Video Klip Pilihan

Saturday, May 03, 2008

.:: Ingin Hantar Mesej Secara Percuma? ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dunia sekarang semakin mendepani masa dengan kecanggihan teknologi maklumat yang tidak mampu dijangkau oleh akal. Akan tetapi hasil teknologi maklumat tersebut datangnya dari kepintaran manusia juga. Maka, manusia tidak sewajarnya mengabaikan tuntutan pengetahuan teknologi maklumat ini agar kemajuan dan kemodenan dunia itu mampu seiring dipandu dengan suluhan lunas-lunas Islam.


Dunia sekarang sedang berhadapan dengan inflasi makanan dan krisis kenaikan barangan keperluan asas sehingga sukar untuk hidup. Walaupun ianya sedikit sebanyak mengajar erti kesabaran dan kekuatan jiwa untuk terus ampuh meneruskan hidup mendatang. Penulis dan anak-anak perantau yang berada di perlembahan Nil ini. Semoga ianya sedikit sebanyak mengajar kita erti kepayahan yang sedia termaktub untuk umat manusia yang bergelar mukmin dan muttaqin.

Di sini penulis ingin berkongsi dengan seluruh saudara-saudara seakidah sekalian tentang sebuah laman web yang mampu mengurangkan kos perbelanjaan perhubungan telekomunikasi antarabangsa. Kemudahan ini bukan sahaja mampu menghantar mesej dalam sesebuah negara walaupun berbeza syarikat telekomunikasi bahkan mampu menghubungkan seluruh talian telefon mudah alih di seluruh dunia. Tanpa mengira apa jua syarikat telekomunikasi kerana syarat yang paling utama setiap mesej yang dihantar mestilah dimulai dengan kod antarabangsa.

Sebagai contoh penulis ingin menghantar kepada adik penulis di Malaysia. Maka seperti biasa kita menghantarnya melalui telefon mudah alih dengan nombor penulis dimulakan +20112356361 dan dihantar kepada adik penulis yang bernombor +6019995**** sebagai contoh. Pastikan kod antarabangsa tidak dilupakan. Sepanjang pembabitan penulis dengan menghantar mesej melalui laman web ini tiada satu had yang ditetapkan dalam sehari untuk kita menghantarnya.

Apa yang penting, langkah-langkah yang perlu dilakukan seperti berikut :
  • Buka di laman web http://www.wadja.com seterusnya daftar sebagaimana pendaftaran untuk membuka emel. Dengan mengisi online form yang disediakan disamping memasukkan alamat emel anda dan nombor telefon mudah alih yang anda sedang aktifkan dengan diletakkan sekali kod antarabangsa negara anda pada awalnya.(contohnya +2:Mesir,+6:Malaysia)
  • Seterusnya sila pastikan anda mengaktifkan nombor telefon mudah alih anda dengan menekan butang save dan verify sehingga anda akan terbaca kenyataan berikut, (Success, mobile number verified!You can now send SMS and have your mobile number display for SMS reply features) untuk membolehkan anda menghantar mesej melalui pc-handset dengan sekali klik.
  • Seterusnya anda boleh terus menghantar mesej kepada keluarga tersayang, orang-orang tersayang dan sahabat-sahabat di merata dunia dengan mudah.
  • Jangan lupa untuk menjadikan penulis sebagai sahabat anda dalam sahabat wadja dengan menaip alamat Gmail penulis di ichigo8233@gmail.com dan juga talian telefon mudah alih penulis di Mesir bernombor +20112356361.
Untuk akhirnya, penulis berpesan kepada diri penulis sendiri seterusnya seluruh saudara-saudara seagama untuk menggunakan kemajuan dan kecanggihan teknologi maklumat ini dengan sebaika-baiknya. Disamping meringankan beban bagi keluarga yang berpendapatan rendah. Bersama menuju redha Allah yang hakiki dengan menggunakan nikmat yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Selamat mencuba!

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

2 comments:

Doo@Patah said...

Terima kasih....
skrg sye blh sms ke seluruh dunia dngn percuma....

www.teka-tekok.co.cc said...

salam.. ayah saya pergi ke mesir, bagaimana hendak menghubunginya jika saya di malaysia..