Video Klip Pilihan

Tuesday, April 08, 2008

.:: Ingin Tahu Siapa BP Angkat DPM Anda? ::.

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah setelah hampir dalam jangka waktu hampir sebulan lagi seluruh masyarakat pelajar di Perlembahan Nil ini akan menghadapi imtihan. Tanpa mengira semua peringkat pengajian, masing-masing akan menghadapi imtihan bagi sesi pengajian yang kedua. Paling terdekat adalah sahabat-sahabat yang menuntut ilmu di Maahad Qiraat Shoubra yang bakal memulakan peperiksaan pada 12 April ini. Semoga ALLAH permudahkan mereka untuk menghadapinya.

Penulis selaku Ketua Lajnah Muhafazah juga mendoakan kepada semua sahabat-sahabat Shoubra tahun 1 yang masih belum 'muqayyad' nama mereka untuk menduduki peperiksaan pada 12 April ini. Diharap kepada pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dapat menyelesaikan masalah untuk menghilangkan keresahan mereka kerana waktu yang teramat singkat.

Penulis juga sebagai wakil kepada seluruh kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM sesi 2008 mengucapkan selamat menghadapi imtihan kepada seluruh ahli samada kuliah, qiraat mahupun perubatan. Semoga kita dapat membanting tulang dengan sehabis baik dan menggunakan waktu dengan sewajarnya untuk memastikan imtihan yang mendatang memberikan 1000 makna bukan sahaja untuk keluarga, bahkan untuk kemuliaan ISLAM itu sendiri. Kerana kita adalah antara mata rantai ISLAM yang bakal meneruskan perjuangan memartabatkan agama yang suci ini.


Oh ya, sebenarnya penulis ingin mengumumkan antara Badan Pengurus angkat di setiap 8 muhafazah yang telah penulis tetapkan. Seandainya ingin diistilahkan seperti 'ayah angkat' yang menjadi duta dalam memantau sebarang permasalahan yang berlaku. Dalam masa yang sama penulis sendiri bertanggungjawab memantau keseluruhan 8 muhafazah tersebut. Sahabat-sahabat Badan Pengurus yang lain sekadar pembantu dalam melicinkan pemantauan ditakuti terlepas pandang.

Berikut adalah direktori tersebut yang dapat di paparkan di blog penulis tidak di laman web rasmi PMRAM kerana berlaku proses baik pulih di laman web rasmi PMRAM

Petunjuk :-
  • PRESIDEN
  • TIMBALAN PRESIDEN [LAJNAH PERANCANG DAN PANITIA]
  • NAIB PRESIDEN I [LAJNAH DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN]
  • NAIB PRESIDEN II [LAJNAH MUHAFAZAH]
  • NAIB PRESIDEN III [LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN]
  • SETIAUSAHA AGUNG [SUA]
  • TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG (TSUA)
  • NAIB SETIAUSAHA AGUNG (NSUA) [LAJNAH PENDAFTARAN]
  • BENDAHARI KEHORMAT
  • BADAN PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI BAHASA (BPKB)
  • BADAN PENGETAHUAN DAN PENYELIDIKAN (BPAP)
  • BADAN PENERANGAN DANPENERBITAN (BPP)
  • BADAN EKONOMI (BEKON)
  • BADAN SAMBUTAN DAN REHLAH (BSR)
  • BADAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN SUKAN (BKKS)
P/S :Untuk mengetahui siapakah gerangan nama BP angkat yang berkenaan klik disini.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: