa


Friday, June 27, 2008

|| Bersatu Di Bawah Panji Islam ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Semenjak beberapa hari ini, rona-rona perpecahan sesama muslim kelihatan semakin menyerlah. Wujud dikalangan mereka yang merasa tidak puas hati dengan sesuatu tindakan mengambil keputusan seolah-olah ingin memboikot pihak yang mengeluarkan arahan dan tindakan tersebut. Perkara ini dilihat seolah-olah memalukan dan merugikan sesetengah pihak lantaran ketidak sefahaman yang berlaku menyebabkan situasi sebegini timbul.

Penulis tidak bercadang untuk membongkar kembali isu yang 'panas' dan 'dipanaskan' oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati. Akan tetapi segalanya terpulang kepada wacana minda mahasiswa yang cukup matang dalam menyelesaikan sesuatu isu yang tidak pernah menjadi sebuah isu yang 'panas' dan 'besar' oleh pihak-pihak yang biasa berurusan dengan pihak atasan.

Islam tidak sesekali membenarkan umatnya berada di dalam perpecahan seandainya perkara tersebut hanya merupakan propaganda dan agenda musuh-musuh Islam yang sentiasa menginginkan perpecahan dan permusuhan sesama muslim. Perkara ini jelas melalui firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran yang bermaksud :

"Dan berpegang teguhlah kalian semua kepada tali Allah (Islam) dan janganlah kalian berpecah belah dan ingatilah kembali akan nikmat-nikmat Tuhanmu ke atas kamu. Sekiranya kamu bermusuhan maka lembut dan satukanlah diantara hati-hati kamu..."

Saban tahun setiap individu mahasiswa pasti akan melihat akan berlakunya sesebuah peristiwa yang didatangkan oleh Allah sebagai ujian kepada umatnya tanpa mengira dalam apa jua keadaan sekalipun. Ujian dan dugaan Allah datang tanpa dipinta. Bahkan ianya datang tatkala masalah yang masih belum selesai ditambahi dengan masalah yang lain. Itulah sunnah seorang pejuang yang menginginkan sinar petunjuk dariNya.

Apa yang pasti, setiap yang berlaku tersirat hikmahnya yang tersendiri yang memerlukan penilaian dan muhasabah dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira pangkat kedudukan. Usah saling tuding menuding kesalahan antara satu sama lain kerana sudah pasti di sana ada sesuatu masalah tersirat yang tidak diketahui oleh masyarakat umum berkaitan sesuatu permasalahan yang hanya melibatkan kedua-dua belah pihak sahaja.

Semoga perkara ini pertelagahan ini tidak berpanjangan selepas penjelasan yang jelas oleh pihak atasan berhubung perkara ini. Bagi meredakan api pertelingkahan yang timbul seterusnya meneruskan pengukuhan jalinan ukhuwah Islamiah demi menjamin kesejahteraan sejagat. Salam thaqafah membentuk generasi rabbani mendepai arus modenisasi yang kian meruncing.


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Wednesday, June 25, 2008

|| Etika Dan Disiplin : PMRAM Tetap Bertegas ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Satu kenyataan yang perlu diterima oleh ahli di semua peringkat bahawasanya setiap keputusan dan arahan dari Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir perlu untuk dipatuhi selagi mana arahan tersebut tidak menyalahi Syariat Islam yang menjadi ketetapan. Semua pihak juga perlu berlapang dada dengan setiap keputusan yang diputuskan oleh PMRAM kerana memikirkan kepada kemaslahatan yang lebih besar sekiranya diteruskan sesuatu program yang tidak mematuhi qarar (ketetapan) PMRAM.


Semua pihak disemua peringkat bahkan ahli di bumi Mesir sedia maklum bahawa PMRAM merupakan sebuah persekutuan Melayu yang menaungi majoriti anak-anak Melayu Asia Tenggara. Lebih dikhususkan lagi anak-anak Malaysia yang duduk menadah ilmu di perlembahan Nil ini merangkumi pelajar jurusan agama termasuk pelajar Qiraat Shoubra dan perubatan walaupun tidak secara langsung. Anak-anak Malaysia yang dipantau dan dinaungi bukan sahaja berpusat di Kaherah semata-mata, bahkan meliputi 8 cawangan Universiti Al-Azhar yang lain.

Maka dengan itu, kesemua 8 cawangan tersebut merupakan anak kandung yang terus bernaung di bawah PMRAM tanpa menaungi pihak-pihak lain termasuk pihak kedutaan. Oleh yang demikian, setiap perlaksaan program dan aktiviti dari pihak-pihak selain PMRAM perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak PMRAM melalui Presiden tanpa kompromi. Dalam masa yang sama makluman juga perlu disampaikan kepada Naib Presiden II merangkap Ketua Lajnah Muhafazah PMRAM bagi memastikan program tersebut benar-benar mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh PMRAM.

Justeru itu jugalah, penulis selaku Ketua Lajnah Muhafazah yang memantau dan melihat gerak kerja di seluruh cawangan supaya sentiasa berada di bawah pengawasan PMRAM berbanding Badan Kebajikan Anak Negeri yang banyak terikat dengan Kerajaan Negeri masing-masing juga pihak kedutaan yang turut menanungi mereka. Ala kulli hal, mereka masih berada di bawah PMRAM kerana keberadaan mereka di bumi Mesir dalam melaksanakan segala program dan aktiviti yang memerlukan kebenaran dari PMRAM selaku NGO memudahkan urusan para pelajar. Faktor terbesar ini tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak.

Oleh yang demikian, segala keputusan yang diputuskan oleh PMRAM terhadap beberapa program yang tidak dijalankan adalah disebabkan wujudnya perlanggaran etrhadap ketetapan yang telah ditetapkan oleh PMRAM sendiri untuk menggunakan 'premis' PMRAM. Seumpama seseorang datang menziarahi rumah sahabatnya, tidak boleh tidak dtai mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di dalam rumah tersebut. Bahkan Islam itu sendiri izzah dan diakui kerana terdapat di dalamnya Syariat Islam yang telah diputuskan oleh Allah Tuhan Pencipta sekalian Alam.

Selagi mana peraturan, etika dan disiplin yang ditetapkan oleh PMRAM tidak melanggar batasan syariat, maka selagi itulah seluruh ahli yang bernaung di bawahnya mengikuti ketetapan tersebut. Perkara ini bagi memastikan tiada pihak yang cuba ingin mengambil peluang dengan mendesak kelonggaran demi kelonggaran dibuka. Sekiranya ini terjadi tidak mustahil PMRAM akan datang akan mandom dan dipandang rendah oleh ahlinya kerana tidak berjaya bertegas dalam melaksanakan segala etika yang telah ditetapkan.

Semoga sedikit bingkisn ini mampu memberikan gambaran kepada ahli tentang keputusan yang dilakukan oleh PMRAM terhadap bberapa program yang dilihat tidak mempu mematuhi segala ketetapan yang ditetapkan PMRAM walaupun telah diberikan beberapa kelonggaran kepada mereka. Akibatnya PMRAM melihat untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar memaksa PMRAM membatalkan program-program tertentu. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri untuk kepentingan PMRAM supaya tidak dipandang lekeh oleh musuh-musuhnya yang ingin memusnahkan PMRAM.

Coretan Badan Pengurus,
Naib Presiden PMRAM 2008,
Ketua Lajnah Muhafazah.


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Thursday, June 19, 2008

|| Hati, Minda, Nafsu ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Agak lama juga rasanya jari jemari ini tidak mengetuk papan kekunci mencipta entri-entri terkini untuk dikongsi bersama kalian. Keletihan harian yang melemahkan tulang empat keratku membatasi segala ruang kerja yang biasa dilakukan semasa musim peperiksaan yang lepas. Inilah hakikat yang perlu di akui apabila selesai kesibukan pasca peperiksaan hampir 2 bulan itu, maka kini penulis berhadapan dengan detik-detik yang lebih sibuk berbanding musim peperiksaan.

Tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu terhadap institusi pengajian akan berakhir tatkala berdebar menantikan keputusan peperiksaan tersebut. Namun perjuangan menuntut ilmu tidak akan pernah selesai sehinggalah manusia itu dibaringkan ke dalam liang lahad. Pada ketika itu manusia juga diajar bagaimana untuk menjawab soalan-soalan yang bakal disoal oleh 2 utusan Allah, Mungkar dan Nakir. Keputusan peperiksaan yang bakal menerjah keluar sekitar Ogos merupakan penentu hala tujuku di kemudian hari.

Musim peperiksaan bagi penulis merupakan musim yang merehatkan fizikal dan minda dengan lebih santai berbanding selain musim peperiksaan. Berbeza bagi mereka yang tidak memegang tanggungjawab selain seorang penuntut ilmu semata-mata, penulis dan beberapa orang sahabat yang lain diamanahkan dengan tanggungjawab seorang pemimpin pula. Oleh itu, selepas musim peperiksaan bukan musim rehat dan santai bagi kami.

Sayugia itu, amanah ini adalah pilihan Allah untuk mendidik manusia yang memang telah sedia dilantik sebagai khalifah secara rasmi walaupun tiada watikah perlantikan rasmi sebagaimana biasa. Sebagaimana yang termaktub di dalam firmanNya yang bermaksud :

"Dan apabila Tuhanmu ( Ya Rasulullah SAW) bertanya kepada para malaikat : Sesungguhnya aku ingin mencipta di muka bumi ini khalifah..."

Cuma yang membezakan amanah khalifah tersebut adalah berbeza mengikut prioroti dan peringkat yang ditentukan berdasarkan kemampuan manusia itu. Menerusi firmanNya Allah mengatakan :

"Tidaklah Allah itu membebankan seseorang itu dengan sesuatu amanah kecuali dia benar-benar mampu memikulnya."
____________________________________________________________________________

Soalnya Hati

Seringkali hati ini membisikkan ke corong pancaindera,
Suntikan kalamullah dan sahutan sabda Nabi SAW pengubat rindu,
Dikala menghadapi tekanan melaksanakan tanggungjawab yang semakin berat,
Hati ini sering merintih memohon kekuatan untuk memandu diri ini,
Supaya mampu melaksanakan segala perancangan dengan jayanya,

Walaupun di sana pasti akan ada kekurangan dan kecacatannya,
Namun yang terbaik perlu dilakukan.

Duhai hati,
Engkau tenanglah dalam menongkah setiap liku-liku,
Pastinya tanpa diduga menerjah tanpa dipinta,
Ingatlah akan janji-janji Allah,
Terhadap mereka-mereka yang membantu agamaNya,
Terus terpimpin dengan acuan yang terbaik pimpinan Ilahi.

Ekspresi Minda

Untukmu minda,
Jadilah pemikir yang cemerlang,
Usah memikirkan kesusahan dan kepentingan diri semata-mata,
Sumbanglah idea yang bukan sekadar mampu membangunkan diri,
Bahkan membangunkan institusi Islam dan ummah,
Minda adalah inspirasi terpenting dalam membentuk,
Menggerakkan sebuah perancangan dengan jayanya,
Usah gusar dengan musykilah yang bertaburan,
Hadapilah ianya dengan penuh tabah dan cekal.

Buat minda penuh berjasa,
Tanpamu tidak mungkin segala yang difikir mampu direalisasikan,
Butiran mutiara yang disumbangkan dicernakan dengan sebaiknya,
Lontaran minda selainmu perlu dititikberatkan,
Untuk mengimbangkan sesuatu rancangan supaya lebih berjaya,
Jauhkan kepentingan dirimu sendiri,
Dan utamakan kepentingan orang lain,
Selagi memenuhi norma-norma perancangan yang disusun,
Jadikan eksperisi mindamu terpimpin,
Dan diterima dengan kesaksamaan yang dicipta,

Ingatkan Nafsu

Wahai nafsu buatmu tiada kompromi,
Banyak keinginanmu menyalahi tuntutan Ilahi yang suci,
Ku akui lemah mengawal setiap gerak langkahmu,
Namun kuasa mutlak di tanganku menentukan setiap keputusan,
Tegakah aku membiarkanmu menguasai diriku melanggar hukum Maha Pencipta?
Satu penilaian amaran untuk diri supaya setiap perbuatan dan tingkah diawasi,
Bagi memastikan tidak terlajak mengundang murka yang amat dahsyat,
Terhadap golongan yang mengetahui,
Berbanding mereka yang cetek pengetahuannya.


Sudah berapa ramai manusia yang tenggelam,
Dengan kenikmatan nafsu yang tercela,

Sudah berapa ramai manusia terleka mengikut telunjuk serakah,
Yang dijanjikan azab teramat pedih,
Sudah berapa ramai manusia yang sesat,
Menyesatkan dan terus tersesat,
Terdorong keinginannya membawa diri jauh dari dari redhaNya,
Menjemput diri berada di dunia kegelapan,
Jauh dari sinar taufiq dan hidayah yang Esa,
Melempar jauh jasad dan roh dari terus dipimpin menuju redhaNya.

Nukilan Muthaqqaf Azhari|Hostel Pelajar-pelajar Johor di Kaherah|Mesir|Rabu|830 pagi|
_____________________________________________________________________________

Dambaan Nurani

Konklusinya tidak semudah digambarkan. Bersamalah kita membangunkan hati dan minda kita dengan komitmen yang maksimum bagi menatijahkan sebuah hasil yang memberangsangkan. Seterusnya ayuh bersama kita mendidik nafsu mengikut acuan yang berhikmah bukan melenyapkan peranannya, akan tetapi mendidiknya supaya mengikut norma-norma yang berlandaskan lunas-lunas Islam yang mulia. Usah biarkan ianya terkontang-kanting dengan kesesatan yang berpanjangan.
Hakikat sebuah kejayaan dalam mentarbiah sesebuah institusi kekeluargaan, masyarakat, organisasi dan negara adalah dengan berjayanya mendidik diri dari segenap aspek tadi. Seandainya ke tiga-tiga unsur ini berjaya di adaptasikan dalam diri maka perjalanan dalam menongkah sesebuah kelompok masyarakat akan dipermudahkan Allah dengan bantuan yang tanpa disangka-sangka.

Penulis bukanlah yang terbaik kerana ketiga-tiga aspek tersebut masih dalam proses untuk diimbangi supaya sejajar dengan tuntutan Islam. Manusia tiada yang memenuhi segenap aspek dalam kehidupannya. Pasti akan ada kecacatan yang timbul kerana kelemahan diri dalam mengatur elemen-elemen penting yang perlu diutamakan dalam keutamaan hidupnya. Pimpinan, saranan dan sokongan dari setiap individu masyarakat sekeliling amatlah perlu bagi menjayakan sasaran yang dirancang untuk kepentingan bersama.

Kata Muthaqqaf:Dalam mengatur dan mendirikan ketiga-tiga elemen ini tidak akan mampu dicapai kesepakatannya kecuali dengan bantuan seluruh kelompon individu supaya tiada elemen yang tercicir dek kerana kelalaian dan kecuaian dalam menguruskannya. Harapan penulis supaya sumbangan yang sepenuhnya dari kalian amatlah diperlukan bagi merealisasikan impian menggapai redhaNya milik bersama untuk menuju kehidupan hakiki kelak.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Sunday, June 15, 2008

|| Manfaat Waktu Tingkat Thaqafah ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Musim cuti menjengah lagi. Akan tetapi cuti pada kali ini agak berbeza berbanding sebelumnya kerana jangka waktu yang agak panjang. Memakan masa hampir 3 bulan sebelum kembali beraksi bagi menyelami butiran-butiran ilmu di peringkat yang seterusnya. Itulah putaran roda seorang penuntut ilmu walau di mana sahaja di seluruh pelusuk dunia.

Apa yang menariknya pada musim cuti panjang ini ada juga antara mereka yang tidak melepaskan peluang untuk melepaskan rindu yang kian lama dipendam setelah sekian lama bermastautin di luar negara. Buat ke sekian kalinya kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat sementara waktu bagi memberikan suntikan semangat untuk kembali menadah ilmu. Tidak kurang hebatnya mereka yang baru setahun jagung di luar negara turut mengikuti program 'sirih pulang ke gagang' tersebut.

Nasihat penulis kepada yang akan pulang ke pangkuan keluarga dan masyarakat yang paling utama adalah memimpin menyampaikan lunas-lunas Islam kepada mereka. Supaya ilmu dan bakti yang diperolehi mampu dicurahkan kepada mereka agar lebih baik berbanding sebelum kita menjejakkan kaki ke persada gedung ilmu ini. Jangan biarkan diri kita pulang tanpa membawa sebarang perubahan kepada masyarakat sememangnya itu yang mereka harapkan. Satu tamparan buat diri penulis dan kalian semua.

Kelihatannya, kebanyakan azhari dan azhariah telah selesai melalui pasca peperiksaan bagi tahun ini. Sebuah dugaan ilmu yang dirasakan perlu demi menguji sejauh mana kefahaman yang diperolehi sepanjang setahun menadah ilmu di dalam bidang masing-masing. Agar setiap individu mampu untuk menterjemahkan apa yang dipelajari di dalam setiap arca kehidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Itu adalah misi dan visi utama seorang penuntut ilmu dalam apa jua bidang yang diceburi.
Tidak salah rasanya andai penulis katakan bahawasanya sia-sia seorang yang hanya menuntut ilmu di dalam bidang pilihannya tidak mengambil peluang memunggah ilmu-ilmu lain sebagai bajet tambahan. Sekurang-kurangnya setiap penuntut ilmu Allah mampu menguasai ilmu-ilmu asas bidang Bahasa Arab seperti Nahu, Sarf, Balaghah. Bidang Syariah Islamiah seperti Fiqh Syafiee dan perbandingannya, Usul Fiqh, Faraidh. Manakala bidang Usuluddin seperti Tauhid, Mantiq, Tafsir, Hadith. Adakah kita berjaya menguasai setiap ilmu-ilmu asas dalam bidang selain bidang pilihan kita dengan sebaik mungkin?

Buat pejuang yang akan meneruskan siri-siri pendedahan kefahaman Islam di tanah air juga diharapkan kalian mampu menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat untuk tatapan masyarakat. Sekaligus mematahkan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap mahasiswa dan graduan lepasan Timur Tengah ini. Kesedaran ini seharusnya bermula dari setiap individu utnuk memberikan gambaran yang terbaik kepada masyarakat di Malaysia. Apakah kita sanggup membiarkan tohmahan itu terus dilemparkan sekaligus memburukkan golongan agamawan yang memikul bebanan berat dalam menegakkan Islam di bumi Allah?

Kehangatan penulis berbicara berkenaan dengan semangat memperjuangkan maruah agama tidak sehebat yang disangka. Tidak pula hangat-hangat tahi ayam. Akan tetapi penulis hanya berusaha menyumbang yang termampu dalam mengubah nasib Islam yang kian jauh dari cara hidup Islam yang sebenar. Penulis masih kekurangan dalam banyak aspek dan dalam proses memperbaiki diri sedikit demi sedikit supaya tidak mencemarkan nama Islam. Andai ianya mampu mencemarkan nama Islam, adalah lebih baik penulis hanya membantu Islam melalui saluran secara tidak langsung bagi mengelakkan pencemaran yang lebih teruk.

Mencipta Produk Agamawan Muttaqin

Jangka waktu cuti yang agak panjang ini sepatutnya dipergunakan oleh para penuntut ilmu Allah untuk menggelintar setiap ruang ilmu yang disediakan. Sewajarnya direbut oleh si pengkaji ilmu-ilmu yang amat banyak dan tidak terbatas. Usah dipersiakan ruang dan peluang yang dikurniakan Allah di waktu senggang yang seketika itu supaya mampu dimanfaati dengan selayaknya. Agenda persatuan yang mengutamakan penguasaan thaqafah dari semasa ke semasa adalah bertepatan dengan keutamaan yang dianjurkan oleh Islam yang menggesa umatnya mendalami ilmu.

Bahkan di waktu cuti inilah akan memancar cahaya-cahaya halaqah ilmu yang tidak mampu untuk dicengkam keseluruhannya kerana keupayaan manusia yang terbatas. Malahan persatuan setiap negeri dan dewan perwakilan mahasiswa mahasiswi juga tidak melepaskan peluang mengadakan program-program membentuk insan yang muthaqqaf (insan yang berbudaya) dalam mendepani senario dunia akhir zaman yang kian mencabar. Satu analisis, penilaian dan kesedaran yang maksima perlu dititikberat untuk mendepani semua ini.

Seterusnya pesan penulis juga buat seluruh penuntut ilmu Allah sekalian agar meneruskan kesungguhan amalan pada musim imtihan yang lepas walaupun musim dugaan itu telah selesai. Perlu diingat bahawa sesuatu pekerjaan yang baik adalah apabila dikerjakan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan, tidak bermusim. Kerana amalan yang bermusim itu sukar untuk ikhlas, payah dihayati dan dangkal untuk dilaksanakan. Segalanya bermula dari keprihatinan diri masing-masing. Satu penilaian dan koreksi untuk kita bersama.

Justeru itu gemblengan tenaga, minda dan semangat yang jitu diperlukan bagi memastikan kelangsungan misi ini berjaya dicapai. Ianya juga memerlukan sokongan dan dokongan dari sekalian sahabat demi merealisasikan hadaf 'Julang Thaqafah' Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir pada sesi ini mendapat sambutan yang komited. Sambutan yang bermula dari golongan kepimpinan sehinggalah ke golongan ahli bawahan demi menyahut seruan tersebut. Seiring dengan seruan Islam untuk membentuk generasi ilmuan yang berintegriti dan berkaliber.

Salam thaqafah buat semua.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Thursday, June 12, 2008

|| Menyemai Sikap Kebersamaan ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Masih segar di ingatan penulis tatkala berada di bangku sekolah Tabika, menyusul seterusnya sekolah rendah diikuti sekolah menengah dan pra universiti di Maahad Johor sehinggalah penulis diizinkan menjejakkan kaki ke bumi penuh barakah ini. Bumi gedung untuk menimba ilmu yang tidak terluah sebuah bumi yang dipenuhi dengan pelbagai jenis ilmu dari segenap variasi ulama yang tersohor.

Pengalaman yang ditimba disepanjang perjalanan menuntut ilmu yang amat panjang ini semakin mematangkan diri penulis. Demikian juga sesiapa sahaja yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading untuk memperolehi segulung ijazah yang amat diidam-idamkan oleh keluarga, masyarakat dan negara. Lantas untuk mencurahkan ilmu yang diperolehi tersebut ke dalam acuan masyarakat supaya terpimpin untuk kembali ke jalan yang benar-benar diredhaiNya.

Penulis yang sekarang telah pun berada di tahun akhir, yang akan menghabisi peperiksaan di peringkat sarjana ini pada hari esok. Bagaimanakah nasib dan takdir yang bakal penulis perolehi masih tidak dapat dipastikan setelah menduduki zon selesa selama 3 tahun berturut-turut kerana dirasakan terdapat kekurangan. Semuanya bergantung pada kehendak dan ketentuan Allah Taala yang mengatur akan setiap sesuatu. Moga kejayaan bakal menanti menjadi milik kita bersama demi untuk memartabatkan Islam kelak walaupun diri ini masih serba kekurangan dan serba berdosa.

Kembali kepada hadaf yang penulis ingin sampaikan pada entri kali ini 'menyemai sikap kebersamaan'. Satu ungkapan yang mudah untuk difahami, senang untuk dihayati akan tetapi sukar untuk dijalani. Selaku umat Islam yang sememangnya memahami sebuah tuntutan yang mengajak ke arah kebaikan dengan melaksanakan norma-norma yang menjurus kepada kebersamaan. Kebersamaan yang dinilai dengan mencerna setiap jiwa insan supaya sanggup mengharungi suka duka secara berjamaah dalam menegakkan syiar Islam.

Jauh menerawang dalam memperincikan ungkapan menyemai sifat kebersamaan sehingga memungkinkan ada dikalangan kalian yang masih kurang mengerti apa yang sebenarnya penulis ingin sampaikan. Dipendekkan cerita penulis, sebenarnya ingin memutar kembali kisah silam hidup sebagai seorang pelajar ketika masih kecil sehinggalah ke peringkat universiti berkaitan dengan amalan gotong royong. Penulis dapat rasakan kalian turut melaluinya ketika di alam persekolahan, di asrama terutamanya.

Masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat kampung sudah semestinya terbiasa dengan amalan ini. Sebuah amalan murni yang bukan sahaja menjadi adat masyarakat Malaysia bahkan ianya merupakan sesuatu yang digesa dan dituntut oleh Islam supaya saling bantu membantu ringankan tulang diantara satu sama lain untuk memakmurkan bumi Allah ini. Bertepatan dengan seruan Ilahi dalam firmanNya yang bermaksud : "Dan bantu membantulah ke arah perkara-perkara kebajikan dan ketakwaan dan janganlah pula kamu bantu membantu ke arah perkara-perkara kemaksiatan dan permusuhan."

Semenjak di bangku sekolah sehinggalah ke bangku universiti ini amalan ini seolah-olah sudah berdarah daging dalam diri penulis. Ianya menyeronokkan dan mewujudkan sikap kebersamaan yang berpanjangan antara satu sama lain. Bahkan ianya dilihat mampu mengukuhkan silaturahim sesama kita dengan huluran tangan demi meringankan bebanan saudara yang disayangi kerana Allah. Namun persoalannya adakah amalan ini masih dipraktikkan atau lupus ditelan zaman?


Alhamdulillah kehidupan penulis selaku mahasiswa di bumi Mesir masih mengamalkan aktiviti kebersamaan ini untuk memupuk nilai-nilai murni ini. Sebagaimana yang penulis ukirkan dipermulaan entri bahawasanya amalan ini begitu mudah untuk difahami dan begitu senang untuk hayati akan tetapi sukar untuk dilaksanakan sekiranyan tidak ditanam di dalam diri setiap jiwa. Nampak mudah akan tetapi hakikatnya berapa kerat sahaja mereka yang bersungguh-sungguh untuk menyahut seruan ini.

Segala pokok permasalahan ini seandainya diamati secara automatik kembali kepada diri masing-masing dalam menyelami pendekatan tersebut. Jelasnya perkara ini penulis lihat tidak layak untuk dilabel dengan menyemai kerana kalimah menyemai lebih tertumpu untuk memberikan kesedaran kepada mereka yang tidak mempunyai pengetahuan jelas berkenaan perkara ini. Tepuk dada, tanyalah diri masing-masing adakah selama ini kita menghulurkan bantuan yang sewajarnya demi meringankan bebanan ditanggung bersama.

Jadikan segala amalan dan perkara yanb bersifat kebajikan sebagai pusat pendidikan supaya mampu mendidik diri menjadi insan yang berjasa kepada masyarakat dan berbakti kepada Allah. Disamping amalan ini juga boleh dijadikan sebagai penambah perisa bagi memperkasa amalan seharian kita. Dan yang paling utama ianya mampu menjadi penolong dalam mempermudahkan segala urusan yang dilalui dunia menuju alam akhirat. Sekian dimaklumkan.

Kata Muthaqqaf:Setiap hari Jumaat, Hostel Pelajar-pelajar Johor di Mesir yang merupakan penempatan penulis diadakan hari gotong royong demi mengekalkan kebersihan yang berterusan. Lebih-lebih lagi bumi Mesir ini negara yang kering dalam apa jua musim mengundang kehadiran habuk mencemari keindahan pandangan mata dalam sekelip mata. Tidak hairanlah amalan ini diteruskan semata-mata memenuhi tuntutan seruan Nabi SAW yang bermaksud : "kebersihan itu sebahagian daripada iman." Barangsiapa tidak menjaga kebersihan maka berkuranganlah imannya. (Lu fikirlah sendiri!)

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Wednesday, June 11, 2008

|| Debat Bersemuka Pembuka Minda Rakyat ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada 5 Jun 2008 yang lalu rakyat Malaysia digemparkan dengan kenaikan minyak diesel dan petrol dengan kenaikan yang mendadak sehingga ke tahap 43%. Merupakan satu peratusan yang amat tinggi dalam sejarah pentadbiran mana-mana pentadbiran kerajaan selama lebih 50 tahun. Pelbagai spekulasi yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan dan pihak Pakatan Rakyat yang dilihat membangkang setiap keputusan kerajaan yang membebankan rakyat.
Untuk menghilangkan spekulasi tersebut yang dilihat saling menyalahkan antara satu sama lain diantara pihak pemerintah mahupun pembangkang. Segala spekulasi yang mungkin diuar-uarkan melalui media elektronik dan media cetak dilihat tiada satu penyelesaian yang mengelirukan rakyat bahkan mendatangkan penyesalan ataupun kegembiraan kepada rakyat yang mengundi kedua-dua gabungan komponen politik terbesar di tanah air.

Berikut penulis menyertakan siaran ulangan 'Debat Bersemuka' antara wakil kerajaan (Barisan Nasional) dan wakil Pakatan Rakyat bagi memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai isu minyak yang hangat tika ini. Ini sekaligus membuka minda rakyat yang terdiri dari pelbagai golongan intelek, cendekiawan, dan ahli akademik dalam menilai sejauh mana kebenaran yang selama ini berselindung disebaliknya. Memandangkan Malaysia sedia maklum merupakan diantara negara pengeluar minyaknya sendiri. Moga memberikan manfaat kepada kita

Moga ianya memberikan banyak keterbukaan kepada seluruh rakyat dalam membuat keputusan dan memberikan respon terhadap kesahihan hujah yang dinyatakan oleh Dato' Shahrir Samad selaku Menteri Hal Ehwal Pengguna mewakili kerajaan Barisan Nasional bersama Yang Berhormat Slahuddin Ayub selaku Ketua Pemuda Pas Pusat dalam memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung isu minyak yang ternyata semakin membebankan rakyat. Selamat menonton!

Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 Part 1



Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 Part 2



Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 Part 3



Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 Part 4



Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 Part 5



Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 Part 6


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Tuesday, June 10, 2008

CERPENDEK : || Sunyinya Hidup Ini ||

بسم الله الرحمن الرحيم

Jam waktu di pergelanganku pantas berlalu. Sekelip mata anganan ku seusai solat Zohor tadi melangkau masuk ke waktu Asar. Tidak semena-mena kedengaran laungan azan di corong surau berdekatan tanpa sempat untukku melenakan mataku seketika. Bingkas aku bangun berjalan menuju ke tandas untuk menyucikan diri. Sempat ku singgah pandangan seketika merenung tajam ke arah 2 orang putera ku yang sedang keletihan tidur di ruang tamu setelah bergelut dengan permainan 'PS III' yang baru dibeli sepulangnya ku mencari sesuap rezeki.

Mohd Faizullah dan Mohd Amirullah, dua orang putera yang amat ku sayangi. Masing-masing berumur 10 tahun dan 12 tahun diserikan seorang puteri sulung kesayanganku, Uzma Batrisya yang bakal menduduki PMR pada tahun ini. Mereka bertiga sahajalah selama ini yang menemaniku di sisi, menjadi penawar dukaku selepas pemergian bonda mereka. Siti Aisyah, merupakan satu-satunya isteri dan ibu yang amat penyayang bahkan seorang yang amat disenangi oleh orang disekelilingnya. Namun Allah lebih menyayanginya.

Masih segar di ingatanku ketika itu. Dia masih mampu tersenyum dan mengukir senyuman menceriakan suasana tatkala aku tidak mampu menahan linangan air mata ini dari terus mengalir. Leukimia merupakan penyakit yang merampas kebahagiaan kami. Ku pasrah pada ketentuanNya yang mengatur segala sesuatu. Segera aku menyeka air mata yang mengalir secara tiba-tiba itu. Penyakitnya memang tidak boleh disembuhkan. Tiada penawar yang mampu menyembuhkannya. Kecuali penyakit tersebut disedari sejak awal, sudah tentu beransur sembuh dan sudah pasti kebahagiaan yang ingin diimpikan terhampar di depan mata.

"Ayah, ayah tak apa-apa ke? Ayah dah makan?" pertanyaan Uzma mematikan lamunanku. Lantas ku seka air mata yang merembes itu.

"Oh ya, ayah tak apa-apa. Bila Ayong sampai? Ayah tak perasan pula," responku. Itulah panggilan yang yang diberikan oleh ibunya setelah Ayong dilahirkan.

"Ayah tu yang khusyuk melayang entah ke mana. Sampai Ayong dah sampai pun ayah tak perasan. Ayong siap dah bagi salam 3 kali ayah tak jawab. Ayah dah makan ke belum?" Uzma masih menananyakan soalan yang tidak terjawab.

"Ayah tak makan lagi. Tunggu semua anak-anak ayah, makan sama-sama. Ayah singgah gerai Makcik Dot, beli lauk. Cuma nasi ayah dah masak tadi tinggal nak masuk mulut sahaja. Ayong siapkan makanan dulu. Ayah nak kejut Angah dan Am solat Asar dengan ayah. Lepas tu kita makan sama-sama," jawabku pantas melenyapkan kerisauan anak sulungku itu.

"Baiklah. Ayong letak buku ni dulu lepas tu siapkan makanan atas meja," jawab Uzma sambil berlalu masuk ke dalam biliknya.

"Angah, Am bangun sayang, solat Asar dengan ayah. Lepas tu kita makan. Tadi bising kata lapar. Cepat, bangun!" laungku sambil mengegarkan dua batang tubuh yang semakin meningkat remaja itu. Masing-masing bingkas bangun, termangu sambil merentang anggota badan lantas berlalu menyucikan diri.

Ku renungi dalam-dalam raut wajah putera-putera bakal pewaris para Nabi. Sayup kelihatan mereka masih dahagakan kasih sayang seseorang. Seorang ibu yang mendidik mereka untuk menjadi insan berguna. Bukan sekadar mampu berbakti kepada keluarga bahkan kepada agama terutamanya. Itulah impian zuriat yang kami idamkan suatu ketika dahulu. Namun kini tinggalku sendiri yang harus memikul tanggungjawab ini sebagai ayah dan sebagai ibu.

'Abang tidak mampu menggantikan tempat Aisyah. Abang pernah berjanji hanya mencintai dan menyayangi Aisyah seorang sahaja. Abang akan berusaha memastikan impian dan harapan kita menjadi nyata, sayang,' bisik hatiku bermonolog.

Namun jauh di sudut hati kecilku ini tersimpan segunung kegusaran terhadap anak-anakku yang sememangnya hauskan kasih sayang seorang ibu. Namun segalanya perlu diperhalusi bersama. Aku tidak membuat keputusan sendiri. Mereka pun sudah meningkat remaja mampu menimbang tara segala permasalahan. Aku perlu menanyakan kepada mereka terlebih dahulu. Sekiranya mereka katakan ia, aku harus terima. Andai sebaliknya aku harus meneruskan tugasan mendidik anak-anak ini dengan sebaiknya. Akanku akur pada setiap ketentuanNya.

'Andai persendirian ini lebih membuatkanku tegar maka Kau tetapkanlah hati dan semangatku untuk membentuk peribadi anak-anakku menuju ketaatan kepadaMu. Andai pertemuan selanjutnya adalah yang terbaik, aku redha untuk memberikan yang terbaik buat si pejuang agamaMu ini,' desisku mendamba jawapan daripadaMu.

Apa yang diharapkan daripada zuriat keturunanku bukan sahaja memberikan bantuan tambahan kepada ibu dan ayah semata. Bahkan lebih dari itu ku impikan mereka mampu mencurahkan sepenuh jiwa dan raga untuk mempertahankan agamaMu, RasulMu, dan kebenaranMu dari terus diinjak-injak oleh kaki-kaki kotor musuhMu. Agar kelak tika ku menghembuskan nafas yang terakhir dengan jiwa penuh ketenangan menghadapMu. Jauh dari bungkaman duka memakan diri dek kerana gagal menyisip sinar keimanan dan ketakwaan mereka terhadapMu.

Kata Muthaqqaf:Percubaan penulis untuk yang seterusnya. Buat pembaca sekalian rajin-rajinlah menitipkan kalam-kalam komentar penyuntik semangat untuk memperbaiki penulisanku yang masih galau ini. Masih butuh waktu untuk mengorak langkah lebih jauh bukan untuk menempa nama, akan tetapi untuk melebar luaskan jajahan dakwah Islamiah sedaya mampuku. Mungkin tidak sejajar dengan penulis-penulis muda lain namun penulis ingin menjadi seorang yang fleksibel supaya mampu terjun ke dalam masyarakat yang produktif dan modenisasi. Salam perjuangan buat semua!

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Sunday, June 08, 2008

|| You Will When You Believe ||

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, peace upon you and praise to Allah for giving me this precious time to sharing something benefit with the others. Eventually there must be someone shocked reading this English posting of mine so sudden. For a long time i don't have any appetite to write any English entry. But i do today. Just want to practice my bad English knowledge. Its not to hard to learn and spoken out this universal language. Just try it out, that must be good way to spoke it out.
By the way, its the fact running out my mind and fingers typing in this English posting to get ready for my English Language paper exam tomorrow. For us foreign people here at Egypt its not too hard for us to passed this paper. Even just enough marks. But this circumstances inconvenience not to Egyptian student. Same with us for other subject in Arabic easy to them not to us. Thats sound fair right?
Well like what i have wrote on title of this entry, 'You Will, When You Believe'. Believe to Allah's helping and our full effort. Thats not too hard when we believe in ourself. We will achieve what we believe. If i will why not you? I always for all my beloved friends for us do the best in this final exam. Not for us but for our sacred religion. Islam is the only truth religion from The Almighty. I do not have an intention to talk too much. I leave you one of my favourite song with the touch and irony lyrics to be more understand what this song message.

This true song was singing by Mariah Carey and Whitney Houston for the OST film of Prince Of Egypt. But i most likely this song singing by David Archuleta 2nd winner of an American Idol 7. His voice was awesome. Also if you want this nice song in Mp3, just download from my Box.net located at the sidebar.




~When You Believe~

Many nights we've prayed,

With no proof anyone could hear,
In our hearts a hopeful song,
We barely understood.

Now we are not afraid,
Although we know there's much to fear,
We were moving mountains long,
Before we knew we could.

There can be miracles, when you believe,
Though hope is frail, it's hard to kill,
Who knows what miracles you can achieve,
When you believe, somehow you will,
You will when you believe.

In this time of fear,
When prayers so often prove in vain,
Hope seems like the summer birds,
To swiftly flown away.

Yet now I'm standing here,
My heart's so full I can't explain,
Seeking faith and speaking words,
I never thought I'd say.

There can be miracles, when you believe,
Though hope is frail, it's hard to kill,
Who knows what miracles you can achieve,
When you believe, somehow you will,
You will when you believe.

They don't always happen when you ask, (Oh)
And it's easy to give in to your fears, (Oh...Ohhhh)
But when you're blinded by your pain,
Can't see your way straight throught the rain,
Small but still, resilient voice,
Says love is the relief. (Ohhh)

There can be miracles, (Miracles)
When you believe, (Ohhh, when you believe)
Though hope is frail, (Though hope is frail)
It's hard to kill, (Hard to kill, Ohhh)
Who know what miracles,you can achieve,
When you believe, somehow you will, (somehow,somehow, somehow)
somehow you will,
You will when you believe.

You will when you,
You will when you believe,
Just believe...in your heart,
Just believe,
You will when you believe.

Muthaqqaf says:
You will when you believe. Truth and too deeply meaning for anyone who think to develop their self. Believe in Allah, give all of heart to Him, Allah's will you'll achieve with what have you already done with full effort.

Inspiration from deep of my heart,

♥LOVED HIS BLESSINGS♥
ZuLmArWa