Video Klip Pilihan

Tuesday, May 06, 2008

.:: Kerajaan Tolong Jangan Bagi Muka ::.

بسم الله الرحمن الرحيم

Kepada kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri yang menjunjung ketuanan Melayu seharusnya menobat ketuanan Islam yang paling utama dari terus dijentik. Kian terserlah musuh-musuh Islam ingin mencabul perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Sekaligus Allah yang merupakan Tuhan untuk orang Islam sebagaimana yang diturunkan semenjak Nabi Adam AS sehinggalah kepada Raslullah SAW.



Semua sedia maklum bahawa seluruh musuh-musuh Islam sedang berusaha sedaya mungkin untuk menyesatkan muda mudi Islam walau dengan apa cara sekalipun. Setelah mereka melihat bahawa pendekatan ingin menukar agama sepeti 'menukar pakaian' tidak berjaya memurtadkan umat Islam, mereka menukar strategi yang lebih halus. Mereka ingin mengelirukan akidah umat Islam di Malaysia yang semakin rosak melalui menyamakan penggunaan kalimah 'ALLAH' untuk Tuhan mereka sebagaimana Tuhan umat Islam. Dakyah Kristian sentiasa ingin memastikan misi mereka untuk merosakkan akidah umat Islam tergadai dengan begitu mudah.

Apa yang diharapkan kepada kerajaan Malaysia yang berautoriti penuh terhadap jabatan kehakiman untuk tidak berfikir panjang dengan memberikan peluang mereka mengkaji istilah tersebut. Sedangkan jelas di dalam Al-Quran yang merupakan Kalam Allah yang diturunkan ke atas umat Islam bahawa agama yang diiktiraf di sisi Allah hanyalah Islam. Secara automatik membatalkan agama-agama selain Islam yang wujud di muka bumi ini. Sekaligus juga menafikan agama-agama wahyu yang lain (Nasrani dan Yahudi) dengan kedatangan Islam melengkapkan segala pembawakan agama tersebut.

Sedangkan akhbar berbahasa India yang menyentuh sensitiviti politik kerajaan tanpa teragak-agak membatalkan permit terbit, apatah lagi perkara ini menyentuh soal agama Islam yang maha tinggi dan tiada agama lain yang lebih tinggi darinya! Jangan bagi sedikit pun peluang dan ruang kepada mereka bahkan usah melewah-lewah untuk membatalkan terus akhbar tersebut dari disiarkan sekiranya mereka masih berdegil ingin menyiarkan kalimah 'ALLAH' yang hanya Tuhan umat Islam sahaja!

Berikut penulis menyiarkan keratan akhbar yang penulis nukil dari akhbar Utusan Malaysia hari Selasa bertarikh 6 Mei 2008 untuk sama-sama kita meneliti tuntutan Gereja Katholik yang melampaui batasan itu.

Gereja Katolik dibenar buat semakan kehakiman

KUALA LUMPUR 5 Mei - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly.

Hakim Lau Bee Lan juga membenarkan Gereja Katolik membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan perisytiharan bahawa larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan tersebut adalah tidak sah dan batal.

Kebenaran yang sama juga diberikan berhubung tuntutan perisytiharan bahawa gereja itu berhak menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan tersebut dan perkataan tersebut tidak eksklusif kepada agama Islam sahaja.

Dengan kebenaran tersebut, peguam Porres Royan yang mewakili Gereja Katolik memberitahu wartawan di luar mahkamah, pihaknya akan memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman dalam tempoh dua minggu ini.

Hakim Bee Lan dalam penghakimannya berkata, beliau bersetuju dengan pendapat Royan bahawa adalah terlalu awal untuk membuat sebarang hujahan bagi menentukan remedi (jalan penyelesaian) yang sesuai pada peringkat ini.

''Kesesuaian remedi atau sebaliknya seharusnya ditentukan di peringkat merit, yang mana mahkamah boleh membentuk remedi yang sesuai mengikut keadaan-keadaan tertentu kes ini,'' kata beliau.

Sejajar dengan itu, beliau menolak hujahan bantahan Peguam Kanan Persekutuan, Azizah Nawawi berhubung tuntutan perisytiharan bahawa pemohon layak menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan dan perkataan itu tidak eksklusif kepada agama Islam.

BerhujahAzizah sebelum ini berhujah bahawa dua tuntutan itu sepatutnya dibuat melalui tindakan saman dan ditentukan melalui keterangan pakar kerana ia melibatkan hak-hak peribadi.

Hakim Bee Lan turut bersetuju dengan hujahan Royan bahawa relif terhadap hak remedi dan perisytiharan perlu dipohon bersama atau secara alternatif dalam satu permohonan semakan kehakiman sekiranya ia membabitkan perkara yang sama.

''Dalam kes ini, keputusan yang mengandungi syarat dalam permit penerbitan pemohon, kesannya kepada kepercayaan komuniti yang pemohon ketuai iaitu tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan tertentu seperti perkataan Allah dan sama ada pemohon benar atau sebaliknya, akan ditentukan melalui meritnya semasa pendengaran permohonan semakan kehakiman,'' katanya.

Dalam permohonan yang difailkan pada 19 Mac lalu, Gereja Katolik selaku pemohon menamakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (kini telah digabungkan dengan portfolio Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menjadi Menteri Dalam Negeri) dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.

Gereja berkenaan mengemukakan permohonan mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan tersebut adalah tidak sah dan batal.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

No comments: