Video Klip Pilihan

Thursday, May 01, 2008

.:: Masa Untuk Berubah! ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Perubahan yang dicanang-canang bukan sahaja dari sudut akhlak semata-mana, malahan merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. Politik, ekonomi, pentadbiran, muamalah dan sebagainya agar seiring dan sejalan dengan lunas-lunas Islam.
Setiap sesuatu yang Allah ciptakan di permukaan bumi ini pasti akan berubah suatu hari nanti. Tidak hari ini, esok, lusa atau tulat. Tidak minggu ini, minggu hadapan. Tidak bulan ini, bulan hadapan. Tidak tahun ini paling lewat pun, tahun hadapan dan seterusnya. Ya, manusia juga tidak terlepas dari situasi ini. Sudah tentu suatu hari kelak semua manusia untuk perlu berubah. Berubah dari pelbagai sudut bukan untuk kepentingan diri sendiri, akan tetapi untuk manfaat seluruhnya.

Perubahan yang dimaksudkan di sini bukanlah perubahan yang membuta tuli tanpa hadaf dan matlamatnya. Perubahan yang ingin dilakukan perlu dilakukan dengan penuh teliti supaya mendapat sokongan yang terbaik dari seluruh pihak. Perubahan yang diutamakan di sini bukan perubahan daripada kebaikan kepada keburukan. Akan tetapi perubahan daripada keburukan kepada kebaikan. Bahkan diperbaiki dari semasa semoga ianya akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Semoga mendapat nusrah Yang Esa dalam menongkat perjalanan ini.

Bahkan banyak saranan dan galakan dari suluhan wahyu Allah dan luahan Sunnah Rasululullah SAW supaya manusia sentiasa berubah. Berubah dengan meninggalkan keburukan kepada kebaikan. Berubah dari meninggalkan dosa kepada amal kebajikan. Perubahan yang dicanang-canang bukan sahaja dari sudut akhlak semata-mana, malahan merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. Politik, ekonomi, pentadbiran, muamalah dan sebagainya agar seiring dan sejalan dengan lunas-lunas Islam.

Inilah asas kepada kebenaran Islam yang menjadi anutan umatnya kerana meliputi segenap ruang dalam kehidupan harian tanpa tercicir walaupun secebis. Berbahagialah dan berbanggalah bagi sesiapa yang menjadi umat Islam yang sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Allah selagi mana manusia itu sentiasa menyusuri landasan Quran dan Sunnah yang sebenar. Melaksanakan setiap yang diperintahkan dan meninggalkan setiap yang dilarang tanpa mempersoalkannya.


Justeru itu, penulis menyeru terutama kepada diri penulis dan seluruh saudara-saudara seakidah sekalian untuk sentiasa menginsafi akan hakikat ini supaya kita mampu menjadi penganut yang terbaik. Bukan sahaja terbaik pada pandangan manusia sehingga mampu memandu orang di sekeliling kita dengan acuan Islam yang sebenar. Bahkan yang ingin dikejar adalah memperolehi pandangan yang terbaik pada pandangan Allah sehingga mammu meletakkan diri kita sebaris dikalangan hamba-hambaNya yang mendapat perlindunganNya.

Meskipun perjalanan untuk kita menjalani kehidupan ini masih belum pasti bilakah titik pengakhirannya. Masih berada di awang-awangan untuk membuat persediaan yang mantap sebelum bertemu Rabbul Izzati. Namun itu semua adalah hikmah dan rahsia yang tidak Allah zahirkan supaya hamba-hambanya ini sentiasa bersedia untuk bertemuNya apabila dipanggil bila-bila masa. Meski dlaam apa jua keadaan sekalipun, kita perlu mempersiapkan diri kita dengan sebaik-baiknya. Tanpa kompromi!

Akan tetapi penulis yakin dengan kekuatan yang ada pada diri penulis juga yang ada pada kalian semua. Kita semua mampu melakukan satu perubahan yang terbaik. Anjakan paradigma yang kompetitif untuk membentuk diri menjadi generasi rabbani dalam menongkah arus mendatang. Seandainya bukan generasi pelapis sekarang ini, siapakah lagi yang mampu diharapkan untuk memimpin ummah Islam supaya tidak terpesong. Seterusnya bagi memastikan kepimpinan negara tidak dipimpin oleh golongan yang jahil tentang selok belok agama yang bakal membawa ke arah kemusnahan.

Penulis juga ingin memberikan sedikit ulasan berkenaan dengan undian yang telah berakhir semalam. Perkara ini sudah sedia dimaklumi oleh seluruh mahasiswa Islam. Sekadar ingin berkongsi pandangan berdasarkan pengamalan seseorang penuntut ilmu itu setakat yang diketahui. Pada akhir undian tersebut menunjukkan majoriti suara mahasiswa menyokong bahawa 'Apakah tips terbaik untuk berjaya' adalah seperti berikut:
  • Relaks, tenangkan minda - 2 orang [8%]
  • Wudhu, solat 2 rakaat dan tidur - 2 orang [8%]
  • Doa diberi nusrah dan tawakal - seorang [6%]
  • Usaha sehabis baik, doa dan tawakal - 18 orang [78]

Kata Muthaqqaf:Buat yang terbaik untuk peperiksaan kali ini untuk kita menjadi seorang muthaqqaf yang berkaliber, berkualiti, berkredibiliti dan mampu memberikan benefit yang terbaik untuk seluruh umat manusia. Saranan dan gesaan ini adalah untuk diri penulis terutamanya yang semakin culas dan buat tatapan sahabat-sahabat sekalian. Chaiyok²! Aja² fighting!

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Artikel yang bagus, memberi kesedaran kepada ku yang malas ya amat... doa2kan aku rajin ek...

Mohd Rasul Bin Amat said...

ASSALAMUALAIKUM...
YE LA KO AKMAL...
TERIMA KASIH LA ADJUSTKAN APA2 YG TERBAIK UTK BLOG AKU...
DOAKAN SAMA2 RAJIN... DAN MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG UNTUK MEMARTABATKAN ISLAM KELAK...
BITTAUFIQ WAN NAJAH...
AMIN YA RABB...
WASSALAM... :)