Video Klip Pilihan

Sunday, April 13, 2008

.:: Kini Tiba Masanya Menuju Puncak ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Berikut adalah antara ragam dan rencah yang bakal menjadi fenomena di sepanjang musim peperiksaan samada sebelum, semasa ataupun pasca imtihan. Semoga ianya sedikit sebanyak mampu memberikan suntikan semangat untuk memberikan yang terbaik demi meningkatkan momentum pelajar muslim yang berdaya saing diperingkat nasional.

Mulakan munaqasyah, ulangkaji dan hafalan lebih awal.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya : "Sesungguhnya ALLAH SWT suka kepada sesuatu amalan sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh".

Pastikan kelak di medan imtihan kita tidak menjadi seperti ini.

Curahkan segala ilmu yang telah dipelajari dengan sebaik-baiknya. Mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.

Jawab dengan tenang, fokuskan kehendak soalan dan sandarkan tawakal yang tinggi pada ALLAH atas usaha yang telah dilakukan.

Pasca imtihan jangan biarkan ilmu yang diperolehi hanya terpatri di kertas jawapan tanpa menyedari hakikat sebenar tuntutan menuntut ilmu itu.

Sesungguhnya apa yang kita impikan bukanlah sesuatu yang angan-angan semata. Akan tetapi ianya boleh menjadi kenyataan dengan usaha yang jitu, dengan kerahan seluruh minda klimaksnya menatijahkan kejayaan yang cemerlang kepada sesiapa yang benar-benar menyandarkan tawakal yang kuat pada Ilahi.


Akhirnya kejayaan yang dimpi-impikan akan menjadi kenyataan dan menjadi milik kita. Itu yang pasti sekiranya anda ingin menjadi orang yang berjaya. Bukan sahaja berjaya di dunia, bahkan yang paling utama mencapai kejayaan di akhirat sebagai tempat persinggahan yang kekal abadi.

P/S:
Salam imtihan buat semua sahabat walau di mana kalian berada.

Terutama kepada seluruh anak-anak Malaysia yang berada di Perlembahan Nil samada kuliah Universiti Al-Azhar di semua cawangan, kuliah perubatan di seluruh universiti dan cawangan juga tidak dilupakan Qiraat Shoubra dan Mansurah.


'JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH'

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: